Aku tak cukup 'kering' nak bergaduh !

" Bang , badan besar dah.. tak nak join mana mana group ke ? Atau jadi bouncer ke ? "



Soalan biasa aku dengar sejak dulu lagi bila gi gym.. Badan aku tak la gempak mana pon.. Kalau gempak sekali pon , aku tak rasa aku 'layak' join mana mana group atau geng mahupun jadi pengawal peribadi seseorang.. 

Kenapa ? 

Yang pertama.. aku tak cukup kering. Dalam hati aku masih ada rasa 'kasihan' dan 'timbang rasa'. Malah aku mudah kasihan pada insan lain.. Huhuh.. Dalam hati ada taman kata orang.. Heeee.. Hakikat.. Tapi tak bermakna aku lembik yer.. Jangan kejut harimau sedang tidur ! Ecehh.. Serius , aku tak suka gaduh... buang masa ! 

Yang kedua.. aku ada keluarga ! Aku ada mak ayah ! Aku ada isteri dan ada anak. Di kala bujang dulu , pon aku tak berminat. Maklumlah , part ni .. tiada kesudahan ! Sekali kita masuk , payah dah nak keluar ! Lebih baik , jauhkan diri.. 

Dan yang pasti.. ini bukanlah kehidupan yang aku cari dan nak bawak ke akhirat ! Sesado kita , ada lagi yang lebih sado.. Sekuat mana kita , nyamuk gigit pon kita jerit jugak ! Kan ? Lebih baik , simpan saja segala kekuatan untuk masa akan datang ! Mana la tau kot satu hari negara di serang musuh.. haaaa..masa tu , tunjukkan la kejaguhan kan ? Hehehehe.

Apa pun.. ini cuma pendapat aku je la.. Bagi aku , kalau terlibat dengan geng geng ni , yang tak de kaitan pon akan terlibat juga... Anak bini dan sebagainya.. Di maka kesudahannya ?? Hurmmm... Bila dah tua , pasti akan menyesal punya...

Sekadar pendapat aku jer.. 


Tiada ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.