Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 17 Mei 2016

RHB Bank anjur FinTechathon bersama Startupbootcamp !


Sabtu lepas , aku berpeluang menyaksikan sendiri bijak pandai berkumpul dan bertanding mengeluarkan idea serta kreativiti di satu event yang dianjurkan oleh RHB Bank , dengan kerjsama Startupbootcamp.
FinTechathon atau Finacial Technology Hackhaton bermula pada 13hb Mei 2016 dan berakhir 15hb bertujuan untuk mendapatkan idea idea yang terkini serta solusi kepada Industri Pengurusan Kewangan.
image
Ini sejajar dengan pelanggan RHB BANK yang senantiasa mahukan pembaharuan terutama di zaman sekarang yang lebih bergerak pantas dalam dunia digital. 
Dalam pertandingan ini ,para peserta diberi masa 48 jam untuk menghasilkan idea bagaimana nak menggunakan teknologi untuk menarik generasi baru melabur dalam bidang produk kewangan terutamanya  , menggunakan teknologi untuk mengalakkan lagi pelanggan m
ereka menyimpan dan menambah lagi pelaburan dan mereka dibantu oleh mentor mentor yang berpengalaman.
image
Acara yang berlangsung 3 hari itu dipecahkan kepada 3 bahagian ; Best Overall Inovation , Best Challenge Fit dan Best Technical Solution dengan hadiah wang tunai sebanyak RM15 ribu , yang ditaja oleh RHB Bank. Dan pemenang-pemenang ialah :
  1. Overall Innovation : AGENTHERO ( Bobby Ong Chong Eu , Lee Teik Ming ) – teleport financial advisor to customer doorstep
  2. Best Technical Solution : MUIN BOT ( Raja Hafify and Jonathon Wong ) – intellegent chat interface 
  3. Best Fit To A Challenge : TEAM A ( Leong Yok Tien , Tan Khai Ping , Chew Chit Siang ) – goal oriented wealth assistant
Tahniah buat RHB Bank dan StartupBootCamp atas kerjasama yang membuka peluang pada mereka yang punya idea idea menarik , meluahkan pada tempat yang betul dan tepat ! Bagi aku , ini juga satu jambatan untuk mereka mengembangkan lagi bakat dan juga network mereka , pada masa hadapan !

3 komen :

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

menarik jugak program ni,
tarik miat golongan muda dlm hartanah,
yang masuk contest pn muda-muda,
memang kena cara le.

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Majoriti kaum Cina ;) yg menang

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

terbaiklah, boleh join ni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI