Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Mei 2016

Perlu ke nak viral perbualan whatsapp ?

 

Aku terbaca kat status sapa tah.. Dia upload gambar di bawah ni berkeping keping.. Segala perbualan dia print screen ! Aku terkedu ! Aduhhhh.. Kenapa buat gini ? Aku bukan persoalan isu yang diorang borak dalam tu ! Tapi kenapa print screen dan kemudian viralkan ! Perlu ke ???

image

Aku paham apa dia cuba nak buat. Kononnya nak bagi pengajaran ! Tapi dalam dia tak sedar , selepasa ni ramai takut nak berbual dah di whatsapp ! Kenapa ???? Sebab bila ada isu tak best skit , akan ada yang print screen dan viralkan ! Hurmmm..

Secara jujurnya , aku dah kena beberapa kali. Perbualan aku diprint screen dan kesan dari tu , berlaku perselisihan faham ..Akhirnya berlaku pepecahan ! Maka aku lebih suka telefon terus bila ada isu penting untuk dibincangkan !

Bila kita nak viralkan sesuatu.. terutama yang boleh beri kesan buruk pada sesorang.. hati hati ! Jika ianya ada unsur fitnah atau mengaibkan seseorang , sebaiknya tak perlulah.. Naya merangkak kat akhirat nanti nak mintak maaf..

Bagi aku.. kalau tak puashati , buat satu kesimpulan yang tepat dan padat ! Kemudian baru leh upload ke Facebook tapi tanpa print screen apa apa perbualan ! Kalau perbualan positif tu , ok laa.. Ni maksud aku , yang mengaibkan ! Walaupun dah buang nama ! Hurmm..

Fikir panjang sebelum buat kerja !

6 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Hurmm budak2 lah tu

Norul Huda berkata... [Reply to comment]

Berkongsi perkara berfaedah dah cukup, kadang2 print screen perbualan ni bleh datangkan salah faham.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Yang baik..tak menfapa untuk dikongsi...tapi sebaliknya...buang teruslah.

fred omar berkata... [Reply to comment]

kat malaysia budaya viral dah menjadi-jadi. kadang kesian kalau jenis yg boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang.- Optom. Malaysia

ayu Ismail berkata... [Reply to comment]

Kadang2 nada perbualan dengan nada penulisan tak sama..bila tersalah nada maka boleh menyebabkan salah faham..

aeinna Musa berkata... [Reply to comment]

printscreen tetimoni best dr customer x pe kan.. hee

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI