Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Musim ke 2

by - Khamis, April 28, 2016

 

image

Sambutan hangat dari rakyat Malaysia tahun lepas pada program  yang dianjurkan Yeo Hiap Seng ( Malaysia ) Berhad , Yeo’s Ceria  Ria Beramal Bersama Bintang tahun lepas membuatkan program itu kembali sekali lagi pada tahun ini.

Dengan mengekalkan team Heliza Helmi dan AG , beberapa selebriti terkenal ditampilkan bagi menjayakan program amal sempen menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri.

Apa yang menariknya , bagi para peminat air minuman Yeo’s , mereka berpeluang memenangi hadiah sejumlah RM58 ribu sambil berama !! Caranya tak susah pun.. mereka perlu sertai pertandingan yang bakal dianjurkan nanti !

Sebelum tu.. aku perkenalkan selebriti selebriti yang terlibat dalam Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama  musim ini..  Seperti yang aku bagitau tadi , ada Heliza , AG , Shukri Yahaya , Kaka Azraff , Feeya Iskandar dan FaizDickie. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mewakili beberapa rumah kebajikan seperti Pusat Jagaan Rumah Kesayangan ( RUKESA) di PJ , Rumah Kasih Nurul Hasanah di Kuala Lumpur , Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa , Teratak Nur Barakah , Shah Alam , Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras dan Rumah Kasih Harmoni , Kuala Lumpur.

image

Menurut Naib Presiden Kumpulan Yeo’s Malaysia & Indonesia , Ong Chay Seng , program mesra Ramadhan bertujuan menyokong amalan baik sentiasa menjadi tradisi mulia.

Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua ini akan berlangsung pada 1 Mei hingga 25 Jun 2016. Semua lapisan masyarakat boleh memberi sumbangan melalui pembelian rangkaian minuman dan makanan Yeo’s. Setiap nilai derma dikira apabila sumbangan disalurkan melalui akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia.

image

Ok.. Dah tau kan ? Sekarang cara cara nak join contest yang dianjurkan oleh Yeo’s Malaysia.. Senang jer.. Boleh rujuk ke www.yeos.com.my

Semoga Berjaya Dan Selamat Beramal !! Tahniah buat Yeo’s Malaysia atas usaha murni yang berterusan ini..

You May Also Like

1 comments