Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 24 Jun 2016

Independence Day : Resurgence , mengecewakan !

 

Teringat hari ni dia punya show bermula kat panggung. Oh yaa.. Antara GSC dan TGV , aku rela gi GSC.. TGV , boring ! Banyak giler iklan.. Er , tu TGV KLCC la.. yang lain tak pasti dan GSC Alamanda , iklan tu kurang tapi banyak tunjuk trailer filem baru..

Independence Day 1996.. aku tonton berpuluh kali ! Filem tu jadi menarik sebab Will Smith. Memang hidup watak dia bawak. Serius yang melucukan. Tapi kali ni , dia takde.. Apakah best ? Pada awalnya , aku tak nak tengok tapi teringin gak nak tau apa sambungan dia.. Maka , aku bergegas jugak ke Alamanda dan amik show jam 2.30 petang.

image

Dan … tayangan bermula..

image

image

Watak watak.. Hurm.. nasib baik ada orang lama kecuali Will Smith yang dimatikan wataknya.. Maka , sedikit hambar.. Anaknya dah besar dan jadi pilot. Dari belakang tubuh badannya , nampak macam Will Smith.. terubat gak la rindu nak  tengok dia berlakon..hehehe.. Tengok depan.. krik krik.. Terus boring ! Hahahaha..

Permulaan yang agak.. hurm.. mendatarkan walaupun ada babak babak gempak. Agaknya aku masih terpukul dengan kehebatan filem terdahulu.. Hurmm..

image

Sewaktu babak ni , ternampak KLCC juga dihancurkan.. Apakah ? Gulp… Apakah ??? Hurmm…

Sesekali , aku tersengguk sengguk. Tunggu babak best bermula. Terperasan awek cun kat sebelah aku. Aku pon tegur sapa ngan dia. Hilangkan boring.. 

“ Haiii.. apa khabar ? Cam boring jer  citer ni kan ? “

Awek tu senyum.. Tetiba.. terjaga ! Arghh.. terlena jap aku ! Sah citer ni boring !

Kemudian… bila alien mula menyerang , di sini baru nampak bestnya.. Haaaa.. Bukan apa.. Watak hero dalam ni , control macho jer. Yang orang lama je banyak buat lawak !

Akhirnya , ratu mati.. abis citer ! Arghhhh !! Tu jer??? Owh… diorang ada ‘kawan’ dan akan serang aliens tu balik ? Hurmm.. Bersambung rupanya..

Tak nak tengok sambungan dia.. Boring ! Nyesal tak tengok filem CI ! Kesimpulan ? Hurmm… Bawak kawan kalau nak tengok citer ni.. Dan tengok belah malam.. leh makan pop corn di kala boring..

Awek

4 komen :

Mezquita Lifestyle berkata... [Reply to comment]

hahaha, jangan kata tgv, kat gsc pun, iklan nak tunjuk filem2 baru je dah makan masa 15 minit, itu standard.

cerita die yes! sangat mendatar.. tapi lain org lain lah pendapat. xmo tengok sambungan lagi. dah tau penghujung akan ada sambungan.. Next tunggu movie tarzan.

Bahrain Ramlan berkata... [Reply to comment]

nak pergi tengok sebab suka tengok alien. haha

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Hurmm tu je ke

syima yusuf berkata... [Reply to comment]

tak jadi la nak tengok

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI