Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 10 Jun 2016

Wahai si suami dan anak-anak sekalian..

 

Sahur datang lagi.. Kemudian berbuka.. Masuk hari ke 5 dah ! Sekelip mata.. Tapi yang pasti , si isteri dan juga si ibulah insan paling bertungkus lumus memastikan keluarganya , terjaga dan terurus ketika berbuka dan juga sahur. Mereka menyediakan makanan dan kemudian , mengemasnya. Pastu bersiap untuk ke pejabat pulak ! Fuhhhh.. Tu yang bekerja di pejabat.. Yang bekerja sendiri lak ? Yang jadi suri rumah lak ? Kerja mereka tanpa henti..

image

Tapi , berapa ramaikah antara kita mengucapkan Terima Kasih selepas saja habis makan ? Memadai terima kasih kalau dah malas nak basuh pinggan ! Ada ke kita melafazkannya ? Hurm.. Sesungguhnya , mereka tak memerlukannya tetapi kita sebagai ahli keluarga dalam rumah tu , perlulah bijak mengambil hati mereka. Dengan ucapan seringkas itu , mereka akan terasa lebih dihargai , lebih bersemangat untuk terus bekerja sehinggalah malam menjelang selepas semua ahli keluarganya , tidur..

image

Dan mereka akan bangun seawal pagi untuk menyediakan sahur sekali lagi. Lebih awal dari si suami dan anak anak..

“ Bangun… sahur.. “.

Mudah jer..

TERIMA KASIH SAYANG..

TERIMA KASIH IBU..

Hilang rasa penat mereka dan terasa segar seperti baru di recharge 100% kuasa kuda mereka !

 

Gambar hasil carian Google..

8 komen :

moobing Panda berkata... [Reply to comment]

Terima kasih Ben atas Peringatan Mesra (^^)

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Setuju...mudah,ringkas tapi sangat bermakna..

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

setuju.. ucap terima kasih pun dah memadai ..

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah,dah 3 tahun suami yang sediakan sahur untuk saya,dia bangun terlebih awal sebelum saya bangun. Nak buat macam mana. rasa terharu walaupun ringkas:)
Tahun ni bangun sama-sama, tapi saya kena tidur paling lewat 10 malam. Kalau tak, memang dia la bangun dulu.

Mrs. A berkata... [Reply to comment]

Anak-anak okay selalu aje berterima kasih.
Bapaknya kadang-kadang syukurlah dari takde langsung.
#berikanmasa

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Betul2.. tiap kali anak2 cakap 'terima kasih ibu' hilang rasa penat.

Nurhidayu berkata... [Reply to comment]

alamak..so sweet plak post ni..betul la kata2 ben ni..saya sbg SAHM memang rasa penat sangat2 lagi2 dalam bulan puasa merangkap cuti sek ni..walaupun sorang anak tu puasa penuh setakat hari ke 5 ni, n sorang lagi plak ikut dan dia je, boleh dikatakan semua kerja2 rumah termasuklah sediakan sahur dan berbuka saya sediakan sendiri... jadi kadang2 tu , tak sempat nak fikir nak masak apa..juz tanya je apa menu yg diaorang nak makan n terus saya masakkan...terubat rasa gembira bila lihat anak2 puas dapat makan apa yg diaorang nak..

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

alhamdullillah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI