Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 16 April 2016

Buat apa aku undi BEN ASHAARI di APO2016 !

 

Ada kawan cakap begini.. tapi bukan direct kat aku la.. melalui kawan dia.. Aku senyum je la.. Tak pe la.. Aku tak memaksa sapa sapa pon suh undi. Kalau rasa aku ni berbaloi untuk diundi , silakan.. kalau rasa tak berbaloi , undi je blogger yang lain.. kan ?

Kenapa perlu undi BEN ASHAARI ? Terus terang aku katakan , aku bukanlah seorang blogger yang bagus dalam penulisan mahupun penyampaian.. Aku masih lagi dalam pembelajaran memperkukuhkan lagi teknik penulisan dari hari ke hari.. Namun , tujuan aku selain mencari rezeki dalam dunia blog ni , aku nak membuat piramid pahala melalu KELAB BLOGGER BEN ASHAARI.

image

Dah kenapa pulak melalui KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ? Sebabnya dalam komuniti blogger yang aku tubuh ni, ada lebih 100 blogger yang dari pelbagai latar belakang. Mereka bukannya blogger sebarangan walaupun tak popular tetapi mereka punya aura dan ‘pengikut ‘ yang setia ! Yang penting , mereka ‘diikuti’ bukan sebab mereka tergedik di dalam gambar tetapi kerana kejujuran mereka bila berkata kata di dalam blog ! Blogger gini yang mampu mencapaikan impian aku !

Impian aku ? Impian aku yang tu laa.. nak buat piramid pahala ! Melalui APO 2016 , andai kata aku menang.. maka aku mudah lagi meminta bantuan pada pihak pihak yang lebih punya kuasa dan ada duit ! Haa.. Sponsor la maksud aku.. Contohnya ada blogger dari komuniti KBBA9 akan buat satu program , malam ni…

image

Ok.. KELAB BLOGGER BEN ASHAARI  ada la kumpul duit skit skit untuk membantu mana mana projek amal yang memerlukan sumbangan mahupun bantuan kewangan sesama blogger… Nampak tak ? Kami cari duit sama sama.. kemudian derma.. Haaaa ! Kan ?

Andai aku menang APO 2016 , semua hadiah tu aku akan lelong. Duit akan masuk tabung untuk projek seterusnya.. InshaAllah. Walaupun wife aku nak hadiah tu , dan aku sendiri pun nak tapi dah niat aku begitu.. Rezeki aku , belah lain.. aku tak nyesal pon.. Dan aku menang pon bukan sebab blog aku bagus tetapi sebab korang undi aku !

Ok , kalau paham dan sudi nak undi BEN ASHAARI , ikut je langkah ini..

1. Masuk ke laman web dan login menggunakan akaun FB/Google/Twitterhttp://apo.mstar.com.my/undi.aspx

2. Cari Kategori Nombor 15

3. Undi BEN ASHAARI

4. Terima kasih.

image

Sekali lagi , terima kasih atas kepercayaan dan undian korang.. Setiap hari kena undi. hingga 27hb April. Hehehe…

1 komen :

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

yer, semoga usaha yang sedikit dapat memberikan manfaat kepada ramai orang .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI