Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 April 2016

Perlukah aku berhenti ?

 

Aku teringat satu tika dulu.. ketika aku menganggur bertahun lamanya.. Ketika tu , tiada kawan.. tiada lawan.. tiada yang endahkan aku. Aku terkontang kanting. Nasib baik aku masih punya keluarga tetapi hari hari la kena leter..

“ G la cari kerja.. “ .

Bukannya aku tak cari kerja.. cari dah ! Tapi takde ! Yelah , nak cari kerja gaji RM2K di kala ekonomi mencecah lantai ketika tu.. mana nak dapat ! Suruh jadi  pembantu pam minyak , segan..

Akhirnya.. aku dapat jugak kerja.. Seorang kenalan yang juga jiran aku offer kerja di tempat dia.. Gaji RM650 sebulan ! Sebelum aku bergelar penganggur , gaji dah lebih RM2K kot..

Namun aku bersyukur. Aku tau camana payahnya hidup keseorangannya.. Aku nekad. Bila aku berada di atas , aku nak bantu orang. Walaupun aku tahu , aku boleh ditikam bila bila masa saja. Terbukti juga sewaktu aku bekerja dulu.. aku pernah backup sorang kawan pejabat ni .. tapi bila aku kena ‘sound’ dia buat bodoh jer.. Insaf aku !

Perjalanan hidup aku banyak mengajar aku. Jangan percayakan sangat manusia ni terutama yang mendampingi kita di saat kita berada di satu tempat yang tinggi !

Namun aku berfikiran positif.. Aku mengambil pendekatan seorang ustaz yang banyak membantu aku ketika aku bekerja di Putrajaya , satu tika dulu. Dia jenis tak berkira.. Alhamdulillah..

image

“ Hari ni kita tolong orang.. Jangan harapkan balasan dari dia.. Biar saja ALLAH yang membalasnya.. “.

Arghhh.. Aku sering terlupa part tu ! Aku tahu.. manusia ni mudah lupa.. serupa la aku ! Aku tahu , aku bukanlah insan sebaik baik insan. Maka aku cuba buat kebaikan sebanyak mana yang termampu sebelum aku ‘pergi’ untuk selama-lamanya.

Kehidupan dalam dunia maya , tak jauh bezanya dengan realiti. Tapi rasanya , lagi terus dari realiti ! Hakikat yang perlu aku terima. Persoalannya , apakah aku harus teruskan perjalanan hidup aku begini aku , bersikap seperti mereka.. Tak perlu endahkan manusia lain.. Pentingkan diri sendiri !

Tapi aku bukan begitu.. Aku dah dibesarkan dengan pengalaman hidup. Biarlah sedikit , tapi kita berkongsi..

Hurm… entahlah.. aku serik. Rasanya dunia maya ni bukan tempat aku bermain.. Dah tiba masa kot untuk aku bersara , sepenuhnya ?

7 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Setiap pengalaman abang ben yang dikongsi itu juga bermanfaat...

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Dont be a loser

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

tacing aih, sobsob:(

Ahmad Afiq berkata... [Reply to comment]

In Shaa Allah ... Allah luaskan rezeki kepada org yg banyak membantu org sekeliling. Walaupun sekecil2 pemberian. Mungkin sgt bermakna bagi org yg memerlukan bantuan.

Cik Azz berkata... [Reply to comment]

Buat baik dapat pahala.
Buat jahat dapat dosa.

Pilihan ada di akal kita.

Hasrul Hassan berkata... [Reply to comment]

Rezeki Allah Maha luas ... apa yg sebelum ini diberikan kpd org lain ada ganjarannya nanti.

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Teruskan Ben..ada benda yang Ben kongsi beri menafaat pada orang lain,pahalanya berpanjangan walau kita dah tak ada lagi nanti..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI