Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 Mac 2016

Qhaliff hilang di Alamanda !

 

Gara-gara Zahra tak nak duduk diam selepas siap makan di salah sebuah restoran , aku bawak dia berjalan bermain di bahagian dalam Alamanda dan dalam tak aku sedari , Qhaliff yang sedang makan bersama mak dia , turut mengekori aku !

5 minit kemudian wife call aku.. tanya apakah Qhaliff bersama aku ? Aku jangka dah… hurm.. Terus aku cari dia. Cepat cepat aku balik ke restoran tadi. Aku suruh dia tunggu je kat situ. Sebab aku tahu sangat Qhaliff ni. Bila dia nak merayau , dia akan tengok dulu dari mana dia bermula dan ingat jejak jejak dia. Dan aku cari di bahagian dalam.

image

Gambar di Legoland baru baru ni.

Baru nak bergerak.. wife panggil aku..

“ Tuuuu Qhaliff.. “

Aku pandang dia.. Hurm.. Tuu dia ! Jauh tuuu.. Dok berjalan sambil hayunkan pedang dia. Kemudian dia berhenti depan tukang sapu sampah. Kelihatan dia bertanya sesuatu dan mamat bangla tu seperti tercari cari sesuatu. Aku tahu dahhh..

Aku jerit kat Qhaliff.. Dia nampak aku dan berlari. Kelihatan pucat muka dia..

“ Daddyyy.. “. Dia hayunkan pedang dia.. Cuak la tuuu…

“ Daddy pesan apa ? Takut ? Hurmmm… Tuuuu.. ibu cari Qhaliff..”.

Wife sambung bebel.. hurmm…

6 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Alahaaaaiiii Qhaluff, buat daddy panik je... Heheheh

Nadine Jamal berkata... [Reply to comment]

uiii... dengar pun rasa seram. anak buah sy kalau hilang sesaat je dah pikir mcm2....huhu..

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

adeh..sy yg bca plak rasa kurang darah..klo anak sy ilang mcm ni, mau luruh gugur habis jantung huhu

Liyana berkata... [Reply to comment]

pernah 2 kali anak terhilang- 2 sec je. eh lesap! dia main nyorok2 pulak.. igt makpak rajin carik ke. lepas pada tu kuasa mak bawak kau ke mall! hahaha

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Alahaiii qhaliff...nasib baik tak sempat pi jauh

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply to comment]

Nanti kena lebih berhati-hati selepas ni Abg Ben.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI