Penangan Nasi Kerabu Mok Su , Gate 1 Putrajaya !

 

Semalam..

Bang , hari tu.. Puan belanja nasi kerabu.. sedap giler ! Sebijik macam nasi kerabu Ketereh ! Nak cari la nanti.. “. Cubaan pertama memancing.

Kat mana ? “. Tanya aku.

Gate 1.. ala , tempat yang abang selalu beli pisang goreng tu.. “.

Owh.. ok.. esok , breakfast kita gi makan sana.. “.

 

Dan malam tadi.. aku balik rumah lewat.. Dalam kul 1 lebih pagi.. Pastu update blog , dalam kul 3 gak la baru tidur.. Terkenangkan janji nak bangun pagi nanti untuk pergi breakfast sama sama .. aku tergaru kepala. Mampukah aku bukak mata aku ?? Adehhh…

 

Jam 6.30 pagi.

Bang.. bangun.. subuh.. Pastu jom makan nasi kerabu ! “.

Arghhhhh ! Aku tak leh bukak mata niiii ! Ngantuk sangat.. Barulah hari ni nak dapat tidur lama skit sebab hari lain, aku bangun sama awal ngan dia.. Huhuh..

Bangun.. solat.. pastu .. tengok kiri kanan.. Qhaliff , Zahra tidur lagi.. Wife , kat bawah.. Huhuhhu.. Sambung tdo pon best ni ! Dan… pasang aircond.. Dalam sejam dua pon jadi laa…

Dan tiba-tiba.. terdengar suara..

“ Bang.. bangun la.. kang lewat gi.. abis ! Ke abang tak larat ? Tak larat tak pe laa.. “ . Wife senyum kelat..

“ Macam tak larat… “. Aku jawab perlahan..

“ Bang..teringin nasi kerabu la..  “. Dia guna ‘nukluear’ terus !

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! Geram betul aku ! Aku memang lemah tul kalau dia guna perkataan TERINGIN tu ! Dari anak pertama hinggalah kedua.. sebut je tu , aku lebur !! Yelah , dia kan tengah mengandungkan anak aku.. takkan tu pon aku nak berkira kan ? Bukannya dia teringin nak makan anak gajah atau daging T-Rex ! Nak makan makanan yang boleh didapati di kedai kedai berhampiran je pon..

Ok ok.. bagi 5 minit.. Gi la iron baju budak budak tu dulu.. “. Kedengaran  suara Qhaliff dan Zahra.. Dan dia menurut jer.. Aku letak kepala balik..

Tiba – tiba terdengar suara Qhaliff..

Zahra.. cepat la bukak.. mandii ! “.

Aku celikkan mata.. Dua dua dah setengah bogel dan berada di pintu tandas ! Arghhhhhh !!! Cerah terus mata aku..

“ Dah dahhh.. bukak pampers tuuu.. Masuk mandiii .. “.

Berjaya gak diorang buat aku bangkit dari tidur…

 

Jam 9 pagi..

image

Tercapai jugak impian dia… Siap tapau lagi bawak balik ! Sedap sangat ke ??? Dia kata sedap.. aku kata ?? Hurmm.. Tapi yang pasti , layanan pekerja diorang , ok sangat kat sini..

Lokasi kat mana ? Kalau korang tau kat mana INSPEN atau INSTITUT PENILAIAN NEGARA , haa.. gerai diorang terletak kat depan tu jer.. Hehehe.. Kat area PUTRAJAYA tapi bukan dalam PUTRAJAYA.. Pinggiran gitu.. Google je laa.. INSPEN PRESINT 14 Putrajaya .. Heee…

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah hilang teringin kak zila..baby dalam perut cakap tq daddy...

    BalasPadam
  2. lepas teringin isteri..
    bagus suami dia..haha..

    BalasPadam
  3. Hahaha..masa pregnant memnag banyak teringinnya..alahai ngidam jugak tgk kerabu tu

    BalasPadam
  4. one of feveret ena..dekat je ni. nanti g cari la kedai ni.. hihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009