Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 29 Februari 2016

Kalau minyak turun malam ni !

 

Tersenyum aku ! Fuh.. lega !! Yelah , bayangkan… setiap hari aku ulang alik Sepang – Cheras – Putrajaya ! Berapa punya kos daaa ! Semua tu sebab kerja. Bukan suka suka aku nak gi sana sini !!

Sebelum ni , dua hari RM50 ! Tapi sejak petrol turun , dah kurang la skit beban aku.. Dan jika malam ni turun lagi.. alhamdulillah ! Tersangat laaa leganyaa !!

image

Tapi dengar kata akan ada peniaga kecil gulung tikar akibat penurunan harga petrol ni.. Kesian.. memang kesian ! Tapi apa nak buat kan ? Bila naik , mereka untung. Yelah , siap ada pengusaha kaya raya .. kan ? Tapi bila turun , kena la hadapi dengan redhanya seperti mana rakyat hadapi ketika naik.. Bila naik , semua barang turut naik ! Fuhhh.. Tapi bila turun ???

Moga penurunan harga petrol ni mampu memberi impak positif pada industri pelancongan domestik.. hehehe… Jommm cuti cuti Malaysia ! Dekat jerrr !

Ahad, 28 Februari 2016

Nasib baik ada PHILIPS !

 

4 tahun !! Akhirnya dia menyerah rambutnya dengan rela. Begitu juga dengan Zahra yang tengok abang dia makin hensem gara gara kerap dirapikan rambutnya sejak kebelakangan ini oleh daddynya !

Rahsianya ??

image

Senang giler guna ni ! Mula mula je susah sebab nak bagi si Qhaliff ni duduk diam diam.. Kena kerat sikit sikit pastu puji dia ! Haaa.. Qhaliff ni makan dek puji ! Terus dia mengaku dia hensem ! Cam bapak dia la gak .. kan ? Hakikat.. memang pon kan ? Haaa..

Bila si Zahra tengok abang dia makin segak.. dia pun rela kan rambutnya di kerat di sesetengah tempat.. di bahagian depan terutamanya ! Huhu..

Masa tok ma Qhaliff datang minggu lepas , dia tak komplen dah rambut Qhaliff panjang ! Huhuh.. lega aiii…

image

InshaAllah , adik Zahra pasni pon mudah dah daddy nak gondolkan ! Hahahaha…

Nasib baik laaa ada Philips ! Oh ya.. aku beli kat Aeon Alamanda jer..

Puashati dengan kasut Adidas Gore-Tex !

 

Antara Timberland boots atau Adidas Gore-Tex ? Mana satu aku nak guna masuk Taman Negara ? Kalau ikutkan , giler laaa nak guna kasut berharga RM400++ untuk redah hutan belantara tapi mengenangkan aku ni mudah terseliuh dan melecet , maka aku perlu buat keputusan yang drastik !

5

gotrex

Aku nekad ! Aku guna .. Adidas Gore Tex ! Kenapa aku pilih Adidas Gore Tex berbanding Timblerland ? Antara faktornya ialah.. cepat kering bila dibasahi air memandangkan akan ada aktiviti bermain air di Taman Negara !

Selain dari cepat kering , bila aku redah hutan , kaki aku tak sakit seperti mana kasut kasut lain yang aku guna termasuklah Timberland Boot ! Ini diluar jangkaan aku ! Aku tak salahkan kasut pon.. Kaki aku ni je .. lebih sesuai dengan Adidas agaknya !

1 2

Tapak dia memang cengkam abis ! Nak bergerak pon tak risau tergelincir. Bahagian dalam , pon selesa jer ! Basah ? Aku jemur jer… Dalam masa 3 jam cuaca panas , kering abis dah ! Bau ? Takde wooo ! Aku paling risau part bau.. Haaa ! Memang tarak bau punya ! Lega sungguh aku..

Ditambah dengan guna stokin Nike yang aku beli di Al Ikhsan , memang lengkap hari aku di sana !

1

Selepas 4 hari redah Taman Negara , kasut aku ni tetap kelihatan kacak ! Huhuhuh..

4

Rasa nak beli sepasang je lagi.. hahahaha.. Buat stok jenjalan.. Lalalala….

Sabtu, 27 Februari 2016

Hidangan istimewa di CRAB FACTORY BROLLY

Bila sebut makanan laut terutamanya ketam dan udang , aku teringat akan Crab Factory Brolly yang terletak di Menara Felda  berhampiran dengan Menara Kuala Lumpur.  Kenapa ? Hehehehe... Kenangan melantak beramai ramai pastinya akan dikenang sampai bila bila !


Ini adalah pertama kali kami menjamu selera di sini. Terus terang , tempat ini memang unik. Nampak rileks dan cool jer.. Bagi mereka yang nak makan beramai ramai ,di sini memang pilihan yg tepat sekali !





Macam mana pulak dengan makanan ? Tempat dah nampak best kan ? Hehehe.. Aku tau.. Kami di sini ari tu... Menariknya , di tempat yang boleh dikatakan gempak ni , parking keretanya adalah percuma ! Boleh parking di bangunan Naza yang terletak di sebelah bangunan Menara Felda. Dekat giler !

Ok.. antara hidangan yang kami makan ari tu ialah..... jeng jeng jeng.. Ready ?? Cencaluk Fried Chicken Wings , Ayam Percik Lunch Tray , Seafood Fried Chicken Lunch Tray , Beef  Yakiniku Omelette  Curry Don , Beef Burger , Chicken Burger , Lambogarlic Burger , Variety Skewers ( Lamb ,Chicken , Striploin , Tiger Prawns & Baby Optocus. )








Dan hidangan terbaik buat kami malam itu ialah... Beef Sirloin with Black Pepper Sauce & Fries , Beef Ribeye with Mushroom Sauce & Mash , Flower Crab Set ( STB Mild ) , Flower Crab Set ( Spicy Plum Sauce ), Meat Crab Set ( Garlic Butter )





Dan penutupnya ialah..  Chunky Peanut Butter , Waffle dan Tiramisu !



Heehe.. macam macam makan dan minum.. Ada dalam 13 blogger dan jumlah harga yang perlu di bayar cumalah RM2, 450.95 termasuk GST . Seorang perlu bayar cuma RM188 untuk kenyang sepanjang minggu ! Hahahahah.. Ok la kan ?

Amacam ? Berminat ? Hehehe.. Aku pahamm... Ok , Kalau berminat tapi nak ada dapat diskaun dan juga tak tau nak order , meh aku bagi tau.. Di bulan March 2016 akan ada promosi ..

Promosi Monthly Crazy Bag March " Spanner Crab RM12/100gram" . Biasanya RM17 untuk 100 gram.

Promosi Monthly For Two Lovers March adalah " 500 gram Yabbies-M dan 300 gram New Zealand Mussels untuk RM88 sahaja. Biasanya RM115. Percuma Corn , Button Mushroom dan Coleslaw.


Dan cara nak order , mudah saja  ! Meh aku ajar..

Langkah 1 : Pilih makanan laut ( minimun satu jenis dan maksimum 3 jenis ) dalam timbangan 300  gram atau 500 gram. Untuk ketam , boleh pilih beberapa ekor.

Langkah 2 : Pilih sos & tahap kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba Jamba.
Langkah 3 : Pilih satu atau dua Bag Buddies.

Maklumat Lanjut:
Brolly: Crab Factory
Menara FELDA, Platinum Park, No 11,
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2181 4122
Facebook : https://www.facebook.com/brollymalaysia

Tarikan Terbaru di Legoland Malaysia Resort : The Lego Movie 4D , A New Adventure !


Sapa tak kenal Legoland kan ? Dan aku rasa , ramai dah pernah gi sana.. Dan pastinya tertanya apakah ada sesuatu yang terbaru di sana ? Yer.. adaaa ! Kalau korang ke sini , jangan lupa nikmati tayangan movie 4D yang menakjubkan yang mana telah dirasmikan semalam dengan jayanya ! Hehehehe... Rata rata ramai berpuashati la dengan produk terbaru Legoland ni.. 

Pastinya produk terbaru ini akan memikat korang ! 





Ada beberapa movie yang disediakan dan setiap movie memakan masa setengah jam. 
 



Khas buat Johorean , ada offer khas dari Legoland Malaysia. Sila ke www.legoland.my untuk mengetahuinya.. hehehe...

Jumaat, 26 Februari 2016

Akhirnya , berdua dengan Qhaliff !


Puas aku pikir.. Nak bawak ke tak ? Boleh ke tak nak uruskan dia ? Bukan apa.. aku gi ni sebab kerja. Bukan nak jenjalan cuci mata usha awek kat Legoland ni haaa.. Huhuhuh.. Dan akhirnya aku buat keputusan , aku bawak je laaa.. Nasib baik Awi ikut aku gak.. Boleh dia tumpang tengokkan Qhaliff dan layan mamat kenot ni... Huhuhuh..

Alhamdulillah... dia ok walaupun ada jugak la buat karenah tersendiri.. Ok la kan .. budak ! Tak buat karenah , masalah gak..kan ?









Dan dia enjoy kali ni ! Sebelum sebelum ni , dia agak takut dan kurang selesa.. Kali ni , satu Legoland di punya ! Berlari sana sini dengan meriahnya !! 

Pasni boleh la bawak dia ke mana mana saja.. Er , tak kot ? Huhuhuh...


Khamis, 25 Februari 2016

Salah siapa bila batu itu mengenai cermin depan kereta ku ?


Secara jujurnya , aku tak salahkan pemandu lori tu.. Dia mesti tak perasan akan batu batu yang jatuh bertaburan dengan kerapnya yang mana batu batu itu dibawanya dengan menggunakan lori yang aku pasti bukan lori hantu. JpJ mesti dah bagi permit punya nih ! Kan ? Ok.. good.. 

Gini ceritanya..

Sedang aku berbual sambil menepuk tampar bersama rakan blogger aku , Syed Alwi atau lebih dikenali dengan John Awi .. tiba-tiba  aku menjerit manja .. 

" Auwww... apakah itu ? " .

Zassss.. Mata aku bertukar warna ! Dari hitam menjadi biru.. Lalu Awi memandang aku dengan penuh tandatanya..

" Aben.. Kenapa mata jadi biru ? Nampak macam Brad Pitt lak ? ".

Aku menjawab dengan bengangnya.. 

" Apakah selama ini aku kelihatan seperti Samuel L . Jackson kah ?? ". 

Hurmm.. Awi masih tergamam.. Lalu aku memberi tendangan tanpa bayang tepat ke usus di bahagian hilir buah pinggangnya ! 

" Tergamam melihat kekacakkan aku kah ? Cepat rekod kejadian batu bertaburan itu. Kita memerlukan bukti untuk membawa kes ini ke mahkamah tinggi nanti ! Moga ada yang mengasihani aku kelak .. "

Yer.. Awi merakamnya tanpa tertinggal sesaat pon ! Dan ketika rakaman dibuat , tiada pula batu berjatuhan dengan kerapnya ! Geram pulak aku. Nak je aku gi ke driver lori itu dan bertanya padanya.. 

" Encik , kenapa batu di bahagian belakang lori encik ini tidak berjatuhan seperti tadi ? Puas saya menunggu saat itu untuk merakamnya sebagai bukti agar saya boleh memviralkan di media sosial kelak. Teringin benar saya nak popular. Minta encik regangkan sedikit tali dibelakang itu yer.. Saya akan kembali merakamnya bersama sahabat saya. Budi baik encik , akan saya kenang. Terima kasih. "

Sayangnya .. itu cuma angan angan kosong ! Yang pasti , balik dari Johor ni aku kena gi tukar cermin depan kereta aku tu.. Nasib baik aku ada insurankan ! Huhhhh.. Tapi aku rugi gak.. rugi masa bersama anak anak ! Huhhhh.. mencik aiii...

Rabu, 24 Februari 2016

Projek Kembara KBBA9 2016 seterusnya..

LEGOLAND !! Weeeeee.... Hehehe.. Cerita pasal Taman Negara belum lagi abis pon tapi aku nak skip sekejap.. Penat belum abis lagi. Terlalu seronok hingga abis banyak tenaga namun dalam seronok tu , kena beringat juga... haaa.. kan kan

Sebenarnya projek Legoland ni tak la ramai macam yang Taman Negara tu tapi ada la berbelas blogger yang gi gak termasuk keluarga memasing.. Huhuh... Dan ada aktiviti yang disediakan oleh pihak Legoland.. Aku pun akan turun juga. Tak pernah dapat pusing sampai abis di sini.. huhuh.. 

2 hari di sana dan kemudian , akan ke destinasi lain serta projek projek mega yang lain.. dah dalam perancangan ! Alhamdulillah.. ramai buka mata dah akan kewujudan Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Yang penting , blogger blogger picisan yang dipandang rendah sebelum ni , berjaya buktikan mereka juga setanding dengan blogger yang berlagak diva ni ! Huhhhh... 

InshaAllah , sebelum Ramadhan , aku nak settlekan lagi beberapa Kembara. Kalau ada di antara korang berminat nak jadi penaja utama , sila email aku di BenAshaari@yahoo.com . 

Terima kasihh ! 

Bila blogger tanpa INTERNET !

Lokasi : Perkampungan Orang Asli  Dedari , Taman Negara Kuala Tahan. 

Apa kes ? 

Tak signal la boh ! Jenuh guna ranting dan  dahan untuk cari signal.. Tak dapat dapat jugak.. Adehhhh.. Dengar kata , Maxis je ada .. tu pun cukup cukup untuk buat call ! Hahahaha.. Patut la orang asli takde yang ada darah tinggi atau sakit jantung ! Huhuhuh.. Curang , jauh sekali la .. hahaha!

Apakah hidup seronok tanpa internet ? 

Gileee best ! Hahahahaha... Tak fikir langsung pasal fitnah di Facebook.. Viral hiburan ! Pasal status mengarut politik dan sebagainya ! 



Tidur di bawah bulan dan bintang bersama sama rakan blogger yang lain , satu kenangan yang terindah ! Berdengkur beramai ramai koooo..


Moga dapat berkumpul lagi macam ni , satu hari nanti..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI