Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 27 Jun 2016

Yang penting , kita ambil tindakan !

 

Aku ada up status di Facebook semalam selepas terbaca status seorang rakan. Aku tak salahkan dia pon sebab dulu aku pun berfikiran begitu.. Menuding jari pada pihak berwajib yang mengutip zakat. Maklumlah , zaman ni , makin ramai yang korup ! Sebab tu makin hilang kepercayaan orang awam pada badan badan yang dilantik kerajaan..

image

Aku tak nak salahkan mana mana pihak. Mereka berkata mengikut pengalaman mereka dan aku berkata mengikut pengalaman aku. Aku tak tau camana ragam pusat zakat yang lain tapi untuk Lembaga Zakat Selangor , aku sendiri dah ikut mereka beberapa kali dan yang terbaru ke Kelantan. Boleh baca di entri ini , Ke mana wang zakat aku ????.

Bagi yang masih was was dan menghentam Pusat Zakat , cuba dapatkan maklumat dengan lebih lanjut dengan mengunjungi ibu pejabat lalu ikut program mereka.. seharian.. InshaAllah akan lebih faham.. Dan jangan lupa tanya segala apa nak tanya ..

Tak perlu menuding mana mana pihak termasuk yang mengkritik Pusat Zakat. Bagi aku , mereka berkata atas pengalaman mereka. Dan ada bagusnya kritikan begitu supaya juga pihak berwajib yang lain akan lebih telus dalam menunaikan tanggungjawab kerana ada mata yang memerhati.

Yang penting.. kita laksanakan amanah dan tugas kita. Kalau nampak ada asnaf mahupun mereka yang memerlukan bantuan , segera laporkan pada pihak berkenaan dan kalau berkemampuan , hulur seberapa yang mampu buat terlebih dahulu. Bukan amik gambar , pastu up di media sosial dan biarkan viral lalu menjatuhkan imej pihak berkenaan.. walhal kita tak buat apa apa tindakan pon lagi !

Jangan lupa.. apa yang kita lakukan , adalah saham untuk akhirat nanti..

image

2 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Terima kasih Pusat Zakat kerana memudahkan urusan kami. Kalau xde diorang ni susah gak urusan kita.

Delimasari berkata... [Reply to comment]

bukan mudah kerja mereka

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI