Tips blogger : Cukupkah dengan sekadar ‘tayang muka ‘ ?

by - Ahad, Jun 05, 2016

 

Tujuan aku membuat Kelab Blogger Ben Ashaari adalah untuk mendidik serta berkongsi pengalaman sesama sendiri dalam dunia media sosial. Bagi aku , setiap blogger ada keunikan tersendiri dan itu yang perlu sama sama pelajari.

Dalam komuniti blogger yang aku tubuhkan , ada ramai dah berjaya mencipta nama sendiri dan membawa haluan masing masing selepas menempa nama. Alhamdulillah. Moga ilmu yang mereka dapat dari KBBA9 bermanfaat buat mereka dan memberi tunjuk ajar pada rakan rakan yang baru.

Dan aku terus mencari blogger blogger yang aku rasakan punya bakat dan pakej untuk membawa mereka ke persada yang sepatutnya. Tapi , kriteria camana yang aku cari ?

“ Ala.. Ben nak cun jer.. “. Gurau seorang rakan blogger.

Hurmm.. 8 tahun dah aku bersama KBBA9. Aku dah jemput macam macam blogger tanpa kira rupa, fizika , usia , pangkat , jantina malah yang tak pernah nampak muka pon ada ! Haaaa..

Akhirnya aku buat keputusan.. Aku kena ikut kehendak pasaran ! Kualiti ditentukan oleh client itu sendiri tapi pastinya setiap blogger perlu ada personaliti tersendiri sebab mereka perlu berdepan dengan masyarakat. Melainkan mereka mmg nak underground jer ! Segalanya terpulang pada niat dan hala tuju masing masing..

image image

image

image

Secara jujurnya , berdasarkan pengalaman aku dalam dunia media sosial ni , mereka yang punya rupa lebih berpeluang untuk pergi lebih jauh ( tapi tak semestinya berjaya ) berbanding mereka yang punya bakat !

Tetapi kesilapan mereka ialah terlalu bergantung pada fizikal mereka.. rupa ! Merasakan rupa adalah aset untuk menarik job job atau mendapatkan projek projek best , bagi aku.. itu satu kesilapan besar !

Komitmen terhadap blog itu penting ! Walaupun ada yang merasakan Facebook atau Instagram itu lebih bagus tapi bagi aku yang selalu berdepan dengan client atau agensi pengiklanan , mereka inginkan blog blog yang senantiasa update dan punya trafik yang tulen. Follower dah boleh dibeli tapi penulisan yang jujur serta ikhlas , itu yang payah nak jumpa.. sekarang ini ! Penyampaian dalam blog , amat penting juga ! Ramai blogger terutama yang muda muda ni , makin tiada komitmen pada blog dan menumpukan pada Facebook atau Instagram.

Nasihat aku.. Jaga blog andai anda seorang blogger di samping jaga personaliti serta disiplin diri. Jika ingin pergi lebih jauh , jangan sesekali lupa asal usul. Tak selalunya kita di atas..

You May Also Like

14 comments

  1. Terima kasih abg ben atas nasihat yg diberikan.
    ingat asal usul... 😊

    BalasPadam
  2. <----- blogger takde rupa & kurang pakej... Huhuhuuu

    BalasPadam
  3. Thanks atas nasihat aben. InsyaaAllah akan perbaiki lagi and merajinkn diri update entry.

    BalasPadam
  4. Walaupun sedar diri ini tak punya pakej hebat. Peluang dapat join KBBA adalah antara yang terbaik Nina ada ...
    Pesanan abg Ben akan sentiasa dipraktikkan. insyaAllah...

    BalasPadam
  5. Tiada rupaku tuk dibawa kemedia 😂😂 hehheeheh

    BalasPadam
  6. Sudah lumrah yang elok akan diminati. Bagi saya menulis hanya untuk mengisi masa lapang. Kalau ada yang sudi membaca walau pun tak seberapa sudah dikira ok.

    BalasPadam
  7. baeklah! haha! betul2, blog selalu terabai..

    BalasPadam
  8. yeay! Terima kasih abg ben. nasihat akan selalu di ingat.

    BalasPadam
  9. Terima kasih abg Ben atas nasihat. Perlu konsisten dalam penulisan. 👍🏻😊

    BalasPadam
  10. InsyaAllah. Akan update dari semasa ke semasa untu, maintain.

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah...semoga terus ke hadapan dan senantiasa rendah diri dalam apa jua keadaan...tp tak bermaksud mengalah...tp teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  12. Insyallah,akan terus perbaiki blog saya,terima kasih atas nasihat dan terima kasih juga sebab bam ben sudi terima zura untuk jadi sebahagian dari team kbba.

    BalasPadam
  13. well said ben :D sy pun dh lama tak menulis. selamat berpuasa dan menambah amal di bulan Ramadhan:)

    BalasPadam