Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 25 Mac 2016

“Buat apa la nak sado sado ni ?? “

 

Semalam , aku gi gym.. Dan terkejut ! Kawan lama , ada di gym ! Kali terakhir aku jumpa , dia berjalan dalam gym dengan berseluar sendat ! Badan dah gempak giler. Senyum aku masa tu.. Alhamdulillah , tercapai dah cita cita sahabat tu nak sado !

Tapi kali ni.. berbeza ! Badan dia.. hurm… Macam orang dah berenti workout 3 tahun gitu haaa ! Huhuhuh..

Laaa.. apa jadi dengan badan kau ? Adehh.. Ni nampak cam parah jer.. Ke ko off season ni ? Nak masuk contest ke ? “

Takde la bang… Saya suspek leukimia ! “

Terkedu aku.. Terus cari tempat duduk dan duduk depan dia. Nak dengar cerita dia.. Dan dia pun bercerita la panjang lebar.. Hurmmm.. Seperti yang pernah aku nasihatkan pada dia dulu.. Jangan dan jangan ! Tapi darah anak muda ! Kesabaran tu , agak kurang.. Yela , aku pun pernah muda. Tahu la camana.. Cuma nasib baik , aku masa tu.. memang penakut skit.. Tak berani amik risiko ! Ada orang berani amik risiko tanpa mengira kesan jangka panjang !

Doktor kata , kesan dari pelbagai suppliment yang saya amik.. “.

Hurmmm.. Ternyata dia menyesal dengan apa yang dah berlaku dan semangat dia memang dah pudar sama sekali. Aku nasihatkan dia. Jangan putus asa.. Muda lagi. Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran. Bila nak buat sesuatu , perlu ada niat yang bersih.

Kau nak sado untuk apa ? Cam aku.. aku memang nak jaga kesihatan. Aku ada darah tinggi. Sebab tu aku kena maintain. Tapi takde la tahap nak sampai kering dan gempak punya badan. Aku tak mampu gitu. Tapi kalau mampu pun , aku nak buat apa ??? Bukan nak masuk pertandingan. Segan aku nak tayang badan.. huhu.. “.

Aku bukan nak bebel .. tapi ada segelintir budak sekarang nak sado sebab nak jadi anak ikan.. Nak jadi bouncer.. Buat apa ? Kalau nak serius , buat betul betul .. Fokus ! Amik sijil .. jadi trainer bertauliah.. Contoh.. Cam Dato Ahmad Zaki ..

image

Ni baru betul.. Apa guna badan sado tapi tak betul cara gunanya ! Hurmmm..

Yang mengecewakan bila ada yang mendapat salah tunjuk ajar ! Amik suppliment yang tidak mendapat kelulusan seperti steroid dan macam macam lagi ! Perlu dapatkan khidmat nasihat pakar. Bukan main belasah jer ! Hurmm..

Ini bukanlah kes pertama. Bannyak dah ! Tu belum part nak masuk gym , hisap rokok dulu.. Pastu bila abis , hisap rokok lagi ! Adehhh.. Dah tu , g gym untuk apa ? Luar cantik.. dalam ?

image

“ Abg Ben , dari muda sampai umur 40.. maintain jer.. Segan saya .. “ .

Aku senyum..

“ Aku buat untuk sihat.. “

Walhal… nak awet muda.. Nak nampak kacak bergaya gituuuu ! Kalau tak , payah la nak bersaing dengan blogger blogger muda yang makin ramai .. kan ? Haaa..

image

Janji nampak smart bila pakai baju raya nanti.. dah ! Hahahaha…

6 komen :

PCL berkata... [Reply to comment]

Luar cantik dalam berkepuk.. perghh...malas aku nk nasihat kengkawan lama,berasap xleh tinggai aku dokan depa tu terus sihat dan berubah dgn gaya hidup sihat.

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

kalau nak sado..rasanya tak perlulah nak makan ubat bagai..ikut cara abg ben..selalu bersenam..tngok la ni dah nampak bergaya gila...

Eintan Nurfuzie berkata... [Reply to comment]

skrg ni pun cik en de gi gym tp bukan tuk sado.. tuk jaga stamina sebab dpt wakil sukan.. tapi mmg di gym ada yang makan supplemen(bila borak ngn abam abam sado) tapi sebabkan cik en pun bukannya gi sbb nk sado, cik en dengar dengar gitu je. ada juga pernah terbaca kesan kesan makan supllemen yang tidak diiktiraf untuk jangka msa panjang.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Tak nampak 40 tahun langsung!...serius sebelum tau ben 40 tahun x percaya okey...ju ingat ben ni ala2 30 ke atau 35 gitu...ni namanya awet muda!

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

sesuatu sangat ayat last tu....ekekekeke

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..bersukan...ke gim niat kerana Allah nak sihat in sha Allah...Allah bantu...
Patutlah qhaliff jeles dengan daddy...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI