DeadPool , adiwira yang bukan adiwira !

by - Selasa, Februari 09, 2016


Secara terus terang , aku tak tau apa apa langsung pasal cerita DeadPool ni tapi disebabkan dia punya promosi dia sampai ke telinga aku , maka aku telah sanggup rugikan masa aku di atas dunia ini untuk menonton filem buatan Hollywood ni ! Haaaa...Bukan aku je yang tengok.. ramai ! Sampai ke kerusi depan penuh ! Nasib baik la kawan aku , CikAli sudi membelikan tiket secara online.. Hehehe.. Kalau tak , memang aku tak buat la review ni ..


Ok...Cerita ni mengisahkan ..bla bla blaa.. Korang leh google sendiri la pasal cerita ni ! Boring la aku nak cerita lagi pasal filem ni.. Bersepah dah orang cerita.. lagi pun , ni Marvel punya cerita laa.. Confirm ramai dah tau... teutama peminat adiwira atau super hero ni.. kan kan ?

Best tak ? Hurmm..Minit pertama , hampir membuatkan aku terus kondem filem ni ! Tapi setelah seminit berlalu , aku mula tersenyum dan ketawa terbahak bahak ! Ok.. tak sangka la pulak Marvel sanggup buat filem begini ! Hahaahahha.. Bukan filem murahan tapi adiwira yang melucukan ! Tapi wajah dia tak melucukan.. Haa.. Skrip dia gempak laaa ! Hahahahaa.. Seriusss ! Gi la tengok sendiri.. mesti di luar jangkaan .. 

Keseluruhan  filem ni , memang unik la.. Memang komik sungguh laaa.. hahaha.. Kalau korang tercari cari logik dalam filem ni , memang takkan ada la.. Ni filem adaptasi dari komik.. Serupa X Men tu laaa..

Ok.. aku tak nak cerita lebih lebih.. Bagi aku , filem ni tak boring ditonton bagi mereka yang ada sifat lucu dalam diri mereka. Kalau mereka seserius Peguam Negara kita sekarang ni  , maka sebaiknya gi tonton Ola Bola .. Haaaa...

Hehehee.. Kalau download , memang boring ! Kalau nak download gak , tunggu kualiti blu ray tapi serius... tak sepuas tengok di panggung.. Dan kalau korang tanya aku samada aku nak gi tengok lagi ke tak ? Maka jawapan aku... er...

You May Also Like

2 comments