Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 18 Februari 2016

Korang pencinta hutan ?

Alhamdulillah.. Tercapai cita cita aku.. Aku nak berbakti pada hutan di negara kita ni. Dari kecik lagi aku cukup teruja dengan hutan tapi belum berpeluang untuk menabur bakti padanya. Sekarang ni kita tengok apa dah jadi dengan hutan di negara kita ni. Memanjang di tebang sana sini. Mereka yang tamak haloba , tak kisah langsung akan nasib anak cucu kita satu hari kelak. Hinggakan nanti nampak cacing di jeritnya ular ! Nampak ular dijeritnya naga ! Gara gara hutan dah tak de .. dok layan movie dan game jer memanjang ! Kesian kan ?



Aku tahu.. korang mesti cakap , ni semua 'orang atas' punya pasal laaa .. Tak ke , tak pee.. Yang penting , kita berjuang ! Mana tau berkat doa dan perjuangan kita .. ada pihak berjaya dibukakan mata lalu membantu kita mempertahankan khazanah negara kita ni.. kan kan ? Sekurang kurangnya , kita ada buat tindakan dari dok menjerit di dalam hati jer..

Ok... Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam atau PEKA bakal menganjurkan  'SAVE OUR RAINFOREST  RACE - POKOK ADALAH MASA DEPAN KITA' pada 26hb Mac 2016 di Pusat Pelancongan Pendidikan Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala Port Dickson , Negeri Sembilan.

Ia adalah simbolik menyelamatkan hutan di negara   ini yang semakin  berkurangan, Peserta-peserta SORR2016 akan berlumba sejauh   16km   untuk   menanam   pokok-pokok   hutan   di   kawasan yang   ditetapkan.   Sepanjang laluan perlumbaan, peserta-peserta akan melalui beberapa cabaran termasuk menyelesaikan permainan yang  menarik dan  relevan sesuai dengan  visi SORR 2016 pada kali  ini. Seperti program   SORR   yang   lalu,   visi   dan   objektif   SORR   2016   adalah   bertujuan   meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan Hujan Tropika di negara ini dan mendidik peserta dan masyarakat untuk turut sama menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini danakan   datang.   Selain   itu,   program   SORR   2016   ini   turut   berhasrat   mengumpul   dana   untuk kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa akan datang.

SORR 2016 menyasarkan penanaman sebanyak 4,000 batang pokok hutan yang terdiri daripelbagai spesis dengan penyertaan sekurang-kurangnya 2000 orang peserta yang terdiri dari pelbagai   lapisan   masyarakat   untuk   turut   serta   khususnya   pelajar-pelajar,  syarikat   korporat, individu dan sebagainya. Setiap peserta yang disertai oleh 2 orang bagi setiap kumpulan akan berpeluang mendekati dan memahami khazanah alam dan cara-cara penanaman pokok yangbetul. PEKA Malaysia juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk bersama-sama menaja atau membantu dari aspek kewangan atau barangan untuk menjayakan SORR 2016 ini.

Kepada  sesiapa yang berminat menyertai  SORR2016, mereka boleh mendaftar melalui facebook  dan website  PEKA yang  telah dibuka untuk orang ramai   mendaftar  dengan yuran penyertaan sebanyak RM80.00  seorang (RM160.00 per kumpulan). Seperti program  SORR sebelum ini, yuran penyertaan ini termasuklah pek perlumbaan (Race kit) yang terdiri dari satu set anak pokok, sarapan  pagi, makan tengahari t-shirt rasmi SORR2016 dan ‘doorgiftSORR2016’.Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada  XX Mac 2016 dan peserta-peserta yang berminat digalakkan mendaftar segera dan tidak menunggu di saat-saat akhir.

Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat dan pendaftaran SORR 2016, orang ramai boleh melayari  www.pekamalaysia.org atau mengikuti berkaitan PEKA dan SORR2016   di :

Facebook : PEKA MALAYSIA 
Susee :  (6016 20102014)
Arizal Rahman :  (601112249782) 
Izwan :  (6017 9321899)



4 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

memang aku suka dengan keindahan dan suasana dlm hutan..

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Berbudi pada hutan untuk generasi anak-anak kita dan bangsa juga, parah julia tgk kawasan tol Latar hari tu lalu, kawasan denai hutan yang sangat cantik, di conteng dengan laluan jalan tanah yg sangat rakussssss dari jauh...merintih lihat pokok2 tu semua seakan menangis...inikan pula kempen baik cm ni...julia sokong!

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

Best tau kalau dikelilingi pokok menghijau. Sejuk jer..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI