Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 28 Jun 2016

Kopi Kluang antara yang sedap !

 

Aku dapat kopi ni sewaktu promosi makanan Johor  di Seri Pacific Hotel. Aku ingatkan kopi biasa biasa jer.. Tapi sejak awal Ramadan ari tu, wife hidangkan ketika berbuka.. bergelas aku minum..

“ Sedap , kan ? “ . Wife tanya..

“ Aah.. kopi apa ni ? “. Tanya aku kembali.

“ Yang abang bawak balik tu la.. “. Pastu dia tunjukkan pada aku . Dan meminta aku bertanyakan pada rakan rakan kat mana boleh beli lagi Kluang RailCoffee ni..

image

Aku pun up status. Mintak bantuan rakan rakan.. Tanya kat mana boleh dapat area KL ni.. Rupa-rupanya bersepah ! Hahaha.. Dan dah memang popular pon !

Siap ada cafe dah rupanya ! Huhuhuh.. Dan promosi Ramadan ! Adehhh..

image

Hurmm… kena cuba ni memandangkan ramai kata sedap !  Nak cuba ? Boleh mesej ke :

Telephone : 03 61501802
Mobile : 012 3953800 (Whatsapp/SMS)
Facebook messenger : Facebook.com/RailCanteen

Misi aku ialah mencari kopi dia ! Hahahaha.. Kat mana ? Tesco Ampang ada ! Yess.. dekat ngan aku.. Nak pergi nanti. Kasi borong dan standby untuk raya nanti.. Kasi bikin kopi ais pon sodap !

2 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Borong, borong....

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Tu paket premix eh? Senang skit, I kalau bancuh kopi sendiri mesti fail hehe.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI