Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Mei 2016

Cendawan Susu Harimau bagus untuk kesihatan !


Aku adalah peminat cendawan ! Pantang nampak sup cendawan atau masakan cendawan , mesti aku akan amik sedikit. Kalau claypot yee mee tu , confirm aku mintak lebih cendawan punya ! Hahahaha .. Dia punya sedap , kalah rasa isi ayam !
Tapi aku tak pernah dengar cendawan harimau ! Aku pernah dengar pasal cendawan Ling Zhi dalam komik komik dari Hong Kong yang dikatakan penuh khasiat.. tetapi tak pernah aku dengar pasal cendawan harimau ni !
Awal tahun lepas , jiran aku pengusaha cendawan ada bercerita pasal cendawan harimau. Katanya , ada bekas pemimpin negara kita amalkan pengambilan cendawan harimau ketika dia sakit teruk. Kalau tak silap aku , dia batuk teruk. Macam macam ubat dia amik tapi tak berjaya sembuh sehinggalah dia diperkenalkan dengan cendawan harimau. Selepas beliau amalkan pengambilan cendawan harimau dengan konsisten , Alhamdulillah.. sembuh penyakitnya..
Dan rezeki aku serta rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari.. kami ditawarkan melawat kilang pengusahaan cendawan harimau secara komersial ! Waahhh ! Gila laaa nak lepaskan peluang gini kan ? Lama dah aku ternanti nanti peluang gini.. Nak tau camana cendawan harimau yang dikatakan cukup payah nak jumpa di hutan hujan khatulistiwa ini , dihasilkan dengan begitu banyak sekali !
Lokasi.. Seri Kembangan… Nama syarikat , LIGNO Biotech Sdn Bhd.
image
Beberapa blogger terpilih telah berada di lokasi ini. Dan masing masing dah tak sabar nak jelajah kilang LIGNO Biotech Sdn Bhd yang mana telah berpengalaman dalam bidang penyelidikan kulat dan cendawan bertahun lamanya.
Ketua Pegawai Eksekutif LIGNO Biotech Sdn Bhd , Ng Szu Ting dan pakar penyelidik . Dr. Tan Chon Seng sudi meluangkan masa untuk menerangkan kebaikan cendawan susu harimau serta bagaimana mereka melakukan kajian terhadap cendawan susu harimau ini hinggalah berjaya mengkomersialkannya.
image
image
image
Ok.. aku tahu.. Kenapa digelar Cendawan Susu Harimau ??? Apa keistimewaannya ? Kenapa orang kata cendawan susu harimau ni mahal ? Dan kenapa susah sangat nak jumpa ???
Aku tahu.. banyak persoalan di benak korang tu.. kan ? Hahahaha.. Tu baru skit .. InshaAllah , aku cuba terangkan skit.. Ok ? Sabar eh.. sabar..
Menurut sejarah awal.. Takde dalam buku sejarah SPM atau STPM aku rasa.. sebab ianya turun dari mulut ke mulut.. bukan dari mulut ke dalam hati ! Tu jatuh cinta namanya.. Ni cerita pasal Cendawan Susu Harimau.. maka cerita lagenda ini disebarkan hanya secara lisan.. Aku tak tau la kot satu hari nanti ada orang nak patenkan dan bagitau cerita ni , adalah dari moyang dia.. Hahahaa.. Gurau jer..
Ok.. sambung.. Menurut sejarah yang tak pasti sumber awalnya , dikatakan cendawan ini berasal dari susu harimau yang baru beranak. Oleh kerana anak harimau punya taring sejak kecil , si ibu memancutkan susunya ke atas daun atau tanah untuk memberi minum anak-anaknya.Baki daripada susu harimau tersebut dipercayai tumbuh menjadi cendawan dan dikenali sebagai Cendawan Susu Harimau. Ia diperakui berkhasiat dan mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Oleh kerana cendawan susu harimau atau bahasa saintifiknya , Lignosus rhinocerus tumbuh di dalam hutan , orang aslilah yang menemuinya terlebih dahulu dan menjadikannya penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
Khasiat cendawan susu harimau ni , berbeza dari cendawan lain.. Khasiatnya terletak pada ubi cendawan tersebut ! Dikatakan makin berat ubinya , makin berkhasiat !
image
Ok.. memandangkan cendawan susu harimau ni payah nak jumpa di hutan negara kita .. maka nak tak nak , kena wujudkan satu kilang khas untuk pembenihan hingga matang..
Prosesnya memang memakan masa dan amat rumit. Aku yang tengok pon , berkedut abis dahi ! Fuhhhh.. Dah la tu.. bukan calang calang orang leh kerja di Ligno Biotech Sdn.Bhd ni.Kena ada kepakaran baru leh kerja sini.. Huhuh..
Ada beberapa peringkat.. Dan setiap peringkat tu , memerlukan penelitian dan penjagaan agar kualiti cendawan susu harimau , menepati standard yang ditetapkan !
image
image
image
image
image
Kajian selama 8 tahun ( melibatkan pelbagai agensi kerajaan serta Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara ),  berjaya menghasilkan beberapa produk komersial yang mana memberi manfaat pada paru-paru si pengamalnya serta memulihkan sistem pernafasannya.. Haa ! Menarik ?
Selain tu , cendawan susu harimau yang cukup terkenal di kalangan atuk nenek moyang kita ni , bagus untuk sistem imuniti badan manusia serta buat mereka yang ada masalah sendi ! Mereka yang ada masalah dengan penyakit kulit pon dikatakan cendawan susu harimau mampu memulihkannya.
Ok.. ada 3 produk yang berjaya dihasilkan dari cendawan susu harimau ni ! Dan aku dah cuba kesemuanya.. memang ada perubahan !
TIGERUS TMM Tea
image
Kelebihannya ? Jika amalkan setiap hari , ianya mampu membersihkan paru-paru kita.. Yelah , kita kan dok sedut oksigen.. habuk habuk yang masuk ke dalam paru paru kita tu , nak clearkan camana ? Haaa..
Selain tu.. ianyan boleh memberi kesegaran pada otak kita terutama bila otak kita dah terlalu letih.. Dan juga boleh redakan selsema .

TIGERUS Tiger Milk Mushroom 
image
Mereka yang punya masalah dengan paru paru serta pernafasan , boleh cuba yang ni.. InshaAllah akan beri manfaat.. Dan juga , anti oksida.

TIGERUS TINGGY Cocoa
image
Yang ni untuk kanak kanak. Aku bagi dah kat Zahra dan Qhaliff.. Alhamdulillah , mereka suka. Khasiat ? Banyakk.. Antaranya ialah , untuk imunisasi , sistem pernafasan , kesihatan tulang dan bagus untuk otak sebab ada DHA.
Lawatan hari tu berakhir dengan otak penuh dengan info. Dada penuh dengan ilmu ! Tak sabar nak kongsi dengan kawan kawan , masa tu ! Hahahaha ..
Sebenarnya.. banyak lagi aku nak cerita.. tapi risau korang close cepat cepat dan terus bukak laman web untuk mencari infomasi bagi membeli produk produk yang dah aku miliki tu ! Ternyata bagusss sekali !
image
Nak tau dengan lebih lanjut atau nak bertanya tentang pembelian, sila hubungi :
Laman web : www.tigerus.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/tigerusTMM

Email : contact@ligno.com.my

No Tel : 1700 818 242

Hari Ibu dan Hari Bapa dah dekat.. boleh belikan dan hadiahkan pada diorang.. Sayangkan mereka , kasi jaga kesihatan skit.. kan kan ?

23 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Meh sikit nk try

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

memang pelik bila dengar cendawan ni.
tambah plak dengan kisah cendawan ni dapat nama.
lawak pun ada,
tapi tk sangka plak dia punya khasiat power.
harga bleh tahan gak.
thanx for info.

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

aku pun ada makan produk cendawan ...setahu aku memang cendawan macam lingzhi salah satu tumbuhan yang bagus untuk kesihatan ...tapi bila baca ni baru tahu apa itu cendawan susu harimau ....

mana tau kot terjumpa kat hitan belantara mana barulah tahu apa itu...idakler main rembat jerrr ...ehehehehe

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Sedap tak? Nak rasa sikit... Eheee

Norul Huda berkata... [Reply to comment]

Kajian yang begitu rapi sebelum ia dikeluarkan sebagai produk.

PCL berkata... [Reply to comment]

Mulanya dgr nama rimau dah gerun.. boleh ke ..ada ke?? Ternyata ada dan sangat membantu dalam penyembuhan penyakit.

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

1st time dengar nama cendawan susu harimau ni..byk yeak khasiat dia..

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

secara jujurnya..tergelak bila dengar cendawan susu harimau..sebab tak pernah dengar lagi..hehe..kemudian bila baca info nya..hmm, bermula dari susu harimau kemudian jadi cendawan? wow! bila sesuatu tu susah untuk dapat, pasti ada yang istimewa dengannya..bila tengok produk yang terhasil, dalam kepala dah fikir dah, pasti ada sesuatu yang hebat dengan produk tu..:)

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Wahh bagus untuk paru paru ye? Nak cuba lah, kitorang anak beranak ada penyakit asma, mana tau berkesan kan

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Banyak khasiat rupanya...sebelum ni oernah dgr tp baru skrg batu tahu details ckit..tq aben..

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

ooo baru tau cendawan ni daripada susu harimau..

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

Pernah mnum cendawan ni dalam bentuk bancuhan coffe ,leh trunkan drh tinggi. Pernah bg ayah mnum kopi cndwan ni.... And sbrnya cndwan ni bnyk manfaat lain. Haa.. Kt rumah tu ada shampoo berbahankan cndwan ni. Organic... , baru tahu nama cndwan ni dalam bhasa melayu.. Bese tahu nama ling zhi je hehehe

YF berkata... [Reply to comment]

ermmmm. tak minat cendawan. acane? ><

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

pertama kali .... baru tahu. Cendawan susu harimau! Selama ni tau makan cendawan aje. Sedap ke?

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Kak Sue pun suka cendawan..rupanya banyak gak kelebihan yang ada kat cendawan ye..

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Setuju, memang memberi kesan yang baik. Yanie sekarang amalkan setiap hari pengambilan Teh Susu Harimau.

Aku Penghibur berkata... [Reply to comment]

first time dengar cendawan harimau.. Wahh mesti sedap.. boleh cuba nnti.. minat jgk cendawan

Aku Penghibur berkata... [Reply to comment]

first time dengar cendawan harimau.. Wahh mesti sedap.. boleh cuba nnti.. minat jgk cendawan

Papa Blogger berkata... [Reply to comment]

Boleh membersihkan paru paru?? Mmg elok tuk perokok ni...

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Byk manafaat tersembunyi....utk kanak2 tu yg suka tu...

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

Nak cuba juga nanti.. first time dgr cwndawan ni hihihi

Daus Redscarz berkata... [Reply to comment]

Antara supplement yang buat aku teruja nak ambik. Sebab melibatkan rawatan pada paru-paru.

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Ubat yang banyak manfaat untuk sihat. Lagi-lagi bulan puasa ni. Boleh cuba.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI