Dulu nak sangat dia cepat membesar !

3 tahun dulu... Nak sangat si kecik ni boleh berjalan dan temankan daddy gi gym.. Heheheh.. mesti best punya , kan ! Ada kawan shopping.. huhu..


Dan 3 tahun berlalu.. Si kecik dah jadi abang dan menjadi bayang-bayang ayahnya ! Pantang berbaju lawa skit...

" Daddy nak gi mana ? Nak ikut ? ". 

Nak gi buang sampah kat luar pon pakat tak percaya ! Mengekor je mata tuuuu.. Hahahaha .. Nak tak nak usung je la gi mana mana ! Ke gym.. ke shopping mall.. Cuma ke masjid je belum sebab dia ni pantang nampak rakan sepermainan.. Abiss ! Risau ghaib je nanti. Tak kusyuk aku solat nanti..

Ke gym.. aku kena perati dia. Risau tersepit atau terjatuh besi besi tu menimpa kaki dia ! Tak pasal pasal cedera lak , kan ? Terus potong mood nak workout.. Melainkan dia ada  geng kat gym tu  , baru la tenang skit tapi tetap kena perati juga...


Di shopping mall.. apakah dia meraung bila nampak permainan ? Alhamdulillah.. Dia dah besar dahhh ! Dia cuma amik yang dia tak pernah ada ! Takkan mengulang amik permainan yang sama atau yang besar dan mahal ! Bila daddy kata ' letak balik' atau kata ' tengok yang lain' dia pon gi la cari yang lain sehinggalah daddy .. 

" Ok.. jom bayar.. ".


Nyesal ??? Tak pon. Best ada kawan baik gini.. Hahaha... Nanti aku gi  Taman Negara , confirm rindu banget kat dia .. hurmmm...

4 ulasan:

  1. haaa ben dah rindu anakkk dah...lom start lagi tuuuu nak pi hehhe...lumrah jadi ibu dan ayah pi mana2 mesti rindu anak...darah daging tu yang ikat sampai ke syurga...amin

    BalasPadam
  2. Bakal imam daddy,ibu,adik adik...amin..

    BalasPadam
  3. Mata masuk habuk lak ni..tetiba touching..mesti rindu bila jauh dgn anak kan

    BalasPadam
  4. Nampak anak-anak Ben memang sangat rapat dengan Ben,seronok tengok..semoga Ben sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009