Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Februari 2016

Hinakah dia mencuci tandas rumah orang ?


Wife memang tak larat tapi dia tetap nak kemas rumah ! Aku berkeras tak bagi ! Kalau kalau kemas rumah , dia tak puashati punya ! Camana pun , dia nak gak kemas rumah hinggalah baru baru ni , dia 'bleeding' skit ! Haaa.. terus insaf dia ! Tak berani.. 

Dan kali ni biar aku je yang call 'maid harian'. Sebelum ni dia call asyik sibuk jer.. Janji nak call balik pun , dia terlupa.. Mana tau dengan suara aku yang macho ni berjaya membuatkan dia datang kemas rumah aku.. hehehe..

Sekadar gambar hiasan 


Akhirnya.. hari ni dia dapat datang jugak kemas rumah aku. Aku gi jemput di kawasan tempat tinggalnya , bersama kawan dia.. 2 orang akan bersihkan rumah aku ! Huhuh.. lega aku.. Walaupun hasilnya tak la begitu gempak tapi sekurang kurangnya , bersih dan kemas .. Memadai dah bagi aku. Setimpal dengan bayaran la.. Nak kemas sampai berkilat , bayar mahal la lagi kan ? 

Selepas siap segalanya.. Aku hantar dia dan rakannya pulang. Dalam kereta , aku berbual seperti biasa. Aku tanya ada lagi tak rumah selepas rumah aku ni dan jawabnya ada.. Bermakna sehari 2 rumah. Dia dapat lebih dari RM100 ! Fuh.... Banyak tu ... kata aku ! 

Tapi jawapannya.. agak sedikit sayu... 

" Banyak pon tapi saya kena bersihkan tandas orang.. Mana ada orang nak buat kerja macam saya ni.. Jijik ..Orang lebih suka kerja dalam aircond.. bersih.. ".

Aku paham maksud dia.. Orang zaman sekarang terutama di Malaysia ni , memang memilih kerja. Tak kira la 'terpaksa' atau 'sengaja' memilih kerja. Kerja kerja sebegitu , memang tak dipandang.. Sama gak kerja kutip sampah setiap awal pagi di rumah aku. Mereka melakukan dengan bersungguh sungguh dan pastinya bukan 'orang kita' . Camana aku tau ? Beberapa kali terserempak dengn aku dan aku ucapkan terima kasih lalu dijawabnya dalam loghat yang aku cukup kenali. Dan aku salute mereka.. Terfikir , jika mereka tiada .. sapa nak buat kerja kerja gini ??? 

Aku dihubungi seorang rakan yang meminta aku mewar warkan satu projek yang mana pekerjanya adalah ibu tunggal dan mereka yang menganggur. Kerja kerjanya adalah mudah sekali.. house maid ! Seperti yang aku gunakan tadi tu la.. Datang pagi , petang settle.. balik la ! Bayar cash ! Settleee ! Cuma bayaran lebih sedikit tinggi namun masih dalam perbincangan.. Inshaallah.. 

Persoalannya.. berapa ramai orang kita nak ? Orang kita tu.. merujuk pada rakyat Malaysia ! Bak kata bibik tu.. orang sekarang nak kerja dalam aircond jer.. tak kira la apa kerja pon.. janji dalam aircond! Hurmm.. Benarkah ? 

Sampai rumah dia.. aku turunkan dia dan ucapkan terima kasih. Zahra yang di pangkuan dia , terlena.. Huhuhu... nak ikut sangat hantar... Qhaliff , lena di kerusi hadapan... 

Kalau aku takde kerja satu hari nanti .. apakah aku sanggup bersihkan tandas rumah orang ?????

5 komen :

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

hurmmmm...kalau aku ni kerja apapun ok janji ianya mendatangkan hasil dan tak ambik hak orang lain...kijer tak glam takper....lagipun aku dah biasa...mungkin lebih teruk dari apa yang tukang2 cuci tu pernah buat...huhuhu

ezaiza Iza berkata... [Reply to comment]

Skop kerja lebih luaskan.. pembantu rumah, atau pembantu pengurus rumah tangga, nama lebih glemer,.. pembantu pengurus.. tentu ramai yang nak mencuba nasib memohon kerja,..

ezaiza Iza berkata... [Reply to comment]

Skop kerja lebih luaskan.. pembantu rumah, atau pembantu pengurus rumah tangga, nama lebih glemer,.. pembantu pengurus.. tentu ramai yang nak mencuba nasib memohon kerja,..

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Bisnes juga ni..cuci tandas org tapi masyuk. Tak pe. Halal kerjanya

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

bagus kerja ni sebenarnya. semoga berjaya projek ni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI