Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 25 Mac 2016

Bukan mudah jadi ‘founder’ !

 

Penat.. Terabai blog ! Itulah yang berlaku pada aku ! Aku makin kurang update blog. Entri pon tak sampai ke jiwa.. Idea banyak tapi dah terlalu sibuk ! Siang meeting.. Pastu jaga anak.. Malam , lepas anak anak tidur , baru aku ada masa.. Tapi sekarang ni ,bila anak tidur.. ngan aku aku tidur !

Sebagai founder Kelab Blogger Ben Ashaari , aku terpaksa berjumpa dengan mereka yang berminat nak dapatkan khidmat blogger ! Untuk pengetahuan , aku tak pernah amik sesen pon duit komisien dari setiap job yang aku terima ! Walaupun ada mulut puaka yang dok usung cerita mengenai aku dok makan duit blogger , aku diamkan jer. Sebab apa ? Semua orang tau hakikat sebenar !

Ini salah satu client terkini.. Bukan mudah nak deal dengan orang berpengalaman. Namun semua ni , pengalaman untuk aku.

image

Penat ? Serius penat. Paling mengecewakan , blog aku terabai ! Aku hilang aura untuk menyampai cerita cerita pada pembaca. Jalan cerita aku sekarang , meleret dah ! Aku frust !

Tu belum lagi part karenah anak anak buah. Hurmm.. Nasib baik ada ‘AJK’ dan ‘ orang lama ‘ yang boleh pantau dan beri nasihat jika ada isu isu dalaman.. Kalau tidak ? Fuhhhh… Hypertension aku ! Hahahaha..

Menyesal ? Takde maknanyaaa.. Aku berbangga dengan team aku yang sememangnya mereka berbangga menjadi sebahagian dari team Kelab Blogger Ben Ashaari !

Walaupun aku penat.. selagi terdaya aku akan terus curahkan pengalaman aku pada rakan blogger terutama yang memerlukan secuit ilmu dari aku.. Yang penting , bila dah berjaya nanti.. jangan la lupa diri ! Huhuhuh.. Kecewa aku..

10 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Kipidap Dongibab.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar.

Yanty Lee berkata... [Reply to comment]

Keep moving Aben...KBBA9 need one another.

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

terima kasih abg ben sebab byk bagi tips kekal dlm dunia blogger ni..Jiwa harus kental dan banyakkan bersabar..

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

Biar la mulut2 puaka tu abg ben..sekurangnya abg ben bantu blogger2 baru macam kitaorang ni..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

"..dah berjaya jangan lupa diri.."...yes ingat sampai bila-bila tu..itu pesan abg ben masa review blog PC yang masih hijau lagi berlumut ni...tq abg ben..in sha Allah tak lupa..amin.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Ben, julia lama perhatikan ben....kuat daya tahan dan kuat sabarnya...julia tahu ben memerhati kami juga...sehabis daya untuk berikan yg terbaik, insyaAllah mana2 sahaja julia pergi, nama KBBA akan di sebut2 dimana sahaja...abaikan mereka berkata negatif...memang sakit rasanya tp orang berjaya upah ujian mmg lumrah mcm tu ben...jgn risau...wpun adakala julia diam...tp hashtag kbba tetap guna utk sebarang preview personal...semoga dipermudahkan founder...amin

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

tahniah tuan

timm bill berkata... [Reply to comment]

keep it up abg Ben!

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Salute abg ben..sanggup pergi meeting..buat itu ini..semoga allah balas jasa abang ben. Kami kbba akan bantu abang ben sedaya mungkin

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply to comment]

Penat-penat insyallah akan ada hasilnya. Tahniah bro Ben.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI