Sabtu, 30 April 2016

Anugerah Pilihan Online martabatkan blogger !

 

Sejak aku mula blogging , aku teringin melihat BLOG termasuk dalam anugerah berprestij dalam negara. Yelah , bila kita tengok Anugerah Popular Berita Harian , takde pon kategori untuk blogger sedangkan blogger sekarang memainkan pelbagai peranan di media sosial termasuk mempopularkan artis tanahair dan juga luar negara.. Namun tiada hinggalah DIGI WWWOW muncul. Waktu tu , aku berjaya layak ke pusingan akhir dan satu kebanggaan buat aku yang hanya bercerita pasal anak di blog..

Dan satu penghormatan buat aku serta rakan rakan blogger bila mana MSTAR , Suria FM dan Dnars selaku penaja rasmi. Selain tu ada penaja penaja gempak seperti Rafflesia dan Ice Watch. Satu kebanggaan !

Cita cita nak tengok Kategori Blogger disenaraikan tercapai ! Mstar mengangkat martabat blogger di tempat yang sepatutnya ! Blogger banyak memainkan peranan di media sosial. Tak kira dalam apa bentuk sekali pon , tapi yang nyata.. blogger bukanlah lalat yang membawa kotoran sebaliknya lebah yang memberi manfaat pada hidupan lain..InshaAllah !

Apa pun yang berlaku malam ni , aku akan tetap beri sokongan pada APO pada akan datang selagi mana kategori Blogger dipertandingkan.. walaupun aku tak tersenarai !

Jutaan terima kasih buat para penaja dan juga buat Mstar , semoga Anugerah Pilihan Online ini setanding dengan anugerah anugerah lain di Malaysia ni..

image

Ke gym.. persiapan terakhir.. Hehehe..

Debaran APO 2016 makin terasa ?

 

image

Malam ni.. Hurmm..

Persiapan aku ? Hurmm…

Perasaan aku ? Hurmmm..

Yang pasti , aku gi gunting rambut.. Rambut aku serupa.. Hurmmm..

image

Pakaian ? Arghhhh ! Apa pon takde .. macam nak pakai baju melayu lengkap je aku malam ni walaupun temanya , GLAM DIGITAL ! Huh… Pakai baju nikah 8 tahun dulu.. 8 ke 9 eh ? Lupa lak.. heee…

Menang ke Kalah ? Tak kisah.. Yang pasti , ni pertama dan terakhir aku join.. Pasni serik dah ! Malas nak berkempen undi mengundi ni.. Penat mental dan fizikal.. lalalalaaaa…

Jangan lupa malam ni yer.. Live !  Korang leh juga menyaksikannya siaran langsung Malam Kemuncak APO2016 melalui Internet dihttp://apo.mstar.com.my/malam-anugerah.aspx . "'Live' Streaming' akan bermula pada pukul 7.30pm (April 30) dengan kehadiran finalis APO2016 di karpet ungu.

Rasanya aku takde kot part ni.. 730 tuu.. Maghrib dulu kat masjid baru g masuk…

Jumaat, 29 April 2016

Kemeriahan Ramadan Bersama PICC , Putrajaya

 

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.. Tak lama dahhh ! Selain berbuka di rumah dan masjid , restoran dan hotel yang HALAL menjadi tumpuan umat Islam dan juga bukan Islam untuk sama sama berbuka puasa ..

Ok.. intro yang formal ! Boring kan baca ? Hahaha.. ok ok.. aku terus ke point.. PICC ! Setiap tahun aku takkan lepaskan peluang untuk memenuhi jemputan Cik Kumari dan juga chef di sana. Confirm aku akan datang.. sebab ???

image

Fuh.. Terbayang menu menu yang bakal dihidangkan di sana , membuatkan aku terliur ! Baru terbayang.. dah terliur ! Haa.. bukanlah aku kebuluran.. tapi memang sedap wehhh !

Ok.. Kali ni punya tema ialah “ Hidangan Tradisi Warisan Budaya” ! Apakah  kelainannya  buffer ramadan kali ni berbanding tahun sebelum ?

  • Gerai jualan – Bazaar PICC 
  • Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don ( 18hb Jun 2016)
  • Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani  dan Mawi ( 22 Jun 2016 )
  • Majlis Iftar Amal Bersama Anak Anak Yatim
  • Persembahan Qasidah dari Afad , Rabbani dan Pawana ( sepanjang Ramadan )

Antara hidangan istimewa yang jangan dilepaskan ialah.. Oh , ada 300 juadah berbuka yer.. antaranya ialah…

  • kambing panggang dengan resepi istimewa ( setiap hari )
  • “ Kawah Warisan “ – nasi briyani , nasi kandar , nasi dagang , asam pedas melaka , siput sedut masak lemak , kari ayam kapitan , daging salai masak lemak cili padi , ikan keli goreng berlado , kambing hitam manis , sambal telur , ayam goreng berempah , dalca sayur , tetel , kobis goreng kunyit , rendang Tok ‘ Perak ‘ , gulai dudang buah pelam , daging gulai kawa ..
  • “ Buffet and Live Station “ – keropok , kerepek , jeruk , sup bunjut PICC , sup cendawan , bubuk lambuk PICC , warung tempura , roti terbang , nasi goreng , mee goreng , shawarma , kerang , nyonya kari laksa , laksa utara , mi sup udang …
  • “ Kids Corner “ – bertih jagung , aiskim coklat dan vanilla PICC ,
  • “ Live Pasta Station “ – spagetti , fettuccine , penne , linguine dengan sos bolognese , kabonara atau marinara
  • Pencuci mulut – manisan periuk tanah liat , bubur kacang hijau durian , bubur pulut hitam , pengat labu , pengat pisang , bubur cha cha , bubur gandum …
  • Air – air sirap bandung , air sirap selasih , air asam boi , air jagung , air tebu , air mata kucing , air kacang soya , teh tarik , kopi kampong..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

 

Ok. dah makan ? Masa untuk memenangi hadiah lak ! Haa.. Ada hadiah , ok !! Cabutan bertuah gituuu.. Jangan buang resit pembayaran buffet korang tu nanti !

Selain makanan.. persembahan.. Jangan risau part surau.. Surau luas ! Selesa gituuu .. Ok ?

Harga ? RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak kanak. Bermula pada 8hb Jun hingga 3hb Julai 2016.

Tempahan ??  Telefon 03 88876000 atau www.ticketonline.my/PICC. Untuk pertanyaan , sila ke Facebook PICCMALAYSIA.

Khamis, 28 April 2016

Hi-Tea @ VIVATEL Kuala Lumpur

 

Tercari tempat menarik untuk bersama si dia atau nak melepak dengan kawan kawan sambil makan tengahari yang best pada setiap Sabtu atau Ahad ? Ahaaa.. Aku ada cadangan.. Ini antara tempat yang menarik pernah aku singgah makan ! Ternyata ada banyak pilihan dan citarasa.. Semuanya menyelerakan !

Kat mana ???

Kat Vivatel , Kuala Lumpur ! Tak susah nak ke sini.. Waze , confirm jumpa. Nak ke VivaTel ni , memang akan melalui Jalan Loke Yew.. Tu paling mudah ! Menariknya , lepas abis makan .. korang leh g jenjalan dalam shopping mall. Hotel dan shopping mall , bercamtum ! Fuhhh.. memang syiokkkk arr ! Kena pulak situ pon ada panggung wayang ! Haaaa.. Makan kenyang kenyang dulu.. baru layan !

image 

Halal kee ??

Chef Ashar Daud selaku ketua chef di sini kata..

” HALAL , Ben ! “

image

Dah la Halal.. tempat bersih dan kemas wooo ! Aku tak sangka ada sebuah hotel yang menarik di Cheras ni yang menyediakan cafe / restoran yang cukup menarik !

Hidangan sedap sedap ke ???

Hahahaha.. Nak aku jujur ke ? Aku tengok makanan je pon aku dah kenyang ! Semuanya sangat menyelerakan sama sekali ! Dah sampai tak tau mana satu aku nak makan dulu.. Hahahaha..

Menariknya di sini.. ada beberapa masakan yang perlu diorder dulu.. tujuannya , untuk memelihara rasa dan segar ! Haaa.. Contoh ? Cam ikan dan ayam..

image

Pastu ada masakan tradisi orang melayu Kelantan dan banyak lagi laa ! Semua sedap sedap laaa.. Confirm puashati punyaa..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Antara yang istimewa ialah Siakap goreng , Nasi Lemak Pandan Daun Pisang , Puyuh Berempah , Mee Rebus Urat Keting , Vietnamese Noodle Chicken Soup .

Chef Ashar dah cukup berpengalaman dalam bidangnya ! 39 buah restoran pernah dia bekerja dan pastinya dia dah mahir dalam selok belok citarasa rakyat Malaysia ni.. sebab tu , kawan kawan blogger lain tak berhenti makan ! Hahahaha..

Amacam ? Nak rasa ? Ajak ramai ramai laaa datang .. Kalau seorang , RM48 nett. Kalau bawak 5 orang , seorang dapat free ! Hahahaa.. Kanak kanak , RM38 nett.. Banyak makanan gak untuk kanak kanak.. Berbaloi ! Bawah  6 tahun , free.. heee..

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke www.vivatel.com.my atau ke Facebook , VIVATELKL. Untuk tempahan , sila telefon 03 9205 8888.

Selamat Menjamu Selera !

Captain America ‘ Civil War ‘ membosankan ?

 

image

Punya la sabar menanti.. dan terus sabar ! Akhirnya keluar jugak Captain America.. Huhuhuh.. Terubat rindu nak tengok muka sendiri di layar putih tu haaa…. hahaha..

Ok.. Dah tengok tadi.. camana ? Best cam sebelum ni atau lagi best ? Ke bosan cam Superman V Batman ? Hurmmm… Bagi aku laa.. bagi aku laa , kannn…

image

Di luar jangkaan ! Hahahahaa.. Baru tau siapa bunuh mak bapak si Tony ni.. Haa.. Captain America yang bunuh ! Huhhhh… Patutlah diorang bermusuhan eh ? Eh , tak laa.. salah info aku bagi tuuu.. hahahaa.. Potong stim betul..

Tapi tak kisah la.. Yang pasti , setiap permusuhan akan mengakibatkan pengorbanan.. Sapa yang terkorban ? Yer.. sila gi tonton sendiri ! Sebab pasni aku nak tengok 3D punya lak.. Best tul keje sendiri ni.. Tengok waktu siang , mana ada orang.. lalallaa…

image

5 bintang dari aku !

Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Musim ke 2

 

image

Sambutan hangat dari rakyat Malaysia tahun lepas pada program  yang dianjurkan Yeo Hiap Seng ( Malaysia ) Berhad , Yeo’s Ceria  Ria Beramal Bersama Bintang tahun lepas membuatkan program itu kembali sekali lagi pada tahun ini.

Dengan mengekalkan team Heliza Helmi dan AG , beberapa selebriti terkenal ditampilkan bagi menjayakan program amal sempen menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri.

Apa yang menariknya , bagi para peminat air minuman Yeo’s , mereka berpeluang memenangi hadiah sejumlah RM58 ribu sambil berama !! Caranya tak susah pun.. mereka perlu sertai pertandingan yang bakal dianjurkan nanti !

Sebelum tu.. aku perkenalkan selebriti selebriti yang terlibat dalam Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama  musim ini..  Seperti yang aku bagitau tadi , ada Heliza , AG , Shukri Yahaya , Kaka Azraff , Feeya Iskandar dan FaizDickie. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mewakili beberapa rumah kebajikan seperti Pusat Jagaan Rumah Kesayangan ( RUKESA) di PJ , Rumah Kasih Nurul Hasanah di Kuala Lumpur , Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa , Teratak Nur Barakah , Shah Alam , Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras dan Rumah Kasih Harmoni , Kuala Lumpur.

image

Menurut Naib Presiden Kumpulan Yeo’s Malaysia & Indonesia , Ong Chay Seng , program mesra Ramadhan bertujuan menyokong amalan baik sentiasa menjadi tradisi mulia.

Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua ini akan berlangsung pada 1 Mei hingga 25 Jun 2016. Semua lapisan masyarakat boleh memberi sumbangan melalui pembelian rangkaian minuman dan makanan Yeo’s. Setiap nilai derma dikira apabila sumbangan disalurkan melalui akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia.

image

Ok.. Dah tau kan ? Sekarang cara cara nak join contest yang dianjurkan oleh Yeo’s Malaysia.. Senang jer.. Boleh rujuk ke www.yeos.com.my

Semoga Berjaya Dan Selamat Beramal !! Tahniah buat Yeo’s Malaysia atas usaha murni yang berterusan ini..

Berakhir sudah penderitaan !

 

Bukan senang nak jadi ADUN  blogger ! Huhuhuh.. Baru tahu camana rasa artis nak menang anugerah ! Hahahaa.. Sebenarnya ni , ni bukan kali pertama aku masuk ke peringkat akhir.. Dah banyak kali aku rasa.. tapi tak de la tahap beria nak menang.. Lebih pada nak dapatkan populariti agar blog aku dikenali.. Maklumlah , aku bukanlah blogger bermuka kacak ! Hehehehe.. kan kan ?

image

Yer.. aku cuma mampu pertaruhankan penulisan santai aku.. dan juga kreditibiliti aku sebagai media influencer.. Tu jer.. Dan menang atau kalah , tak kisah.. Yang penting , rakan rakan bagi sokongan tak berbelah bagi.. Tu yang aku nak..

Hurmm.. tahun mendatang , aku tak nak masuk mana mana award dah ! Kecuali Academy Award jer.. Tak pon , Oscar pon ok dah.. kan kan ? Penat siut nak berkempen ! Huhuhuh..

Rabu, 27 April 2016

Sedap rupanya ‘sarang burung’ ni !

 

Selalu aku tertanya tanya.. sedap ke minum sup sarang burung ni ? Kalau rajin tonton filem atau drama cina , mesti ada jumpa punya part ni terutama bila mereka kurang sihat atau nak tambahkan lagi tenaga..

Perasaan teringin tu terlalu kuat.. Maklumlah , bangsa cina ni kita tau mereka penuh dengan rahsia tradisi menjaga kesihatan. Di usia tua pon mereka masih lagi punya tenaga seperti orang muda ! Antara yang aku tau , mereka amalkan minum sup sarang burung !

Akhirnya , aku berpeluang juga rasa ‘sarang burung ‘ ni ! Haaa.. Seorang rakan aku bagi aku sekotak pati ‘sarang burung segera’ punya ! Haaa.. Dia suruh aku cuba ! Kalau sedap dan berbaloi , dia suruh aku beli dan hadiahkan pada orang tua aku sempena Hari Ibu atau Hari Bapa je nanti !

Aiseyman.. Aku mana reti nak renyeh sup sup ni ! Kang , abis rosak khasiat dia ! Otai otai je pandai nak renyeh sup ni ! Huhuuh.. Dan dia jawab.. tak perlu.. Bukak tudung dan minum terus ! Wowww.. terbeliak mata aku mendengarnya..

Dan.. akhirnya di tangan aku juga..

image

Gempak giler kotak dia. Ekslusif! Mesti rasa dia pon gempak! Dah la jenis kualiti tinggi punya.. Huhuhuh.. GRAND IMPERIAL BIRD’S NEST !

image

Bahagian dalam.. lagi kelas gitu !

image

Hurm.. Halal ke ??? Hehehehe.. Camana lak dengan kandungai dia ? Ada tertera ke ? Hurmmm…. Tentulah HALAL ! Takkan aku nak promote sesuatu yang tak halal dalam blog aku ni lak.. kan kan ? Kandungan pon ada tertulis di bahagian label botol tu..

Was was lagi ? Tiada penggunaan pewarna tambahan.. Asli gitu !

image

Camana lak dengan rasa dia ? Manis ke ? Kalau manis , guna gula apa ? Semua jawapan dah ada … Hehehee..

image

Rasa dia ? Macam jeli kelapa je pon ! Sedap woooo ! Dah tak payah risau nak rebus / renyeh dah.. Buka tudung , minum ! Tuang dalam cawan dulu ok gak.. hehehee..

image

Apakah kelebihan minum sarang burung ni ? Tentu sekali untuk kesihatan dan tampak muda serta berseri ! Untuk lelaki , pastinya bagus untuk tenaga teruama buat mereka yang sering keletihan seharian bekerja.. Untuk kanak-kanak atas 2 tahun pon boleh.. bagus diamalkan.. Manakala untuk ibu mengandung , dikatakan anak boleh dapat kulit cantik ! Ni kawan blogger aku cakap la.. dia dah lama amalkan.. huhuh…

image

image

Harga ?  Heee… Barang baik dan bermutu , bukan murah tapi tak la mahal terutama jika nak dijadikan buat mereka yang tercinta seperti ibu dan ayah kita la.. Hadiahkan masa Hari Ibu atau Hari Bapa nanti... Yang macam aku minum tu , berharga RM179. Ada banyak jenis lagi dan lagi berkualiti tinggi sebab ada yang dicampur dengan American Ginseng. Boleh layari Facebook mereka nanti..

Kalau tak nak yang segera , boleh beli yang original… maksud aku , sarang burung dan rebus sendiri!

image

image

Berminat nak cuba atau minum  ? Atau nak tanya dengan lebih lanjut ? Sila hubungi :

GIBN Holdings Sdn Bhd , No.18, Jalan Setia Dagang AK,

U13/AK, Seksyen U13, Setia Alam,

40710 Shah Alam, Selangor

Hotline: +60333621938 ( Isnin hingga Jumaat )

Whatsapp  +6012-6309938

Email :grandimperialbirdnest@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/grandimperialbirdsnest/

Nasib baik ada Batook Ori !

 

Aku dah terlebih kurus ! Arghhh.. Nak kena naikkan balik badan aku ni.. Maka , kena makan dan kena g gym.. G gym n makan tu takda masalah.. Masalah aku cuma , bila bangun tidur !

image

Bila bangun tidur , badan mesti sakit sakit ! Maklumlah , dah lama berehat dari menarik besi besi ni ! Bila dah sakit , maka wife la jadi mangsa aku.. hehehe..

Sayaaaang… tolong… amik minyak Batook Ori tu.. sakit leher , lengan dan belakang badan abang jap.. Sapu je.. tak yah urut.. “.

Cita banyak tarak.. dia sapu.. Tak sampai seminit dia sapu , aku terus lena semula.. Bangun dari tidur , rasa lega sangat ! Tidur pun , dalam 10 minit jer.. Hehehehe.. Alhamdulillah..

Baru baru ni , wife terseliuh kaki dia.. Minyak Batook Ori ni jugak laaa jadi penyelamat ! 3-4 kali aku urut kaki dia.. dah ok semula.. Dan aku , memang standby dalam kereta .. Maklumlah , kerap pening dengan cuaca panas gini.. Bila pening , wife sapu kat tengkuk dan dahi.. Terasa lega la skit..

Stok aku abis.. Setiap hujung bulan , mesti order sekotak dan setengah dari tu, mesti dibeli oleh seorang Datin. Katanya , dia suka guna bila abis kerja.. Sapu satu badan dan .. krohhhh.. lenaaa !

image

Aku tak jual ! Kalau nak beli , gi je ke Facebook Pati Batook Ori. Sana ada senarai agen. Kalau nak jadi agen pon boleh.. hehehe.. Aku bukan agen. Tak menang tangan aku nanti nak layan pertanyaan pelanggan.. Huhuhuh..

Selasa, 26 April 2016

Bila daddy nak marah adiknya..

 

Amboiii.. Dia punya backup adik diaaa… daddy pulak kena marah ! Bukan sekadar marah jer.. siap g cerita kat mak dia ! Tau ada bagusnya gak.. nanti bila diorang dah besar sikit.. masuk taska.. diorang kena buli atau kena babap ngan cikgu , mesti cerita balik kat daddy dia ! Daddy apa lagi ! G taska tunjuk otot besar laaa kat cikgu…

“ Cikgu.. nak babap tu boleh.. jangan sampai cedera dah la yer.. “. Kasi lesen besar ! Kan ?

image

Tapi dalam diorang punya baik gitu… masing masing ada rasa cemburu antara satu sama lain. Kalau turun tangga , Zahra suruh dukung.. abang pon nak ! Kalau abang bawak mainan di tangan , dia pun nak ! Masing masing tak nak ngalah ! Daddy gak pening ! Bila masuk kedai mainan.. Sorang memilih mainan.. sorang lain main sauk apa saja.. Amboiiii ! Daddy nak marah ? Huhuhu..

Tak pe , kecik lagi.. Jangan kasi muka..kan ? Nanti pijak kita lak….

Selesanya seluar jeans original !

 

Hurm.. Aku dah pakai banyak jenis seluar jeans. Tapi takde la yang sampai jenama PARIS-LONDON-NEW YORK tuu.. Atau seluar KPOP yang cukup popular tu haaa.. Paling gempak pun , Guess je aku pernah pakai..

LEE, LOIS , CAMEL dan beberapa jenis lagi yang aku pernah pakai.. Harga , mampu beli. Tetapi , aku ni jenis mudah berpeluh.. Bila kaki berpeluh , kain akan menyerap peluh tu.. dan aku jadi tidak selesa !

Nampaknya , aku terpaksa kembali guna LEVi’S .. Zaman bujang dulu , aku pengemar LEVI 521. Agak kurang gemar 501 sebab cutting dia.. Suka straight cut je aku ni.. 

Kenapa LEVI’S ? Sebab setakat ni , bila berlaku perpeluhan.. kain jeans LEVI’S masih selesa buat aku berbanding jenama lain. Tapi , original jelaaa.. Yang tiruan , aku pernah la cuba pakai tapi cutting dia tak kena dengan aku. Cawat dia dan tang peha tu.. ada je tak kena ! Huhuhhu..

LEVI’S 521 dah takde dalam pasaran. Sekarang ni , 505 adalah pilihan utama aku. Ada 3 pasang kesemuanya.. Hehehehe.. Banyak dah tuuu.. Ada jenama lain lagi.. Hehehehe..

image

Dan wajib dengan tali pinggang original LEVI’S.. Ada dua pasang tali pinggang.. LEVI’S . Satu tu , dah masuk 8 tahun aku guna.. hehehe.. Tahan wooo !

image

Size 36 ?? Aku memang suka amik size besar sikit.. Mana la tau , makan banyakkk… tak la lemak tu terkeluar keluar kiri kanan gara gara seluar ketat.. kan ? Hehehehe..

Levi’s 505.. harga ? RM200++ gak skang ni.. Huhuuh.. GST kooooo ! Apa nak buat.. Nak selesa , bayar lebih sedikit.. Tak la kata yang murah tu tak selesa.. Bergantung pada kulit badan masing masing ..la kannn !

Isnin, 25 April 2016

Jubah Lelaki Moden

 

Baru-baru ni , team Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang bertemu dengan pemilik Jubah Lelaki Moden yang semakin popular di media sosial. Rekaan yang uniknya menjadi tarikan hingga ada yang meniru patternnya.. namun dia tak kisah pon !

Kali ni , dia bersedia dengan gaya terbaru.. Wah.. kacukan gitu ! Jubah Ip Man katanya.. hahaha.. Ok apa ?? Ada yang kata , takde identiti melayu.. Sejak bila jubah ada identiti melayu ? Kan ? Bagi aku la… jubah ni dah macam pakaian biasa.. Yelah , ada yang tak nak pakai jeans sendat , pakai la jubah.. Asalkan menutup aurat dan boleh bawa solat , dah la .. kan kan ?

image

image

Smart la kan ? Haaa.. Tu belum aku yang pakai ! Nasib baik dia tak bawak size aku.. kalau tak ??? Haaa.. Tak pasal pasal aku jadi model jubah hari tu.. Auwww..

Mana nak beli ? Nak jadi agen dropship ? Harga berapa ? Ok , okkkk.. sabarr ! Kita mulakan dengan..

OPEN DAY JUBAH LELAKI MODEN

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi agen / dropship Jubah Lelaki Moden, dijemput datang ke butik kilang JUBAH LELAKI MODEN untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena AIDILFITRI 2016.

Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50% . Agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016

Masa: 10 pagi – 8 malam

Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam

HARGA JUALAN

Harga jualan bagi koleksi jubah & kurta moden bermula dari RM 109 sehingga RM 229. Terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi, dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna.

Jualan akan bermula pada 1 June 2016

Ok ? Paham dah ?? Okeh.. satu lagi nak kasi tauuu .. Sempena Aidilfitri , satu kolobrasi telah dibuat antara Jubah Lelaki Moden dengan Hafidz Roshdi.

Group 1 Hafidz 1Alyas & Eyfa 1

Arash 1

Amacam ? Cun kan ? Aku pon nak beli satu nanti.. Kain dia sedap wooo ! Tak mudah kedut gituuu…

Dah , dahhh .. set date.. jumpa kat sana nanti !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI