GST membebankan atau membantu kita ?

 

Sebelum dikenakan pada rakyat , gendang dipukul bertalu talu yang mana rakyat diberitahu GST tidak akan membebankan.. Tapi sayangnya , rakyat di era viral ini , dah faham dan masak .. semua tu omong kosong belaka ?

Hari ni aku kena servis kereta lagi.. Dalam kepala , terbayang GST yg bakal dikenakan pada aku. Aku tak kisah bayar GST asalkan aku dapat rasa kenikmatan hasil bayar cukai tu.. Tapi ??? Hurmmm..

Selain servis kereta.. roadtax pon akan tamat tempoh.. ini bermakna insuran pon kena renew gak  !

image

Nasib baik aku main kutu dah dari awal tahu. Duit kutu je la aku gunakan untuk cover insuran ni.. Huhuh.. Bajet aku , RM1K termasuk roadtax..

Dan di pusat servis , aku dimaklumkan mengenai insuran yang dikenakan pada kereta aku.. NCD 38%. Katanya kereta baru.. Aku angguk je la.. Kena kencing ke tak , wallahualam. Tapi yang pasti , bila berlaku kemalangan.. bawak ke balik ke diorang ! Dah 4 tahun aku guna company yang sama.. Nama besar gitu ! Ahh , aku malas pening kepala.. Bayar jer..

GST ..RM89..berapa sen tah.. Fuhhh.. Kang buat roadtax , GST lagi ! Perghhh.. Kejap lagi gi barang dapur , GST lagi ! Arghhhhh ! Stresss ! Keje bagai gila.. bayar cukai ! Tapi yang makin kaya , ‘ diorang ‘ ! Aku cuma mampu hidup jer..

Hulur kad kredit.. GST lagi.. Nak bayar cash ? Hurmmm… Nanti laaa..  Tunggu duit kutu , cover semua perbelanjaan hari ni ! Hurmm..

Tetiba terfikir tahun depan.. Qhaliff dah nak masuk taska… Gulp ! Adik dia yang bakal lahir lagi.. Gulp…

Jangan ngeluh.. Rezeki anak anak ada ..

5 ulasan:

  1. semakin byk GST semakin byk rezeki anak2 BA... Allhamdulillah... InsyaAllah, Allah dh janjikan anak cucu cicik Allah dah sediakan rezeki masing2....

    BalasPadam
  2. MEMBEBANKAN BAGI PANDANGAN SAYA

    BalasPadam
  3. Kalau dilaksanakan dengan cara yang betul, gst menguntungkan. Tapi ramai yang mengambil kesempatan, menangguk di air yang keruh... Jadi gst dah membebankan awluruh rakyat malaysia...

    BalasPadam
  4. GST.. Bayar aje. Nak buat macam mana.
    Pusing-pusing nak kena bayar juga.

    BalasPadam

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.