Shopping dengan anak teruna..

by - Jumaat, Jun 03, 2016

 

“ Daddy.. nak gi mana ? “ .

“ Jalan jalan..”

“ Nak ikut.. “

“ Jooommm.. “.

Naik teksi ke sana dari rumah mak aku. Kereta , wife aku guna. Aku pon malas nak memandu. Naik muak memandu terutama bila nak lalu jalan sesak ! Hurmmm..

Rezeki.. Tunggu tak sampai seminit , ada teksi ‘kosong’. Tahan dan bagitau nak ke KLCC. Dia amik.. Alhamdulillah.. Dalam teksi , siaran IKIM. Dok dengar kuliah agama bab Puasa. Rezeki lagi.. Heheheh.. Qhaliff , buat hal sendiri. Aku , pasang telinga.. Huhuhhu..

Sampai destinasi. Tengok meter.. RM13. Aku bagi RM20 kat Qhaliff. Suruh bagi kat pemandu teksi. Dia pon hulur.. Aku ajak Qhaliff turun. Pemandu teksi tu nak pulangkan baki..

“ Tak pe bang.. Sedekah..”. Terus aku berlalu.. Qhaliff tampak riang sungguh !

image

Tujuan aku ke sini ada dua.. Satu nak beli tablet yang ada S Pen .. bermakna aku nak ke Samsung dan ke dua , aku nak ke Sony.. nak tengok lens yang aku perlukan bila ke event.

Memula ke Sony. Aku berdiri lama kat depan kaunter lens.. Takde orang layan pon. Yelah.. aku pakai tracksuit ngan baju tshirt Navy yang biasa aku bawak gi gym pastu sweater Hard Rock aku. Qhaliff lagi santai ! Hahahaha.. Kira nampak selekah laa..

Tunggu punya tunggu.. Hurmm.. Aku memandang lens berharga RM3K++ . Macam best ! Tapi takde orang nak layan.. Datang pelanggan lain , ada pulak orang nak layan.. Hurmm..

Aku melangkah keluar.. Terus ke premis Samsung lak.. Baru langkah masuk , terus ada yang ikut.. Aku pun tanya itu ini begitu begini.. Dia menjawab tanpa prejudis.. Aku pilih apa aku nak … termasuk casing dan template glass.. termasuk SD Card ! Huhuh.. Malas nak g kedai lain dah !

Settle.. Bayar dan mintak dia pasangkan semua.. Tak banyak cerita pon dia.. Malah layan elok jer.. Huhuhuh. Alhamdulillah.. Cepat je kerja dia.

Settle.. gi Parkson lak.. cari mainan dia . Aku hutang ngan dia semalam . Dia berkelakuan baik di tempat aku bekerja.. Maka itu upahnya.. heheee..

image

Dan.. selesai hutang ! Jom balik rumah.. Selamat RM3K dari beli lens tu .. hahahaa.. walaupun aku memerlukannya ! Huhhh…

You May Also Like

1 comments