Terima Kasih Focus Point , Alamanda !

Menepati janji ! Huhuhuh.. Ceritanya gini.. 

Baru-baru ni , ada aku pergi ke Focus Point di Alamanda Putrajaya untuk buat cermin mata baru memandangkan aku rasa power aku makin naik.. Aku rasa itulah punca kepada sakit kepala aku.. huhuhu.. 

Di sana , aku telah memilih bingkai Oakley yang dah lama aku idamkan. Harganya ? Hurmmm.. Faham faham je la harganya. Tapi segalanya terpadam dengan layan sempurna dari staff di sana.. Layan tanpa kenal jemu. Beri pendapat dan nasihat yang aku sangat perlukan.. 

Akhirnya , aku pilih bingkai yang aku nak dan buat pemeriksaan mata ! Fuhhh...memang naik sungguh ! Dan supervisor mereka ketika tu telah melakukan kerja dengan baik sekali. Dia periksa betul betul mata aku. Tak seperti satu tempat yang aku g satu tika dulu.. Aduh.. penuh kebelagakan ! Dan akhirnya aku kerugian RM1K lebih !! Huhh.. Sebab tu aku pergi balik ke Focus Point sebab aku pernah beli spek di Focus Point.

Ok.. ada satu masalah ! Cuti Chrismat dan cuti hujung tahun ! Cermin aku perlu ditempah khas. Dalam Malaysia takde ! Aduhhh.. Kena tempah kat Jerman katanya ! Dan cuti panjang ketika ni.. spek aku takkan dapat siap dalam masa yang aku mintak ! Hurmmm.. Akhirnya aku mintak diaorang siapkan sebelum aku ke Melaka. Aku perlu memandu jauh tanpa sakit kepala seperti yang aku alami ketika memandu ke Kelantan baru baru ni.. 

Dan hari ni , aku ke Alamanda. Tak menaruh harapan pon yang spek aku akan siap hari ni.. Sekadar cuba nasib jer.. Alhamdulillah.. aku tunjuk resit dan kebetulan spek aku atas meja ! Hahahaha.. Adoiyaiii.. lega sangat ! 

Aku test spek tu dan berpuashati giler !


Menariknya .. boleh tukar tukar batang bingkai ni.. Maknanya , kalau aku ada event formal . boleh la pakai yang kelabu tu.. Kalau nak santai , leh guna yang kuning tuuuu.. hehehehe.. Ok la kan ? Nak warna lain pon ada tapi kena beli laaa..


Aku bayar dan terus pakai spek tuuu ! Huhuhuh.. Alhamdulillah.. Focus Point Alamanda menepati janji terutama En.Ismizi.. Aku ingatkan tak sempat siap ! Huhuhu.. Tak sempat nak bergaya di Melaka.. lalalalala.. Tu yang sebenarnya , kannnnn ! Heheeeee..

6 ulasan:

  1. Fleksible...alhamdulillah...syukur...

    BalasPadam
  2. ok fine...aku buat2 tak nampak jer nanti....hahaha

    BalasPadam
  3. ok2 bertambah kacak lah a.Ben..

    BalasPadam
  4. Tak pernah tau ada spek leh tukar tukar camtu.

    BalasPadam
  5. FocusPoint memang sedap pakai dari luar pun dah nampak lawa ... http://www.gerobokbuku.com/

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009