Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 11 Februari 2016

Cadangan tidak masuk akal untuk naikkan kompaun kesalahan trafik !


Geleng kepala aku membacanya ! Aku sendiri beberapa kali kena saman dan aku dah pon bayar ! Bukanlah aku memecut laju pun.. kebetulan memotong beberapa kenderaan yang memandu agak perlahan.. Bukanlah laju ibarat nak berlumba ! Faham faham je la kan... bawak slow ni mengantuk terutama waktu tengahari atau tengah malam.. Bukanlah nak laju sampai enjin nak tercabut keluar.. Agak agak la pun kan ? 

Bayangkan.. Sekarang ni saman pon maksimum , RM300 .. pon terpaksa diberi diskaun atau sememangnya tak mampu bayar ! Perlu diingatkan , takda sapa nak suka suka derma duit ke PDRM. Baik duit tu buat belanja anak yatim.. huhu.. 

Kalau dinaikkan.. rasa rasa camana ? Yang mampu bayar tu , hokkk yang bawak kereta mewah ! Cadang aku la kan.. Ada dua.. Satu , saman ikut kategori kereta ! Atau kalau nak lagi gempak , pesalah trafik ni ... kasi pilihan... bayar saman atau buat kerja kerja amal seperti bersihkan tandas awam atau longkang di kawasan yang penuh aedes ! Haaaaaa... Amacam ? Hehehe.. Tu contoh kejam je.. Mungkin boleh kasi suruh cuci sangkar harimau keeee... 

En.PDRM kena paham.. rakyat dah la terbeban dengan kenaikan itu ini.. ditambah lagi dengan kemerosotan ekonomi.. nak ditambah lagi dengan kenaikan kompaun gini haaa.. Orang macam aku ni , mana la saja saja nak pandu laju.. Kereta pon dah macam siput sedut ! Terpaksa tekan kuat sikit la untuk cepat skit sampai ke destinasi .. 

Kesimpulan.. Aku bangkang ! Kalau aku kena saman... aku rela naik mahkamah.. Aku tak mampu bayar dah ! RM300 pon dah cukup beban ! Sapa suruh pandu laju ? Dah tu sapa suruh buat 4 lorong ? Kalau bawak perlahan kang harimau lalu.. haaaa ! Camana ???  Gurau jer.. 

Tapi serius.. saya bangkang , Yang Arif... Hurm.. Bangkang pon tak guna dah zaman ni.. Bangkang punya bangkang , diorang mana nak dengar.. Beginilah nasib rakyat... Kalau boleh , suruh pengeluar kereta buat had laju terus pada kereta ! Senang... Nak laju lagi , suruh je tolak kereta tu atau dayung jer .. kan kan ?

1 komen :

Abam Kie berkata... [Reply to comment]

nanti ada la plak menteri yg buat kenyataan x cerdik mcm ni:
kalau x nak disaman kerana pandu laju jgn memandu di atas jalanraya di Malaysia!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI