Wajarkah manjakan anak perempuan ?

 

Anak lelaki atau anak perempuan ? Mana satu patut dilebihkan ?

Masa aku masih ditanggung mak ayah lagi , aku sering cemburu dengan adik perempuan aku yang sering dimanjakan atau dilebihkan oleh bapak aku.. Huhhh.. Tension aku ! Walhal masa kecik dulu , aku laa yang rajin jaga dia.. Tapi bila dah besar , selalu je berperang dengan satu satunya anak perempuan dalam keluarga !

Aku tak paham masa tu.. Kenapa dan mengapa ! Tapi bila dah ada anak perempuan , baru aku tau.. Huhuhuh..

image

Hurmm.. Kenapa ??? Huhuhu.. Nak bela anak perempuan ni , nampak mudah ! Ada orang kata , ‘lebih mudah bela lembu dari bela anak perempuan ni’ ! Haaa.. Tu diaa ! Sampai gitu sekali ! Kenapa ?? Hehehee.. Mereka yang bergelar bapa , pastinya tau .. kan kan !

Bagi aku la.. anak laki ke , anak perempuan ke.. sama jer ! Kena bela betul betul ! Dua dua tu , saham akhirat kita.. Salah didikan.. siap la mak bapaknya , kan ?

image

Patutlah ramai je kawinkan anak dara mereka di usia muda.. Cukup matang jer .. kasi pada yang sesuai ! Asalkan boleh bela dan yang penting , punya ilmu dunia akhirat ! Kan ?

Apakah Zahra juga begitu nanti ? Hurmm.. Setakat ni.. tiada lagi dalam perancangan ! Masih dok fikir nama yang sesuai untuk adik dia nanti ! Huhuhuh..

Yang pasti , memang dia manja dengan bapak dia ! Teringat kat adik perempuan aku yang manja dengan bapak aku.. Bila dah besar , dia la yang habiskan masa jaga mereka.. Hurmm.. Terasa menyesal lak aku yang suka cari gaduh dengan dia..

6 ulasan:

  1. bukan wajar tapi wajib ...aku ada anak perempuan 3.....bayangkanlahhh....satu org anak perempuan boleh bawa mak bapak masuk syurga atau neraka ...anak lelaki tak ....

    BalasPadam
  2. Macam anak dara akak la Ben..memang manja dengan Abah dia..dan dia la yang banyak bantu akak n Abahnya..

    BalasPadam
  3. Bagi sesetengah orang berpendapat lebih suka lebihkan anak lelaki sebab jaga mak ayah berbanding anak perempuan bila kahwin ikut suami..tapi bagi PC tak kira anak lelaki atau anak perempuan bahagilah kasih selayaknya...dan anak tak kiralah awak lelaki mahupun perempuan..tanggungjawab pada ibu bapa hingga hujung nyawa..in sha Allah..

    BalasPadam
  4. Wife aku pun cakap, aku terlebih manjakan anak..

    BalasPadam
  5. tiba2 rasa sedih pulak baca entry ni... sementara diorang kecik, peluk la puas2. manja kan seabis boleh... esok dah besar, insya Allah dia rapat dengan kita dan nakbuat benda tak elok pun fikir byk2...

    BalasPadam
  6. Memang dalam agama pun minta kita lebihkan anak perempuan abg Ben.
    Nabi SAW bila pergi mana-mana, balik dari perjalanan Nabi akan ke rumah anak perempuannya Fatimah RA. Betul tu. dah jadi mak ayah baru tahu macam mana rasa nak sayang anak.Sebelum ni tengok orang aje kan. Anak bagi didikan agama yag sempurna,asuh mereka dengan solat. Insyallah bila dah besar jadi baik. Kena bayak doa. Wlaupun kita ok, alim. Belum tentu lagi zuriat kita macam mana. Itu semua ujian dari Allah. Doa dan usaha insyallah Allah boleh ubah keadaan jadi baik. Allah tempat mengadu.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009