D’Kayangan Buffet Ramadan untuk kaki steamboat !

by - Khamis, Mei 26, 2016

                                                                           

Ramadan hampir menjelma. Pasti ramai tercari cari di mana restoran menarik untuk berbuka puasa bersama sama rakan-rakan mahupun keluarga yang tercinta , santai !
Malam tadi , aku berpeluang ke D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Shah Alam bersama-sama rakan blogger #KBBA9 . Waze jer ! Mesti jumpa punya.. Tak susah nak ke sini pon !
Parking , mudah dan percuma.. Hehehe..
image
Ini kali ke tiga aku ke sini. Kali pertama di Maeps dan kemudian mereka berpindah ke Shah Alam. 
Apa yang menariknya ? Yang pertama ialah harganya. Harganya yang bagi aku , mampu bayar tapi puas makan ! Puas makan di sini bererti , ada pelbagai jenis pilihan makanan steamboat dan juga panggang termasuk juga masakan goreng seperti keow teow goreng , mee goreng dan juga bihun goreng ! Semua ada wooo !
image
Disebabkan ada pelbagai pilihanlah aku sanggup ke sini dari Sepang ! Satu lagi sebab steamboat dia yang menepati tekak aku.. Tekak aku yer ! Tekak orang lain aku tak tau la.. Hehehehe.. Tapi berdasarkan kajian aku melalui perut memasing di sana , mereka enjoy sungguh makan malam tu !
Tak caya ?? Tengok gambar di bawah ni sekejap.. Kan ? Haaa ! Penuh meja dengan pilihan yang menepati tekak mereka.. Senyum riang gituuuuu.. Hehehhe..
image
image
Apa juadah yang bakal disajikan nanti ? Harga lak berapa ? Haaa.. Rileks rileks.. Meh aku story skit..  Harganya cuma RM49.90+ untuk orang dewasa manakala kanak-kanak cuma RM24.00+  ( 5 hingga 11 tahun ) . Ok la kan ?
Juadah ? Selain dari menu steamboat grill yang sedia ada , D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat menyajikan makanan berkonsep 3 dalam 1 iaitu Grill + Steamboat+ BBQ secara buffet. Antara yang istimewa ialah Kambing Panggang , Nasi Briyani Gam , Ayam Kampng Goreng Berempah , Gulai Kawah Daging Cincang , Gulai Kawah  Ayam , Sup Tulang dan Ikan Patin Masak Tempoyak.
image 
image
image
Manakala menu skewer dan BBQ Istimewa ialah Ayam Skewer Berempah , Ayam Skewer  Kunyit , Ayam Skewer  Cilantro , Daging Skewer Berempah, Ikan Dory  Skewer Berempah , Sotong Skewer Berempah , Udang Skewer Hitam Cilantro Pepper , Kambing Skewer  Hitam Manis , Otak Otak dan Pari Assam Nyonya.
Steamboat.. korang boleh pilih sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk nikmati bersam sama aneka makanan laut yang segar segar. Antara makanan laut yang disediakan ialah udang , ketam , kepah , kupang , isi ikan , bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola , sayuran , aneka mee  dan pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas , Sos Cili Thai , Sos Bawang Putih , Sos Lada Hitam , Sos Yong Tau Foo dan banyak lagi !
image
image
image
image
image
Pencuci mulut lak.. ada Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce , aneka kek , krim puff mini , ‘ round cake cut ‘ , aneka kek , krim puff mini , round cake cut , brownies coklat , agar-agar  dan juga aneka buah buahan. Aiskrim , AbC serta minuman panas dan sejuk pun adaaa !
image
image
Amacam ? Best ? Kalau terliur , sila booking cepat sebelum penuh ! Biasanya cepat penuh wooo ! Full house gituu.. Kena booking awal awal ..
Jika berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke :-
Instagram : @dkayangansteamboat
Alamat : No 1 , Apartment Servis Sri Acapella , Jalan Lompat Tinggi 13/33 , Seksyen 13 , Shah Alam.
No Telefon : 012 2971091 / 017 507 6274 / 03 55234979
Diulangi , sila booking cepat cepat ! Dan selamat menjamu selera .. Ops , dan selamat berpuasa !

You May Also Like

12 comments

  1. Uishh banyaknya pilihan, berbaloi laa harga tu.

    BalasPadam
  2. grill , steambot , bbq.
    phewww..
    mewah tgk makanan,
    memang padan dgn harga tu.

    BalasPadam
  3. Nasib tak puasa arini..kalau tak...........

    BalasPadam
  4. Murah dan sangat berbaloi dengan menu yang ada. Banyak pula tu. 👍🏻😄

    BalasPadam
  5. Terliur plak tengok makanan tu semua....

    BalasPadam
  6. Lamanyaaaa tak makan steamboat niiii.. kene pekena ni sebelum puasa kat D'kayangan

    BalasPadam
  7. alhamdulillah memang puas makan seafood...

    BalasPadam
  8. Kalau puasa jenuh gak nak tunggu tuh

    BalasPadam
  9. kekenyangan dengan harga yang berpatutan..huhuhu

    BalasPadam