Hidangan istimewa di CRAB FACTORY BROLLY

by - Sabtu, Februari 27, 2016

Bila sebut makanan laut terutamanya ketam dan udang , aku teringat akan Crab Factory Brolly yang terletak di Menara Felda  berhampiran dengan Menara Kuala Lumpur.  Kenapa ? Hehehehe... Kenangan melantak beramai ramai pastinya akan dikenang sampai bila bila !


Ini adalah pertama kali kami menjamu selera di sini. Terus terang , tempat ini memang unik. Nampak rileks dan cool jer.. Bagi mereka yang nak makan beramai ramai ,di sini memang pilihan yg tepat sekali !





Macam mana pulak dengan makanan ? Tempat dah nampak best kan ? Hehehe.. Aku tau.. Kami di sini ari tu... Menariknya , di tempat yang boleh dikatakan gempak ni , parking keretanya adalah percuma ! Boleh parking di bangunan Naza yang terletak di sebelah bangunan Menara Felda. Dekat giler !

Ok.. antara hidangan yang kami makan ari tu ialah..... jeng jeng jeng.. Ready ?? Cencaluk Fried Chicken Wings , Ayam Percik Lunch Tray , Seafood Fried Chicken Lunch Tray , Beef  Yakiniku Omelette  Curry Don , Beef Burger , Chicken Burger , Lambogarlic Burger , Variety Skewers ( Lamb ,Chicken , Striploin , Tiger Prawns & Baby Optocus. )








Dan hidangan terbaik buat kami malam itu ialah... Beef Sirloin with Black Pepper Sauce & Fries , Beef Ribeye with Mushroom Sauce & Mash , Flower Crab Set ( STB Mild ) , Flower Crab Set ( Spicy Plum Sauce ), Meat Crab Set ( Garlic Butter )





Dan penutupnya ialah..  Chunky Peanut Butter , Waffle dan Tiramisu !



Heehe.. macam macam makan dan minum.. Ada dalam 13 blogger dan jumlah harga yang perlu di bayar cumalah RM2, 450.95 termasuk GST . Seorang perlu bayar cuma RM188 untuk kenyang sepanjang minggu ! Hahahahah.. Ok la kan ?

Amacam ? Berminat ? Hehehe.. Aku pahamm... Ok , Kalau berminat tapi nak ada dapat diskaun dan juga tak tau nak order , meh aku bagi tau.. Di bulan March 2016 akan ada promosi ..

Promosi Monthly Crazy Bag March " Spanner Crab RM12/100gram" . Biasanya RM17 untuk 100 gram.

Promosi Monthly For Two Lovers March adalah " 500 gram Yabbies-M dan 300 gram New Zealand Mussels untuk RM88 sahaja. Biasanya RM115. Percuma Corn , Button Mushroom dan Coleslaw.


Dan cara nak order , mudah saja  ! Meh aku ajar..

Langkah 1 : Pilih makanan laut ( minimun satu jenis dan maksimum 3 jenis ) dalam timbangan 300  gram atau 500 gram. Untuk ketam , boleh pilih beberapa ekor.

Langkah 2 : Pilih sos & tahap kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba Jamba.
Langkah 3 : Pilih satu atau dua Bag Buddies.

Maklumat Lanjut:
Brolly: Crab Factory
Menara FELDA, Platinum Park, No 11,
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2181 4122
Facebook : https://www.facebook.com/brollymalaysia

You May Also Like

4 comments

  1. Suka lihat deko restoren ni nampak sgt versatile...menu yang di sajikan sgt membuka selera...sesuai lah utk apa jua majlis kan...terbaik..
    nak pi la cm ni dekat sgt

    BalasPadam
  2. Mak aihh byk gambar makanan weyy..lapar lapar..Nampak sedap dan menyelerakan..Jom pakat pegi ramai2..

    BalasPadam