Jubah hybrid ORLIN untuk si ibu yang menyusu !

 

Abang.. nak beli baju menyusu la…

Nak masuk anak ke 3.. baju menyusu dia ada cuma dia nak tambah koleksi. Kali ni nak bergaya sekali la.. Senang nak gi pejabat atau beraya jugak..

Aku malas nak gi shopping mall.. Orang perempuan ni , kalau kat shopping mall , yang nak dibelinya cuma 5 minit.. selebihnya ke arah lain ! Maka , aku beli je sendiri ! Heehehhe ..

Persoalannya , baju mana yang ok ? Aku pentingkan mutu.. soal harga tu , pikir kemudian.. Ada kawan syorkan aku jubah hybrid ORLIN by MARWA..

image image image

Ada banyak pilihan warna dan size..

image

image

Ok…jumpa dah yang berkenan.. Dan aku pon order satu.. Hehehe.. Beberapa hari kemudian ,sampai…

Aku tengok kualiti kain.. dan jahitan sebelum aku serahkan pada wife. Kalau tak cun , aku pulangkan semula.. Kalau cun , aku viralkan ! Hehehe.. Menda baik , kena kongsi kan ? Jangan viralkan yang tak baik ! Aibkan orang jer.. Diorang pon nak meniaga kan ?

image

image

image

image

Untuk ibu menyusu.. bukaan memang selesa..

image

image

image image

Amacam ? Cantik tak ? Hehehe.. Wife berpuashati.. Cuma katanya kenapa amik M ? Jawab aku.. kena diet lepas beranak nanti ! Kalau amik besar, nanti malas jaga badan.. kan kan? Hahahaha..

Menurut pereka baju Orlin ni ..

Orlin ni banyak kisah suka dan duka. Penghasilan nya juga banyak liku. Hahaha. Ayat memang poyo. Idea mula timbul bila saya yang sememangnya tak suka pakai kain dalam (inner). Korang tahu tak bila kita pakai seluar ke skirt ke kain ke jubah ke akan ada masalah VPL (visible panty line). Di translate kepada bahasa melayu, garisan seluar kecik.

Jadi, untuk menangani masalah ni, maka terhasil la design Jubah Hybrid . Tapi lagi suka panggil dress. Dress Orlin ni memang menyelesaikan masalah VPL ni tadi.

Lepas tu, timbul pulak masalah lain. Perempuan sekarang asyik nak baju berpoket je. Tak tahu la mungkin trend kot penuh kan poket dengan duit syiling, handphone, purse, buku, kunci kereta, kunci rumah, mesin basuh, peti sejuk, semua dia nak masukkan dalam poket.

Jadi dari design asal, kita bubuh 2 poket yang boleh masukkan kereta, rumah, almari, peti sejuk, lesung batu. Hambik kaw... memang besar poket ni.

Bila dah ada poket, ada fish tail kat belakang, tetiba pulak tanpa sengaja, si pemakai terus hilang 10 kilo bila pakai baju ni. Babat ka, spare tyre ke, perut 5 lapes ke, segala gala nya hilang sekelip mata.

Dengan penuh elegan, penuh sopan dan penuh tatatertib, ORLIN didatangkan dengan 2 zip sorok di bahagian dada. Memang tak nampak. Jadi jangan risau kalau anda tidak menyusukan anak, anda juga boleh buka zip dan simpan handphone dan duit di tempat yang selamat. Gurau jer... jangan marah...

ORLIN by MARWA ni dah siap untuk dipakai raya ni. “

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke :


Website Shopping : www.marwa.my
Instagram : marwa.designedformagnificence
Whatsapp (pertanyaan) : 01118879235
Facebook : http://www.facebook.com/marwa.exclusive
Twitter : MARWA_fashion

Dan aku… rasanya kena tambah satu lagi jubah untuk wife… memandangkan dah dia suka ! Huhuhu..

8 ulasan:

  1. Cantik2 bajunya... adui rambang mata lagi.. nyesal baca entry!!

    BalasPadam
  2. yang tak menyusu pun sesuai gak kalau pakai ni kan hehe ...cantik :D

    BalasPadam
  3. Part ada poket tu paling best tu. I buat baju kurung pun nak yg ada poket. Jubah jarang yg ada poket. Boleh consider beli ni

    BalasPadam
  4. lawa dan jahitannya pun kemas jer tengok.

    BalasPadam
  5. lisa pun tak suka kalau jubah takde poket,. hahahah senang kot ada poket.. letak duit and hp.. lagi2 jenis yang tk suka bawa beg or purse

    BalasPadam
  6. Cantiknyaa..adoii tergugat dah...

    BalasPadam
  7. cantik design dan kaler,tak menyusu pun boleh je pakai ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009