Salah siapa bila batu itu mengenai cermin depan kereta ku ?

by - Khamis, Februari 25, 2016


Secara jujurnya , aku tak salahkan pemandu lori tu.. Dia mesti tak perasan akan batu batu yang jatuh bertaburan dengan kerapnya yang mana batu batu itu dibawanya dengan menggunakan lori yang aku pasti bukan lori hantu. JpJ mesti dah bagi permit punya nih ! Kan ? Ok.. good.. 

Gini ceritanya..

Sedang aku berbual sambil menepuk tampar bersama rakan blogger aku , Syed Alwi atau lebih dikenali dengan John Awi .. tiba-tiba  aku menjerit manja .. 

" Auwww... apakah itu ? " .

Zassss.. Mata aku bertukar warna ! Dari hitam menjadi biru.. Lalu Awi memandang aku dengan penuh tandatanya..

" Aben.. Kenapa mata jadi biru ? Nampak macam Brad Pitt lak ? ".

Aku menjawab dengan bengangnya.. 

" Apakah selama ini aku kelihatan seperti Samuel L . Jackson kah ?? ". 

Hurmm.. Awi masih tergamam.. Lalu aku memberi tendangan tanpa bayang tepat ke usus di bahagian hilir buah pinggangnya ! 

" Tergamam melihat kekacakkan aku kah ? Cepat rekod kejadian batu bertaburan itu. Kita memerlukan bukti untuk membawa kes ini ke mahkamah tinggi nanti ! Moga ada yang mengasihani aku kelak .. "

Yer.. Awi merakamnya tanpa tertinggal sesaat pon ! Dan ketika rakaman dibuat , tiada pula batu berjatuhan dengan kerapnya ! Geram pulak aku. Nak je aku gi ke driver lori itu dan bertanya padanya.. 

" Encik , kenapa batu di bahagian belakang lori encik ini tidak berjatuhan seperti tadi ? Puas saya menunggu saat itu untuk merakamnya sebagai bukti agar saya boleh memviralkan di media sosial kelak. Teringin benar saya nak popular. Minta encik regangkan sedikit tali dibelakang itu yer.. Saya akan kembali merakamnya bersama sahabat saya. Budi baik encik , akan saya kenang. Terima kasih. "

Sayangnya .. itu cuma angan angan kosong ! Yang pasti , balik dari Johor ni aku kena gi tukar cermin depan kereta aku tu.. Nasib baik aku ada insurankan ! Huhhhh.. Tapi aku rugi gak.. rugi masa bersama anak anak ! Huhhhh.. mencik aiii...

You May Also Like

6 comments

  1. Allahu...alhamdulillah tidak retak seribu...

    BalasPadam
  2. Macam Kak Sue hari tu,tapi tak perasan kena di mana..sampai kat Stadium Malawati Shah Alam,tengok-tengok dah retak belah bawah cermin depan..huhuhu..

    BalasPadam
  3. Uiii... bahaya tu.kena cepat2 tukar ni. Mcm ina cermin retak kena batu. tgh drive tu,tetiba berderai.. habisss.

    BalasPadam
  4. kena hati2 kalau lalu belakang lori macam ni

    BalasPadam