Untung kawan aku tu..

 

image

Baru-baru ni , ada adik aku tunjukkan Facebook kawan kitorang.. Ya Allah.. cemburu betul aku dengan rezeki dia. Sebelum ni , aku ngan dia sama je level.. Waktu , sama sama kais pagi makan pagi.. Kerja tak tentu arah..

Aku tengok dia berubah sedikit demi sedikit.. Dan aku , dah punya kehidupan sendiri. Akhirnya dia di Mekah.. Kerja di sana ! Dan sangat berubah ! 200% !  Nama glamer dia pon dia dah kuburkan ! Panggil dengan nama baru.. Allahu Akhbar ! Rezeki Allah… Bila DIA beri , melimpah ruah terus !

Itulah.. kita kena pandai meminta dari DIA. Jangan cepat mengalah. DIA sedang menguji kita. Tak kira la di kala kita berjaya atau di kala kita menderita.. Segalanya ujian. Bila sampai satu tika , DIA limpahkan kebaikan untuk kita.. hanya kita saja.. bersyukur atau tidak..

Tak kira la berapa lama dia di sana.. Moga dia berbahagia dengan KEJAYAAN yang dia kecapi. Dan sesungguhnya , aku memang mencemburui dia dan berharap akan berada di sana juga satu hari nanti.. Bila tgk FB dia.. sejuk je ..

Jeles tgk dia update kehidupan dia kat sana membuatkan aku punya semangat nak ke sana juga.. InshaAllah. Sapa sangka.. satu tika kita jauh dari DIA.. diberi hidayah.. dan terus hampir denganNYA.

Moral untuk kita semua termasuk aku. Jangan keji manusia lain. Bila dia berubah , silap silap jauh lebih baik dari kita !

2 ulasan:

  1. Kena yakin dengan rezeki drpd DIA. Sebab bukan manusia penentu segala. Seronok bila baca cerita abg Ben pasal ni. Hidayah

    BalasPadam
  2. InsyaAllah kan.. semoga kita ada rezeki utk jejak kaki ke sana..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009