Tanggungjawab Blogger bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan !

by - Khamis, Februari 04, 2016

Alhamdulillah.. Selesai ! Lama dah plan nak duduk semeja dan bertemu muka dengan 'orang orang besar ' Agensi Anti Dadah Kebangsaan ni.. Kehadiran rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari ni atas jemputan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Ada tujuan dan ada motif tapi yang pasti takde kaitan dengan politik ! Haaaa ! 

Dan inilah peluang blogger yakni aku dan rakan rakan membuktikan yang kami ni bukanlah tin kosong yang sembang lebih di dunia maya ! Lagi pun ini bukanlah pertama kali kami terlibat dengan projek begini.. Banyak dahhhhh...banyakkkk ! Tak menang award je ! Ha.. kalau menang , confirm korang tau punyaaa .. 


Bukan satu tanggungjawab yang mudah sebenarnya menerima 'amanah' ni.. Memang berat terutama untuk mewar warkan kepada masyarakat peranan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan mengenai betapa bahayanya dadah ni pada anak anak kecil kita..

Perbincangan ringkas dibuat bersama dan menghasilkan keputusan yang pastinya memberi sejuta pengalaman baru ! 



Yer..nampak macam tidur tapi tak yer ! Menghayati namanya ini.. Aku mendengar dengan penuh kekusyukan ! Haaaaa... Nak hadam bukan mudah wooo.. maklumlah , masalah kiri kanan sedang melanda aku.. Hehehehe.. Alasan baek punyaaa ! 

Apa pun.. jutaan terima kasih pada Agensi Anti Dadah Kebangsaan kerana memberi kepercayaan kepada kami , bloggers untuk membantu menyebarkan maklumat mengenai aktiviti serta peranan Agensi Anti Dadah Kebangsaan terutamanya mengenai bahayanya dadah ! 

You May Also Like

5 comments

  1. alahmdulillah..menggalas tanggungjawab yang diberi bukan satu yang mudah..bila orang yakin bermakna mereka tahu kemampuan KBBA dan menaruh kepercayaan yang tinggi..tahniah abg ben dan rakan rakan ya..

    BalasPadam


  2. 1. Jenis maklumat (Penyeludupan / Pengedaran / Penyalahgunaan)
    2. Tempat / Kawasan yang terlibat [Negeri / Daerah / Alamat] tempat kerja Tenn holding SDN BHD seri kembagan. Kadangkala fi megatulip

    3. Butiran / maklumat saspek [Nama / Jantina / Bangsa] (Jika ada)
    Nama Wan,jantina lelaki.
    Bangsa orang Sabah

    4. Kenderaan yang sering digunakan [Jenis Kenderaan / Warna / No. Pendaftaran] (Jika ada)
    Proton wira warna kurning
    5. Lain - lain maklumat [No. Telefon / dll] Tel 0178816815 baru 0102388993

    BalasPadam