Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 29 April 2016

Kemeriahan Ramadan Bersama PICC , Putrajaya

 

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.. Tak lama dahhh ! Selain berbuka di rumah dan masjid , restoran dan hotel yang HALAL menjadi tumpuan umat Islam dan juga bukan Islam untuk sama sama berbuka puasa ..

Ok.. intro yang formal ! Boring kan baca ? Hahaha.. ok ok.. aku terus ke point.. PICC ! Setiap tahun aku takkan lepaskan peluang untuk memenuhi jemputan Cik Kumari dan juga chef di sana. Confirm aku akan datang.. sebab ???

image

Fuh.. Terbayang menu menu yang bakal dihidangkan di sana , membuatkan aku terliur ! Baru terbayang.. dah terliur ! Haa.. bukanlah aku kebuluran.. tapi memang sedap wehhh !

Ok.. Kali ni punya tema ialah “ Hidangan Tradisi Warisan Budaya” ! Apakah  kelainannya  buffer ramadan kali ni berbanding tahun sebelum ?

  • Gerai jualan – Bazaar PICC 
  • Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don ( 18hb Jun 2016)
  • Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani  dan Mawi ( 22 Jun 2016 )
  • Majlis Iftar Amal Bersama Anak Anak Yatim
  • Persembahan Qasidah dari Afad , Rabbani dan Pawana ( sepanjang Ramadan )

Antara hidangan istimewa yang jangan dilepaskan ialah.. Oh , ada 300 juadah berbuka yer.. antaranya ialah…

  • kambing panggang dengan resepi istimewa ( setiap hari )
  • “ Kawah Warisan “ – nasi briyani , nasi kandar , nasi dagang , asam pedas melaka , siput sedut masak lemak , kari ayam kapitan , daging salai masak lemak cili padi , ikan keli goreng berlado , kambing hitam manis , sambal telur , ayam goreng berempah , dalca sayur , tetel , kobis goreng kunyit , rendang Tok ‘ Perak ‘ , gulai dudang buah pelam , daging gulai kawa ..
  • “ Buffet and Live Station “ – keropok , kerepek , jeruk , sup bunjut PICC , sup cendawan , bubuk lambuk PICC , warung tempura , roti terbang , nasi goreng , mee goreng , shawarma , kerang , nyonya kari laksa , laksa utara , mi sup udang …
  • “ Kids Corner “ – bertih jagung , aiskim coklat dan vanilla PICC ,
  • “ Live Pasta Station “ – spagetti , fettuccine , penne , linguine dengan sos bolognese , kabonara atau marinara
  • Pencuci mulut – manisan periuk tanah liat , bubur kacang hijau durian , bubur pulut hitam , pengat labu , pengat pisang , bubur cha cha , bubur gandum …
  • Air – air sirap bandung , air sirap selasih , air asam boi , air jagung , air tebu , air mata kucing , air kacang soya , teh tarik , kopi kampong..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

 

Ok. dah makan ? Masa untuk memenangi hadiah lak ! Haa.. Ada hadiah , ok !! Cabutan bertuah gituuu.. Jangan buang resit pembayaran buffet korang tu nanti !

Selain makanan.. persembahan.. Jangan risau part surau.. Surau luas ! Selesa gituuu .. Ok ?

Harga ? RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak kanak. Bermula pada 8hb Jun hingga 3hb Julai 2016.

Tempahan ??  Telefon 03 88876000 atau www.ticketonline.my/PICC. Untuk pertanyaan , sila ke Facebook PICCMALAYSIA.

8 komen :

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Nampak best jer semua makanan yang dihidangkan..wahhh dah la.makan best2 ada hadiah pulak ...jadi jgn lupa berbuka diPICC okey

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

wow bestnya

Izzati Suhaide berkata... [Reply to comment]

Ermmm...sedapnya makanan yang disediakan.. Nasib baik dok jauh.. Klu dekat mmg kena serbu dah ni.. Hehe

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

wah beraneka makanan.. dah makan dapat hadiah pulak tu . ya surau tu penting .. nti tk tertinggal maghrib time buka puasa . lahaaii tp jauh ..macam nak pergi je ni ... nice info ! perlu share ke family.. kot berkenan nak pergi . hehe

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

tengok pencuci mulut dia tu..amboi...best semuanya...

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Ada cabutan bertuah wooo rare ni...sambil makan mana tau dpt hadiah yeyy

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

Menariklah!!.

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Nampak meyelerakan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI