Bila daddy dah meninggal dunia nanti !


Selalu aku terfikir.. apa la harta yang aku nak tinggalkan untuk anak anak aku.. Aku bukan orang kaya ! Diorang lak kecik kecik lagi ! Dan inshaAllah , akan bertambah sorang lagi.. Alhamdulillah..
Selalu bila memerhatikan mereka bermain , itulah yang dalam kepala aku. Apalah yang aku perlu tinggalkan untuk mereka..
image
image
Apa yang termampu aku beri buat masa sekarang ialah tabungan masa depan diorang.. Setiap kali ‘gaji’ aku masuk , aku mintak wife simpankan untuk diorang.. Tabung Haji dan SSPN-i .. SSPN-i tu pon aku nak tukar ke SSPN-i Plus sebab banyak kelebihan ! Itu je la aku termampu buat masa sekarang.. Nak tinggalkan tanah , hehehe.. ada la .. tapi tu pon masih lagi hak orang ! Heeee..
InshaAllah , aku berusaha simpan seberapa banyak yang mungkin untuk masa depan diorang ! Nasib baik , mak diorang kerja kerajaan.. terjamin la skit untuk budak budak ni..Orang kata la terjamin..

11 ulasan:

  1. lagi satu simpanan dan pelaburan jangka panjang ialah emas.....meh beli untuk masa depan yang lebih bermakna

    hehehe

    BalasPadam
  2. In sha Allah berkat menyimpan...

    BalasPadam
  3. Bila baca entry ben harini, teringat abah, za x kawen tp sekurang sspn-i plus tu boleh tampung kehidupan dorang if za x umo panjang terutama adik za yg masih belajar

    BalasPadam
  4. Bagus simpanan untuk anak-anak..

    BalasPadam
  5. SEDIH... Insha Allah pe yg dh buat tu dpt mbantu masa depan anak2 Abg Ben...
    Semoga Abg Ben panjang umur hendakNya , dpt tgok anak cucu cicit mbesar ...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum.

    singgah pagi

    http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/may-11-2016-rabu.html

    In Sha Allah, pasti ada rezeki anak-anak nanti...

    BalasPadam
  7. emas pun ok juga, selain tu unit trust

    BalasPadam
  8. perancangan dari awal, bagus tu... apa2pun semoga abg ben dipanjangkan umur...

    BalasPadam
  9. yang penting pendidikan...Saya telah berjaya tinggalkan anak-anak pendidikan dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..buat perancangan awal2 ytk masa depan anak2 ..semoga anak2 mendapat yang terbaik insyaallah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009