Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 18 Mac 2016

Misteri Qhaliff dan pintu !

 

Hurmm… Apa masalah Qhaliff dengan pintu ? Setiap kali kalau pintu tak tertutup rapat , dia akan bangun dan tutup.. siap kunci sekali ! Walaupun aku dan wife dalam bilik , pintu tak ditutup .. dia akan tutup dan kunci !

image

Ada sekali tu.. er , banyak kali gak la.. Dia tengah lena. Aku bangun tidur dan turun ke bawah.. Bila aku masuk bilik semula , aku tak kunci pintu. Qhaliff yang sedang lena , tiba tiba terjaga dan turun dari katil.. Dia g tutup pintu dan kunci ! Pastu sambung tidur ! Aku dan wife , terpinga pinga !

Banyak kali gak la aku biarkan pintu tu tak berkunci.. dia tetap kunci ! Nak dijadikan cerita.. ada sekali tu , di sebuah hotel baru baru ni .. dia masuk bilik air dan kunci ! Sekali tak leh bukak pintu tuu ! Haaaa.. Dia mengelabah dan mula menangis. Nasib baik boleh bukak dari luar.. guna duit syiling !

Sejak dari tu , aku ingatkan insaf dah.. malah makin menjadi lak perangai pelik dia ni. Apa sebab dia kunci ,masih kekal misteri hingga sekarang !

4 komen :

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

anak saya pun sama. tak boleh tengok pintu terbukak, mesti dia tutup. saya pun banyak kali buat, perkara yang sama jugak di buat, tutup pintu. pernah jugak saya tanya, kenapa nak kena tutup, dia jawap, kenalah tutup pintu. itu je. ishh

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

Dia takut hantu masuk culik dia kot

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Untuk keselamatan...tidak sia sia kunci dicipta kerana qhaliff manfaatkannya...hihi...cuma risaunya kalau qhaliff terkunci bersendirian la...itu yang bahaya...

Farrah Nadia berkata... [Reply to comment]

Dia pandai bukak tak? hihi seram pulak baca

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI