Produk susu unta dari CAMELUS !

by - Isnin, Mac 21, 2016

 

Pre Launching produk Camelus keluaran PalmaBrand yang aku hadiri bersama rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari baru-baru ni di Batu Caves sangat mengujakan aku.

Selama ni aku dan rakan rakan hanya mendengar saja mengenai CAMELUS walaupun aku tau mengenainya. Cuma menanti saat dilancarkan secara rasminya.

Di Pre Launching Camelus , kami diperkenalkan dengan beberapa produk yang bakal mengegarkan pasaran. Kekuatan mereka ialah SUSU UNTA ! Rasanya tiada lagi produk berasaskan susu unta di negara kita lagi.. Pastinya ini menjadi kelebihan buat PalmaBrand.

Cara susun atur produk Camelus di bahagian showroom dan juga packaging , menarik minat aku ! Kamera aku tak abis abis focus ke arah produk produk yang dipamerkan. Nampak ekslusif dan ‘mahal’ !

image

image

image

Kemudian kami semua di bawa masuk ke bilik mesyuarat utama dan diperkenalkan seorang demi seorang ‘orang kuat’ PalmaBrand dan Camelus oleh Head of Strategy and Corporate Planning , En.Azhar Sulaiman.. Yer , pelakon tu laaa ! Huhhh..

Sewaktu mendengar pembentangan mengenai produk oleh En.Azhar Sulaiman , aku memang nampak produk ni punya masa depan yang sangat cerah ! Ini kerana aku pernah terlibat dengan satu projek promosi susu kambing beberapa tahun lepas dan ianya mendapat sambutan di luar jangkaan ! Apatah lagi susu unta yang kita tau mengenai keberkatannya serta kelebihannya berbanding susu lembu yang diminum oleh kita dan anak kita hari hari !

image

Cara pemasaran serta strategi yang dimaklumkan pada kami , sememangnya aku tak dapat nafikan lagi ditambah dengan kekuatan rakan perniagaan dari UAE , pastinya Camelus tak sabar memasuki pasaran nanti. Yer , aku pun tak sabar nak buang semua susu susu lembu yang di atas kabinet dapur aku tu dan gantikan dengan susu unta ! InshaAllah , April nanti ! Sabar menanti !

Apakah kelebihan susu unta ni ? Berbanding susu lain , susu unta sangat kaya dengan zat , imunoglobin dan mineral yang diperlukan oleh badan manusia.

Sewaktu perbentangan dibuat , semua rakan blogger dihidangkan dengan air tongkat ali , kopi dari jenama Camelus. Aku berpeluang merasai kopi asli Camelus.

image

Aku yang sangat penat dan letih ketika tu , tetiba rasa segar ! Cerah bijik mata bila minum seteguk air kopi Camelus ni ! Tiba-tiba datang idea ! Ini kalau aku jual tepi jalan ni , confirm laris niii ! Huhuhuhu..

Beberapa cadangan diberikan oleh hadirin sejurus sesi soal jawab dibuka. Dan aku rasakan jika Camelus mengambil berat akan setiap pendapat ini , pastinya Camelus akan lebih ‘meletup’ di pasarasan nanti !

Susu bayi yang berasaskan susu lembu digantikan dengan susu unta! Dapat bayangkan tak ? Haaa.. orang sekarang tak nak susu lembuu ! Nak susu kambing atau susu unta gituuu ..hehehehe .. ‘

InshaAllah.. April nanti Camelus akan menemui kita di pasaran nanti ! Heheheh.. Tak lama dahhh.. sabar ehhh.. Aku pun tak sabar jugak ! Sebab apa ? Haaa.. kalau korang terbau haruman kopi dia.. fuhhhh !! Segar molekkk kata orang Perancis ! Haaa…

Bagi yang berminat untuk jadi agen pengedar produk Camelus ini , sila ke Camelus Brand.

Untuk info lanjut :

Web : www.camelus.com.my

Fb : www.facebook.com/Camelus-brand

IG : www.instagram.com/camelusbrand_malaysia

Alamat : Palmabrand Camel Milk Sdn Bhd

No. 33-M, Jalan DBP Dolomite Business park

68100 Batu Caves, Selangor

Tel : 03-6178 7846

image

Keyakinan aku tinggi pada Camelus. Sebab tu aku dan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari  nak terlibat sama projek ni. Nak majukan dan lihat produk ini menembusi antarabangsa ! Sekurang-kurangnya , aku berbangga.. blogger memainkan peranan membantu menaikkan sesuatu produk ! Kaannnnnn…

You May Also Like

11 comments

  1. wow...cantik packaging dia...fuyooo dapat free gift tuuu...huhuhu

    BalasPadam
  2. tak sabar nak dapatkan bila keluar kat market nanti... hohohoho

    BalasPadam
  3. boleh pergi jauh ni..
    alternatif kepada susu ibu.

    BalasPadam
  4. menanti gak susu untuk baby berasaskan susu unta sebab susu unta adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu...

    BalasPadam
  5. Memang belum ada kat Malaysia susu unta!
    Harus beli nanti .... Minuman sunah para Nabi sememangnya yang terbaik.
    Cantik laaa kotak dia

    BalasPadam
  6. Nak hadiahkan produk ni pada suami lah, sebab ben ckp dia boleh bagi tenaga time penat, good review about camelus.

    BalasPadam
  7. Packaging menarik..susu unta memang banyak khasiat..tak sabr nak tunggu kelaur pasaran

    BalasPadam
  8. sekarang ni..susu unta dah makin glamour dari lembu..hehehe

    BalasPadam
  9. packaging superb gila.. best, rasa nak semua

    BalasPadam