Hari Terbuka Felda D’Saji 2016

 

image

 

Mesti dah ramai yang membuat persiapan majlis perkahwinan untuk cuti sekolah bulan Jun akan datang kan? Masih tercari-cari catering terbaik untuk majlis?

Ok.. Meh aku syorkan Felda D’Saji ! Sebabnya ??? Felda D’Saji adalah pilihan terbaik untuk korang. Kenapa ? Felda D’Saji yang bermula seawal 1984 berpengalaman dalam mengendalikan majlis-majlis perkahwinan VIP dan banyak juga VIP menggunakan khidmat mereka terutama di Dewan Perdana Felda bagi majlis majlis tertentu. Bukan setakat hidangan makanan yang lazat malah tempat yang selesa dan cantik tersedia untuk majlis korang andai Felda D’Saji menjadi pilihan korang.

banner open day D'Saji (FB) (1)

Kini Felda D’Saji mempunyai banyak cawangan bagi memenuhi permintaan dan memudahkan pelanggan mereka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,malah tempat yang di sediakan masih menepati piawaian cantik dan selesa untuk majlis perkahwinan.

Antaranya :

  1. Dewan Merak Kayangan, Jalan Semarak
  2. Dewan Besar Tun Rahah
  3. Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  4. Dewan Banquet Menara Felda
  5. Asmara Penchala, Kg Sg Penchala (Balinese concept)
  6. Orchard Villa, Gombak (Taman Pertanian)
  7. Kajang Perdana Avenue, Kajang
  8. Dewan D’Mahligai, Puncak Jalil
  9. Felda Villa Kuala Lumpur (Garden Concept)
  10. Casa Heliconia, jalan Semarak (Garden Concept)
  11. D’Saji KL Titiwangsa (Restoren Terapung)

Bagaimana nak mendapatkan maklumat lanjut? Korang bertuah sebab Felda D’Saji akan mengadakan hari terbuka untuk orang ramai dan pelanggan datang merasai dan mendapatkan lebih maklumat yang mereka ingini. Maklumat hari terbuka Felda D’Saji adalah seperti berikut :

Tarikh : 15-17 April 2016

Masa : 10.00pagi – 6.00petang

Tempat : Pejabat Jualan Felda D’Saji, No. 2, Jalan Maktab 6, Off Jalan Perumahan Gurney, 54000, Kuala    Lumpur

Memang berbaloi kalau korang datang hari terbuka ni sebab boleh dapat pakej dengan harga-harga promosi, korang juga boleh mencuba sendiri menu yang ada dalam pakej mereka (food testing) khabarnya ada promosi kambing golek,teh tarik dan kuih-muih lagi.Kalau berkenan terus boleh buat tempahan dengan harga yang berpatutan.Mudahkan merancang majlis perkahwinan dengan Felda D’Saji?

Selain itu mereka juga bekerjasama dengan beberapa penaja yang menguruskan bahagian lain dalam majlis seperti door gift,fotografi dan kad kawin. Mereka adalah :

1. sweet pictures

Sweet Studio Sdn.Bhd.
54-1, Jalan Danau Lumayan 1,Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras Kuala Lumpur.

FB: http://www.facebook.com/sweetpictures
Video: http://www.vimeo.com/sweetpicture
Web: http://www.sweetpictures.com.my
Tel : 0391746868

 

2. kad lestari

Facebook: KadLestaripage
Laman Sesawang: www.kadlestari.com/

 

3.

chentabyrajafarah

Instagram: chentabyrajafarah

 

Jom ramai-ramai ke hari terbuka Felda D’Saji,persiapan perkahwinan di bawah satu bumbung,korang akan dapat apa yang korang cari untuk majlis nanti.Kalau bukan untuk majlis perkahwinan pun boleh juga datang untuk rasai menu hidangan mereka .Mana tahu korang inginkan khidmat katering tuk majlis-majlis lain.

Jom,jumpa di sana !!!

4 ulasan:

  1. Best ni...leh usya catering utk majlis kenduri doa selamat ke kan...

    BalasPadam
  2. Ok, boleh propose kat sepupu nanti suh dia datang Hari Terbuka ni .. mana tau pakej disana menambat hati dia nak buat majlis di sini :)

    BalasPadam
  3. uissshh..boleh cuba ni sebab hujung tahun adik nak nikah pulak..kalau sedap dan murah boleh book

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009