Zahra mula buat pasal !

by - Jumaat, Januari 22, 2016


Wife kata dia dah mula rasa mual ! Seperti awal awal dulu dia mengandungkan Qhaliff dan Zahra. Persoalannya , yeke pregnant ? Kalau betul , kena g klinik check ni.. Tak leh main tunggu besar baru nak check. Takut kes macam dulu tu berlaku lagi ! Kes apa ? Ingatkan mengandung tapi 'kosong' jer ! Hurmmm... 

Dan Zahra seolah olah macam tau laak yang dia bakal ada 'pencabar' nanti ! Dia punya buat pasal lain dari kebiasaannya.. Dah pelik pulak tengok... letak dalam buaian , dia punya tak naakkkkk ! Perghhh.. menangis kaw kaw punyaaa... Walhal sebelum ni , letak ok jer.. Apakah dia pun dah rasa ???

Aku dah mintak wife beli pregnancy test.. tapi dia kata biar dulu.. Dan kalau dia mengandung , bermakna aktiviti aku tahun terpaksa dihadkan kah ?? Aduhhh.. Dah la baru je buat kerjasama dengan satu agensi pelancongan domestik dalam negara untuk promosi aktiviti pelancongan .. Tu untuk Kelab Blogger Ben Ashaari .. banyak program tahun ni untuk kelab ni.. 

Kalau betul , bermakna tahun depan.. Qhaliff kena sekolah dan Zahra kena g duduk taska ? Atau Qhaliff duduk kat taska sampai petang ? 

Dan belum apa apa lagi.. wife dah dapat promotion naik pangkat ! Betul kata orang.. Anak ni , bawak rezeki ! Jangan risauuu.. InshaAllah..

You May Also Like

5 comments

  1. Alahaii zahra..daddy tetap syg awok..hehe

    BalasPadam
  2. Tahniah abg ben & kak zila... ^_^ ^_^

    BalasPadam
  3. Anak itu sendiri adalah rezeki..bersertanya Allah juga sediakan rezeki..cuma perlu diusahakan...in sha Allah..amin..qhaliff bakal ada 2 pencabar..hihi..

    BalasPadam
  4. rezeki tu...semakin ramai anak maka semakin bnyak rezeki yg dtg..dalam x sedar, kita sbenarnya mnumpang rezeki anak2...hihi

    BalasPadam
  5. insya Allah...
    kalau memang tu dah rezeki kita, xkan kemana juga

    BalasPadam