Pastikan bawa bersama , ke mana mana !

by - Khamis, Mei 12, 2016

 

Cosmoderm , sudah 15 tahun di negara kita ni. Aku pada awalnya agak ‘takut’ dengan produk ni. Kenapa ? Huhuh.. Sebelum aku berkenalan dan jatuh cinta dengan produk Cosmoderm ni , aku beranggapan produk ni semahal produk dari luar negara !

Segalanya berubah selepas aku mencuba pencuci mukanya. Sejak tu , aku pastikan pencuci muka Tea Tree Oil senantiasa berada di dalam beg pakaian aku.. terutama bila ke luar negara ! Apa jadi bila aku terlupa bawak ? Muka berminyak dan jerawat pon naik ! Arghhh !

Baru-baru ni , aku ke Kelantan. Ada dua misi.. Misi pertama , nak tengok sendiri bagaimana Lembaga Zakat Selangor bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Istiadat Kelantan membantu asnaf di sana dan misi ke dua , lawat mertua.. Heheheh.. Lama tak balik Kelantan.

Cuaca panas terik ! Muka mula berpeluh dan seterusnya berminyak ! Aku puas laa dok basuh muka dan lap ! Tapi tak berjaya hilangkan minyak ! Arghhhh.. Aku memang perlukan jugak laaa Tea Tree Oil Cosmoderm ni ! Tak sabar nak balik hotel ! BB Cream pon aku lupa lagi nak pakai !

Dan selesai program , aku bergegas balik ke bilik ! Terus cuci muka.. Terasa lega giler ! Bersih dan kembali harum gitu ! Hahahaha .. 

image

4 hari di Kelantan.. Aku risau satu jer.. Balik rumah , katil mesti berdebu ! Dan risau pijat ! Tak sempat nak tukar cadar tilam , diorang dah bantai tidur ! Seperti jangkaan aku , belakang badan mereka seperti digigit ! Adehhh.. Mula merah dan merebak !

Aku pening dah ! Nak letak apa kat bekas gigit tu dari terus merebak ! Aku tahu , gatal tuuu.. Tetiba ternampak Magic Body Lotion dari Cosmoderm ni ! Terus aku panggil Qhaliff dan Zahra.. bukan baju diorang dan sapu kat belakang badan mereka berdua..

image

Esoknya , aku mandikan diorang.. Aku tak teringat langsung pasal merah di belakang badan diorang.. Kenapa ? Sebab aku tak nampak dah ! Dah kering ! Fuhh.. power jugak Magic ni ! Alhamdulillah.. Patutlah bapak aku suka simpan stok Magic ni setiap kali aku beli melalui online di www.cosmoderm.com.my ! Katanya bagus untuk badan dia yang mana selalu kering ! Bila kering , gatal ! Bila garu , luka ! Dia lak ada kencing manis ! Memang dia takut sangat la kalau dah luka..

Alhamdulillah.. kalau ikutkan , banyak sangat produk Cosmoderm ni ! Dan semuanya bagus bagus ! Wife aku sendiri suka pakai seperti make up remover , BB Cream dan beberapa jenis lagi..

Sila ikuti Fan Page Cosmoderm untuk mengetahui segala aktiviti serta promosi promosi terkini andai korang berminat jadikan produk Cosmoderm ni , teman hati seperti aku buat.. Hehehehhe..

image

image

You May Also Like

4 comments

  1. Produk cosmoderm mmg diperakui terbaik.

    BalasPadam
  2. cosmoderm memang best..harga pun mampu milik

    BalasPadam
  3. Kak Sue mmg pakai barangan cosmoderm nie selepas tengok Ben pakai..mmg puashati..

    BalasPadam