Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 5 Jun 2016

Segalanya ada di Berkat Madinah !

 

Baru-baru ni aku ke sebuah pasaraya di Ampang. Pada awalnya , aku sangkakan ianya seperti pasaraya pasaraya yang pernah aku pergi. Melihat dari luar , aku tak nampak keistimewaannya sama sekali !

image

image

Kemudian aku terperasan sesuatu yang cukup menarik ! Apakah aku akan dapat barangan yang aku lama cari , di sini ???

“ Pengimport dan Pembekal Makanan Asal Dari Arab “

Waah… menarik ni ! Aku terus menghala ke sini tanpa banyak cerita ! Dan kelihatan ramai sungguh orang di dalam pasaraya ni ! Apasal aku tak pernah tau kewujudan pasaraya macam ni di Kuala Lumpur ?? Lama dah kot aku cari pasaraya yang ada jual makanan dari Arab ni.. Hurmm.. Wife mengandung.. teringin macam macam wooo !

Dari luar lagi aku dah tertarik dengan KEBAB AYAM dan KEBAB KAMBING yang ada dijual di sini ! Menurut rakan di Facebook , kebab yang dijual di sini memang sedap !!

image

Kemudian aku melangkah masuk ke dalam pasaraya. Wowww ! Macam macam ada ! Mereka dah bersedia untuk menyambut Ramadan Al-Mubarak ! Kurma beraneka jenis ada. Dikatakan ada lebih 50 jenis ada dijual di sini. Bukan jenama yer.. tapi jenis ! Haaa !

Aku tergamam.. Biasanya aku makan yang jenis biasa tapi di sini.. hurmmm.. Bila tengok harganya.. teringin nak rasa yang mahal mahal punya !

image

image

image

Aku rasa sebiji kurma Nabi. SubhanAllah.. Patut la buka puasa ngan kurma pon dah cukup. Rupanya memang betul ! Hanya dengan 7 biji kurma saja dah memadai ketika berbuka sebelum mengerjakan solat Maghrib. Memang boleh recover tenaga punya ! InshaAllah…

Kemudian aku masuk sebelah dalam.. Luas tapi penuh dengan pelbagai produk jualan yang mana mereka amik dari Turki , Pakistan , Palestin , Arab Saudi , UAE dan beberapa buah negara lagi..

Selain kurma , ada juga produk seperti buah tin , produk dari minyak zaitun, pelbagai jenis madu dari dari beberapa buah negara seperti Palestin dan Yemen , kekacang , jus delima yang mereka perah sendiri atau yang dah siap dibotolkan dan banyak lagi laa produk produk yang memang perlu berada d dapur rumah kita sepanjang bulan Ramadan nanti dan juga bulan bulan seterusnya ! Heheheh..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ada yang mereka buat di sini terus seperti roti , daging cincang , jeruk , nasi Mandy , keju dan beberapa jenis lagi makanan.. Serius ! Memang menyelerakan tekak bila tengok roti atau jeruk diorang ni ! Baru aku tau kenapa ramai rakyat Malaysia bila berada kat tanah Arab , diorang kuat makan.. hehehee…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ada juga barangan tempatan dijual di sini yang mana bergantung atas permintaan. Sayur-sayuran atau juga yang dah siap dibotolkan.. hehe.. seperti produk dari Chef Ammar .

image

image

Ada juga barangan perhiasan dari Arab ada dijual di sini dan juga minyak wangi yang takkan boleh dapat di kedai kedai luar sana ! Fuhhhh !

image

image

Hurmm.. rambang mata dalam ni ! Kena kawal nafsu ! Macam macam ada.. Tapi bila nak ‘membeli belah’ kat sini , segalanya guna tunai ! Tiada kad kredit atau kad debit ! Haaaa… Kenapa ? Aku dah tau jawapannya.. Korang kena tanya sendiri kenapa dan pastinya akan mengangguk akan kebenaranya.. hehehe.. Menarik !

Banyak sangat nak diceritakan.. Sampai esok tak abis ! Hahaha.. Aku pulang dengan membawa barangan yang aku perlukan selama ini , khas untuk wife yang sedang mengandung seperti minyak kelapa dara , jus buah delima , air zam zam , kurma dan roti yang bakal dicecah dengan kuah kari atau air kopi ! Waduhhh.. melazatkan gituuu..

Ok.. kat mana Berkat Madinah ni ? Ada dua cawangan. Yang besar , di Ampang Putra dan yang satu lagi di Kajang. Boleh rujuk di Facebook BERKAT MADINAH . Atau waze je bila nak ke sini.. confirm boleh jumpa !

Satu lagi perkembangan.. inshaAllah , Berkat Madinah akan ada laman web untuk membeli produk mereka secara online. InshaAllah.. Nanti aku bagitau kat korang bila dah dilancarkan eh ? Hehehe..

Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Jangan lupa bawa tunai bila ke sini ! Heeee..

7 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Perfume arab ada jual tak? Tapi memang bagus lah, lepas ni takyah susah2 nak cari kedai jual barangan import dari arab dah...

gulew kapas berkata... [Reply to comment]

wah. banyak nya. ada kedai macam ni. ni dah ada yang cerita senang nak pergi. boleh beli macam macam

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

tak leh gi kawe tekak budu

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Semua ada...ibarat persis madinah dan makkah

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

saya pun suka juga pi kedai arab ni. macam2 ada dan murah2 pulak tu

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

baru tau ada kedai camni...boleh laa ajak hubby pi nanti

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

dekat ampang..dekat dah tu..baru buka ke kedai ni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI