Bila status Facebook kita viral..

by - Selasa, Jun 28, 2016

 

Ketika aku up status ni , aku dah jangka ianya akan viral setelah dalam beberapa minit , berbelas orang rakan dah ‘share’ ke timeline masing masing.. Namun aku delete untuk elakkan salah faham.. Tapi sempat rupanya diprintscreen oleh seseorang.. huhu..

Beberapa page telah up status ni..

imageimage

image

Dan beberapa orang kawan telah tagged nama aku di setiap komen.. Aku senyum jer.. Dan menariknya , terdapat ‘perbalahan’ pendapat di status itu. Aku dah jangka dah pon.. Aku malas nak berbalas komen. Maklumlah , penat nak jelaskan pada mereka yang lebih mengetahui berbanding kita yang diberi peluang ikut sama serta punya sedikit pengalaman bersama pusat zakat ni.. Tapi aku anggap positif jer la.. mereka mungkin juga ada pengalaman tersendiri bersama pusat zakat.. Maka , senyum je la..

Sehingga ada yang kata , aku dibayar untuk post status tu.. Kalau bayar, aku rasa status aku tu siap hadis kot ? Hahahaha.. Mesti Lembaga Zakat Selangor kasi point menarik serta gambar gambar yang cun gituuu ! Kasi mantap lagi kan ? Ni status penuh kelonggaran je pon..

Di sini aku sertakan link pengalaman aku bersama Lembaga Zakat Selangor..

Yang mana akhirnya aku sendiri membayar zakat pendapatan buat pertama kalinya.. Sebelum ni , tak bayar sebab tak layak.. huhu.. Tapi kali ni nak bayar gak sebab dah tau apa kelebihan dan di mana perginya duit zakat aku tu.. InshaAllah. Yang penting , aku dah laksanakan part aku.. Dan yakin mereka laksanakan part mereka juga.  Kali pertama bayar zakat pendapatan !

You May Also Like

0 comments