Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 19 Mei 2016

Apa yang patut aku lakukan bila..

 

image

Maghrib…

Selamat rakaat pertama.. Zahra bermain dengan abang dia. Dia pegang telefon ZTE aku. Sebelum tu aku bukak game Western Bar untuk dia. Dia nak main..kononnya.. walhal tak reti pon ! Saja nak ikut abang dia. Abang dia pon bukan reti main ! Saja nak poyo !

Zahra ni main tekan semua butang yang ada kat telefon tu… dan hilanglah game tu..

Aku sujud dan duduk diantara dua sujud. Dia letak telefon tu atas peha aku. Aku sujud dan bangun pastu.. Telefon tu jatuh ke atas sejadah.

Rakat kedua..

Zahra ami duit syiling yang kebetulan di sebelah dia lalu dia masukkan ke dalam mulut dia ! Arghhhh..  Terganggu dah solat aku ! Kemudian dia turunkan tangan dia. Takda tanda syiling di tangan dia lagi ! Arghh.. Cepat cepat aku tunduk dan nak korek mulut dia..

Tiba-tiba syiling  terlepas dari tangan dia ! Aaarrghhhhhhh !!

7 komen :

Eintan Nurfuzie berkata... [Reply to comment]

adoi... zahra nak perhatian tu abg ben..

Wanie Masduki berkata... [Reply to comment]

haha..zahra budak bijak..

Nona Qiyah berkata... [Reply to comment]

hati blum cukup sado nk khusyuk dlm ape keadaan pun...,

xpe...kasik settle..bru khusyukkk..ye dak

fred omar berkata... [Reply to comment]

ujian mendatang sebesar kekuatan yg ada pada en.ben. sabor jela ye. tapi memang menarik story ni.- Optom.

antalya berkata... [Reply to comment]

wahh zahra terer magic lah

adk dayah berkata... [Reply to comment]

hahahhaa...cerdik zahra, unik dia punya cara nak tarik perhatian, nak apply dekat mak la, kot2 menjadi...haha

bella hamzah berkata... [Reply to comment]

hahhaha comel la Zahra ni.budak2 nakperhatian.Clever girl :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI