Sambut harijadi secara sederhana..

 

image

Alhamdulillah.. dah 4  tahun usia hero aku ni.. Muhammad Qhaliff Iman pada Sabtu lepas . Pada awalnya , plan nak buat makan makan kat padang di depan Mahkamah Putrajaya tu tapi macam penuh je sana.. Batal je la..

Maka , beli kek pastu potong je kat rumah. Abis citer.. Tak jemput orang ? Hurm.. Penat sangat badan… Tak mampu nak layan orang nanti. Buat anak beranak jer.. Yang penting , ingatan.. kan kan ?

Hadiah ? Qhaliff mintak basikal. Aku nak belikan tapi lom jumpa yang sesuai.. Buat sementara , aku bagi hadiah robot Transformer dulu.. hehehe..

image

Beli kat Toy’s R Us jer .. Nanti masyuk skit , baru g beli basikal ada bateri punya.. hahaha.. Beli sekali ngan adik punya.. Adik dia punya besday , bulan depan.. alang alang beli , tunggu sekali birthday Zahra..kan kan ?

6 ulasan:

  1. Happy Birthday lil Qhaliff

    BalasPadam
  2. Happy birthday to youuu Muhammad Qhaliff Iman , Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan segala impian tercapai hendaknyaa..ya :)

    Bang, beli basikal bateri ke? npe, yg biase best gak ,, hehehe~

    just tanya

    BalasPadam
  3. bes jgk ni. gempak tu kek tu. happy birthday Qaf

    BalasPadam
  4. happy besday qhalif.. besday zahra 8 mei... hihiii

    BalasPadam
  5. happy birthday syg.. ihihi.. beli sekali je abg ben.. kang sorang majuk plk.. atau bergaduh.. hehhehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009