VIRAL oh VIRAL !

by - Ahad, Januari 10, 2016


Semalam , aku ada satu meeting. Client mintak aku VIRALkan produknya. Sekadar VIRAL. Tu jer ! Tak de mintak aku tolong lariskan produk clientnya ! Kalau ada client mintak aku lariskan produknya , aku akan tarik diri ! Aku bukanlah pakar lariskan produk orang.. hehehe.. Sekadar mampu viralkan di media sosial. Tu je aku boleh buat.. 

Meeting berjalan lancar. Selesai meeting tu , aku meeting dengan tuan punya cafe lak. Tokey cafe tu , kenal kenalan rakan yang aku meeting tu.. Dalam perbincangan , pemilik cafe mintak aku bantu viralkan cafenya. Bukanlah cafenya tu tak de pelangan tetapi nak 'tangkap' pelanggan dari level lain lak ! Haaaa.. 

VIRAL ni bagus sebenarnya.. Kena bijak skit manfaatkan. Kalau dulu , artis gunakan cara KONTROVERSI untuk menaikkan nama dan juga melariskan filem lakonannya. Dan aku sendiri pun menVIRALkan nama aku .. ditambah lagi dengan haters haters di luar sana , menolong memviralkan lagi dengan up status yang negatif mengenai aku.. Aku cuma perlu tenang dan menafikan melalui 'perbuatan'. Tak perlu sentap dan melenting. Bersikap matang  ! 

VIRAL ni , satu bisnis sebenarnya. Amik dari sudut positif.. Kalau nak pandang dari sudut negatif , aku rasa baik kita jaga perangai kita dulu.. Berhati hati kerana zaman ni ,' jin mata satu' ada di mana mana.. Jin mata satu yang aku maksudkan ialah LENSA KAMERA ! 

Alhamdulillah.. inshaAllah..dua dua projek on ! 

You May Also Like

2 comments