Jantina adik Zahra , dah diketahui !

by - Khamis, Mei 12, 2016

 

Ikutkan , hari Isnin lepas dah tau dah.. Tapi doktor pakar yang memeriksa wife aku tu , cuti lak.. Terpaksa buat temujanji yang lain lak.. Minggu depan ! Hurmmm.. Sian lak kat wife kena g semula nanti.. Aku lak , tak sabar nak tau jantina bayi yang sedang dikandungnya. Huhuhh.. Aku nak bersedia mental dan fizikal dari awal lagi..

Wife syorkan ke satu klinik khas untuk perbidanan di Ayer@8 , Putrajaya.. Aku pon ok je.. Duit memang aku dah standby. Aku rela ke swasta part ni.. sebab cepat dan pantas ! Sian kat wife kena tunggu lama.. Dah la sebelum  tu , g suntik Zahra.. Lama la gak menunggu.. Tapi bukanlah salah diorang pon.. Kenyata.an.. Memang ramai datang untuk dapatkan rawatan. Layanan nurse pon ok jer.. Senyum dan memberi tunjuk ajar..

Selepas suntik Zahra , terus ke Putrajaya.. Hujan turun dengan lebatnya.. Masuk Putrajaya , baru nak turun hujan! Huhuhu. Nasib baik..

image

Kali pertama ke sini. Masa Qhaliff dulu , kitorang ke Dr. Hamid Arshat.. Kali ni wife nak doktor perempuan jer.. Aku pun lebih prefer perempuan. Sebelum ni , agak dungu part part ni. Lagi pun tak jumpa atau takda bajet masa tu..

Di Klinik Pakar Wanita Azalea Putrajaya ni , kebetulan mereka baru je dibuka kat situ. Maka ada la harga harga promosi yang menarik. Aku pon suruh la wife amik pakej yang sesuai untuk baby.. scan lengkap termasuk tulang temulang dia.. Huhuh.. termasuk 4D ! Saja nak simpan wat kenangan. Qhaliff dan Zahra , tak sempat..

image

Alhamdulillah… nampak dah ! Baby…. wife tak kasi bagitau lagi ! Katanya takut nak beria sangat. Huhuh.. Yelah .. tunggu dia kasi lampu hijau , baru aku bagitau korang eh..

Seiring dengan tu , aku dapat email.. Ada penaja dah untuk baby ni haa ! Alhamdulillah.. murah rezeki baby ni.. Sama cam abang dan kakak dia.. Huhuhuh..

Dan sekarang , aku kena pikirkan nama untuk dia.. Mesti ada Nur , Muhammad dan Iman.. InshaAllah.. Namun di sebalik kegembiraan tu , ada juga yang perlu diberi perhatian. Wife kena senantiasa jumpa pakar.. Ada masalah skit.. Hurm..

Doakan agar dipermudahkan segala urusan kami ye.. Terima kasih !

You May Also Like

8 comments

  1. nak taw gak jantina!!.hihi;).Semoga Allah permudahkan urusan Abg Ben sekeluarga, amin.

    BalasPadam
  2. Walau apapun jantina baby saya doakan Allah permudahkan segalanya dan ibu dan anak sihat walafiat. Ameen...

    BalasPadam
  3. Semoga segalanya dipermudahkan untuk ben dan isteri..tahniah lagi sekali..bakal dapat anak ketiga..alhamdulillah semoga terus murah rezeki..aamin aamin

    BalasPadam
  4. Doakan yg baik2 ...InshaaAllah akan dipermudahkan buat Ben & isteri...:)

    BalasPadam
  5. alhamdulilah ada rezeki baby..semoga di permudahkan urusan oleh Allah

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan urusan abg ben sekeluarga..

    BalasPadam
  7. Tak kisah apa pun jantina baik lelaki mahupun perempuan yang paling utama kesihatan kak zila dan baby...moga selamat dan dipermudahkan hingga waktunya tiba.amin.tahniah abg ben sefamily untuk third baby.

    BalasPadam
  8. patutlaa macam pernah tengok je nama klinik ni..hehehe.. dekat umah je..

    BalasPadam