Tertidur sewaktu memandu..

by - Rabu, Jun 22, 2016

 

Tidur lewat , bangun awal.. Pastu mulakan aktiviti harian yang padat dan segalanya nak SEGERA ! Serius , amat memenatkan. Apatah lagi kena memandu ke sana sini , seorang diri.

Mata letih atau mengantuk tak cukup tidur ? Ditambah lagi dengan cahaya matahari yang kekadang terik , sememangnya membuatkan aku terpaksa berhenti memandu dan melelapkan mata untuk tempoh 10-15 minit jer.. Dapat 5 minit pon dah lega ! Berenti kat RnR atau stesen minyak terpilih ..hehehehe..

image

Teringat cerita seorang kawan , baru-baru ni dia terlelap untuk beberapa saat dan kesannya , dia terlanggar lori besar ! Keretanya remuk teruk tapi alhamdulillah , dia dan anak anaknya tiada cedera.

Menakutkan dengar cerita dia.. aku sendiri pon kerap mengantuk dan ada beberapa kali terasa seperti diawangan dah ! Huuurmmm .. bahaya tul !

Apa yang lebih membimbangkan..jika bawa anak anak sekali ! Sila amik perhatian yer.. Jangan kejar masa sangat ! Kalau dah mata tu tak larat sangat nak melihat jalanraya , sila berenti dan berehat seketika.. Lelapkan mata kejap , lebih baik dari terlelap dan tak bangun bangun ! Atau , bangun bangun.. tadaaaaa.. magic ! Ada kat hospital !

You May Also Like

2 comments

  1. Take care Ben..kena rehat jugak sekali sekala,tak cukup tido dan rehat tu..

    BalasPadam
  2. Selalu juga terlelap. Banyak kali hampir terbabas. Pernah terlanggar belakang kereta depan. Bila dah kerap, akan berhenti di station minyak untuk lelap kejap. Then, sambung drive semula.

    BalasPadam