Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 22 Mac 2016

Syoknya shopping dengan anak..

 
Dulu masa bujang , teringin nak berjalan dan shopping barang dapur dengan anak lelaki atau anak perempuan.. Nampaknya , Allah panjangkan umur aku untuk menikmati apa yang aku inginkan. Alhamdulillah..

Qhaliff akan jangkau usia 4 tahun , bulan April ni. Dia dah banyak belajar dengan sendirinya. Melalui orang tuanya.. permerhatiannya.. pergaulannya.. Tu belum masuk taska lagi ! Kalau masuk ? Fuhhhh.. Tak larat aku nak layan borak dengan dia ..

Sedikit demi sedikit aku belajar memahami dia.. Bila dia buat pasal , tu tanda dia mengantuk ! Haa.. Cuma kekadang tu je la aku terlajak perangai ! Maklumlah , aku kan bekerja dari rumah. Kekadang , aku dikejar dateline.. Dikejar maintenane.. Haaa.. macam macam haaaa !

Bila keluar dengan dia , aku rasa seronok.. Shopping.. Dia kalau mintak itu ini.. dia boleh toleransi…

“ Daddyy.. nak robot tuuuu..  “

“ Mahal la Qhaliff.. Mana daddy ada duit banyak.. “

“ Ollloooo… “

“ Amik yang lain la.. “

“ Okkk.. “

Yer… dia boleh bertolak ansur.. Dan apa saja dia nak amik , dia mintak izin dulu.. Cuma , mintak izin tu syarat jer la.. Kita kasi ke tak.. dia nak juga ! Hahahaha.. Tapi kalau kita tak kasi, dia tak la meroyan kat situ.. Kena pujuk elok elok.. Alihkan perhatian dia.. dia ok la .. Kejap jer..

Sebelum shopping.. aku bawak dia gi jumpa client .. Dan dia sangat behave. Layan kepala dia sendiri jer.. Hehehehe..

“ Qhaliff nak apa ? “

Fuhh.. soalan maut untuk dia.. meroyan cari coklat ! Hahahahha..

 

image

#APO2016 :Kenapa perlu mengundi BEN ASHAARI ?

3 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah besar dah qhaliff..satu masa ganti daddy jaga ibu dan adik adik...syukur..

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

kalau bawa sorang ok, kalau ramai2 mau pening kepala. tapi itulah masanya dengan depa selagi depa kecil

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

besar dh die..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI