Ahad, 31 Julai 2016

Bila TUA datang menjemput..

image

Hari ni , aku gi ziarah orang tua aku. Kali terakhir aku ziarah , dua hari lepas..kalau tak silap aku. Kalau wife aku kerja , hari hari aku gi ziarah… Sekarangn dia ‘cuti sakit’ .. tak gi kerja dan aku kena jaga dia di rumah.. Dalam pemerhatian !

Hurm.. ayah dah menjangkau 75 tahun. Karenahnya , seperti Qhaliff. Manja.. Segalanya nak diminta anak anak buatkan. Setiap hari dia bertanyakan anak anaknya.. Kenapa tak datang lawat.. kenapa tak call.. walhal selalu je gi.. Rindu la tu.. Nak anak anak disampingnya..

Hurmm.. Aku dah 40 tahun. Kalau dipanjangkan umur , entah begitukah nasib aku.. aku pon tak tau ! Tapi yang pasti , kita perlu didik anak anak sejak dari kecil agar sayangkan orang tuanya. Jangan ‘sampahkan’ orang tuanya ! Dan segalanya bermula dari tunjuk ajar di rumah ! Betul asuhan , inshaAllah.. tak perlu risau.

Tapi isunya bukan tu jer.. ada antara kita terlupa diri makin tua ! Bersikap macam budak budak lagi ada la ! Kekadang naik pelik aku ! Apakah tak sedar diri makin tua ? Penyakit dah mula singgah ! Lutut dah mula mengeletar tapi perangai makin mengalahkan budak budak ! Ni satu masalah ni.. Aku risau aku jadi macam tu gak ! Risau sangat..

Maka .. ada beberapa jenis orang tua yang bakal kita hadapi dalam dunia ni! Orang tua tak sedar diri ! Atau orang tua yang sedar diri.. Tu baru 2.. ada banyak lagi… Cer kasi contoh jenis orang tua yang ada atas muka bumi ni ?

Gathering Raya #KBBA9 : Jutaan terima kasih kepada para penaja !

 

image

Alhamdulillah… berakhir sudah Gathering Raya #KBBA9 yang cukup havoc namun terkawal. Hari bersejarah ini takkan terjadi jika tiada sokongan dari rakan rakan penaja seperti ..

UMMIZA CAFE – Cafe yang memang dah menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang kerja atau tinggal di area Jenderam atau Sepang di sebelah siang hari.. sarapan dan makan tengaharinya memang melazatkan ! Leh rujuk pada entri aku yang lepas  ! UMMIZA CAFE ! Bukan sekadar CAFE !

image

Yeo’s Malaysia – Tak perlu dah nak diperkenalkan ! Memang dah cukup popular di dalam peti ais umah kita .. kan ? Hehehehhe.. Terima kasihh !

image

SecondItem Burger – Ahaa.. bagi peminat burger dan western food , leh try makan kat restoran dia.. Memang dikatakan yang pernah pergi tu , takkan rasa menyesal la.. Aku lama dah teringin nak pergi ! Tak sampai sampai je la.. Tapi dari apa yang ditaja . rata rata berpuashati la !

image imageimage

COSMODERM – Produk keluaran Cosmoderm , memang diyakini ramai dan yang penting ada status HALAL dan juga KKM. Cosmoderm bukan setahun dua dalam bidangnya.. Untuk gathering kali ni , Cosmoderm menyumbang 3 hamper yang berisi produk produk terbaiknya.

image

Tigerus – Cendawan Susu Harimau. Aku selalu cerita kat FB dan juga blog aku. Memang terbaik produk ni. Antara yang mengakui keberkesan produk dari Cendawan Susu Harimau ni , mantan Perdana Menteri kita , Tun Mahathir !

image image image

Fata Bestari Holdings Sdn Bhd –Pemasangan partition dan CCTV Fata Tech – Seluruh Selangor , Kuala Lumpur , Seremban , Putrajaya, Cyberjaya dan juga Bangi.

image

Apa lagi eh… hurmm.. hurmm.. Penaja kambing golek , mintak dirahsiakan.. Jutaan terima kasih boss ! Semua berpuashati dengan majlis hari ni. Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki mereka yang sudi menyokong majlis ini dan juga blogger blogger yang datang ke majlis , tadi.

Jumaat, 29 Julai 2016

Ditawar bersalin di hospital terkemuka ??


Bukan aku laa.. wife ! Huhhh.. Ceritanya gini.. Masa mengandungkan Qhaliff.. bukan aku laa.. wife ! Iskh.. Masa wife mengandungkan Qhaliff , aku selalu bawa wife g check up kat klinik Dr. Hamid Arshat. Aku yakin dengan cara pemeriksaan dia. Kenapa sana ? Sebab ada buat minor operation dengan dia. Tu pun disyorkan oleh seorang rakan setelah hampir 2 tahun tak ada tanda tanda untuk menimbang cahaya mata.  Nasib baik amik insuran ! Insuran cover operation tu. Kalau tak , telan air liur laa.
Bila Zahra lak , kitorang cuma check klinik kerajaan jer. Mengandungkan Zahra , tak de isu sangat. Cuma kuat makan je wife. Huhuhuh.. Tapi yang nombor 3 ni .. hurmm.. wife mengadu sakit di bahagian bawah perut. Tu pasal kena g klinik pakar untuk periksa. Nasib baik la perasan di Ayer@ 8 , Putrajaya tu ada satu klinik khas..
Harga , lebih kurang je ngan klinik Dr.Hamid. Tapi yang buat aku rasa selesa kat sini ialah layanan dari staff serta doktornya. Awalnya nampak cam ‘keras’ jer kat sini.. Tapi bila dah masuk , selesa sangat ! Terus aku suruh wife datang check up setiap minggu. Siap scan sekali. Tak pe , duit leh cari.. Yang penting dua dua sihat !
Dan baru-baru ni, ketika nak gi makan malam kat area sana , terserempak dengan doktor yang merawat wife. Aku pun pernah berbual dengannya, Sangat lembut orangnya. Dia bertanya khabar.. dan menariknya.. menariknya hingga membuatkan aku tersenyum lebar dan wife hampir pengsan.. bila dia kata..
Saya sponsor u bersalin nak ? Nak hospital mana ? Prince Court ? Putrajaya ? “ .
Aku tengok wife tak keruan.. Perkataan Prince Court tu macam dia tak percaya lak nak dengar..
Prince Court , macam jauh je doktor.. kang susah lak saya nak ulang alik.. “. Tanya aku.
“ Kalau gitu , Putrajaya la.. Private Wing. Nak doktor mana ? Saya cuba usahakan. “. Jawab doktor tu..
Wife pandang aku. Macam tak puashati ! Hahahaha.. Aku tau dahhh  apa dalam kepala dia !
Tak pe tak pe.. nanti masa check up , kita bincang lagi.. Bagitau je nak hospital mana .. ok ? “ . Sambung doktor.
Aku senyum. Baik betul doktor ni. Cara cakap lembut. Ngan budak budak pon lembut jer. Untung suami dia.. Huhuhuh..
Dalam kereta , aku kena bebel ! Hahahaha.. Seperti dalam jangkaan aku. Dah lambat sangat bagi keputusan.. aku la buat keputusan ! Hahahahah.. Aku amik mana yang memudahkan aku la kan ? Tapi.. best gak kalau Prince Court tu. Aku leh review hospital tu lak kan ?
Wow.. tetiba rasa cam retis lak.. beranak pon disponsor ! Fuhhh..

Tukar jadual ??

 

Berpeluh aku setiap malam ! Senantiasa tengok jam. Dah jam 2 pagi tapi dua dua ni tak tidur ! Kenapa dan mengapa ? Siangnya , tak tidur.. tapi lepas jam 7 malam , dah nampak memasing tak mampu tahan mata dah.. Akhirnya terlelap ! Senyum mak ayah !

Tapi sayangnya.. Jam 1 pagi diorang bangun dan ceria ! Arghhhh.. Walhal mak bapak diorang baru nak lena.. Bila bangun , memasing kelaparan.. Aduhh..

Jam 4 pagi.. baru tertidur.. Bangun pagi ? Hurmmm…

image

Sekali ngan aku aku terlibat bangun lewat.. Sambung tidur pas subuh ! Huhuhuh..

Khamis, 28 Julai 2016

Aku tak cukup rajin ?

 

image

Tersenyum tengok lelaki ni.. Mesti kalau kat pejabat , meja dia giler punya kemas ! Hahahaha .. Berbeza dengan aku. Teringat aku di pejabat dulu.. meja aku , kalau bos lalu mesti pening ! Hahahaha.. Tapi aku tak kisah pon ! Aku memang suka begitu.. Tu tandanya orang tu kreatif woo !

Aku tau.. mesti kata aku bagi alasan , kan ?

image

Lalalalaaa… Sebab tu kalau kat kaunter tu , aku susun je.. tak kira la basah ke , kering ke.. Maklumlah , anak dok menjerit .. berlari ! Nak tengok diaorang ke , nak susun barang ? Hahahaha.. Penat wooo !

Kenapa Zahra , kenapa ??

 

Pening jap aku tengok apa dia ! Memula kantoi di dalam bilik. Dia dok buat sambil gigit puting botol susu dia. Pastu di mana mana ada ruang , dia akan buat ! Kalau aku babap punggong dia , confirm meraung ! Meraung sebab terkejut. Nampak sangat dia bagi tumpuan pada apa dia buat..

image

Puas aku pikir.. apa dia buat ! Aku ada tanya dia gak..

“ Zahra buat apa tu ? “

Jawab dia.. “ Ekcecais.. “

Adehhh.. Pon boleh ? Banyak sangat tengok aku bersenam kot ? Dia dia nak layan planking ! Hurmmm… Lantak la Zahra ! Asal jangan buat kat tepi jalan raya atau bangunan tinggi dah ! Mau pengsan daddy !

Ketagihan nikotin : Rokok atau e-Rokok / Vape ?

 

Dulu , aku antara orang yang anti rokok. Tak nak amik pusing kenapa dan mengapa mereka memilih vape atau e-rokok berbanding rokok sebenar !

Kelmarin , aku ada pergi sertai satu pembentangan satu kertas kerta mengenai e-rokok atau vape ni. Apakah benar e-rokok atau vape ni merbahaya pada perokok dan juga orang ramai ?

image

Ada beberapa info yang menarik perhatian aku. Antaranya , Mereka merokok adalah kerana mereka sudah ketagihan nikotin dan nikotin tidak merbahaya sebaliknya bahan campuran yang terdapat di dalam rokok itulah yang merbahaya ! Menurut info , tiada lagi perokok mati kerana nikotin !

image

Hurmm.. perokok yang bertukar ke e-rokok dan vape adalah kerana mereka ingin berhenti merokok. Ok , aku bicara mereka yang serius nak berhenti. Bukan mudah nak berhenti merokok kerana meraka sudah ketagihan nikotin ! Menaikkan harga rokok menyebabkan mereka mencari alternatif baru seperti rokok yang diseludup. Rokok seludup ni amat merbahaya. Kandungannya tiada pantauan. Ayah aku salah seorang mangsa rokok seludup. Dia dapat kanser lidah !

Disarankan jika nak bertukar ke e-rokok atau vape ni amiklah yang punya kandungan nikotin yang tinggi. Ini kerana nikotin yang tinggi membuatkan rasa ketagihan tu hilang. Kalau tak hilang , dia akan berulang ulang kali hisap !

image

Ok.. kalau vape dan e-rokok tidak dibenarkan hisap , mereka akan kembali ke rokok ! Maka , mana lebih baik ? Rokok atau ??? Dua dua tak baik ?? Memang la.. aku tau tapi sekarang ni isunya mereka nak berhenti merokok. Dari mereka amik rokok haram atau terus merokok ?? Haaaa..

Isu bau atau asap tu , adalah sikap ! Mereka yang melepaskan asap di tempat awam tu , memang tidak wajar sama sekali ! Tapi tu isu lain. Kita tau ramai yang benar benar nak hisap e-rokok dan vape ni adalah sebab nak berenti merokok. Yang nak poyo , berlagak , tunjuk macho tu , isu lain .. ok ?

E-rokok atau vape merbahaya ? Boleh meletup ? Ok .. ini pun isu lain… Isu kualiti dan juga keselamatan penggunaanya seperti juga menggunakan telefon pintar. Ada kes juga telefon pintar meletup kan ? Adalah disebabkan bateri. Ok ..isu lain ! Isunya , bagaimana kita nak membantu perokok mengurangkan ketagihan nikotin seterusnya berhenti merokok !

Apakah kita nak tengok orang tersayang kita terus merokok ? Apakah alternatif yg kita atau mereka ada untuk mengurangkan ketagihan pada  nikotin ni ? Bukan mudah untuk berhenti serta merta ! Ada yang demam atau sakit. Ini kerana mereka dah merokok bertahun lamanya ! Bukan mudah !!

Hurmm.. Maaf ! Aku bukan mengalakkan mereka hisap e-rokok atau vape ! Sekadar memberitahu atau berkongsi pendapat. Aku anti rokok dan juga anti mereka yang vape di tempat awam !

Rabu, 27 Julai 2016

Ok ke pendingin hawa jenama Midea ?

 

Pertama kali aku dengar jenama ni. Biasanya aku buat review untuk Mitsubishi dan ternyata memang best. Tapi di rumah aku , ada dua aircond jenama Panasonic. Satu kat ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur utama. Dua dua beli kat Sen Heng ! Satu dah rosak sejak hujung tahun lepas. Pastu panggil repair.. Dia datang sebelum Tahun Baru Cina. Sekarang raya pon dah abis ! Aku tak nak beli dah barang kat Sen Heng. Bila dah jadi ramai pelanggan , servis cam taik ! Dulu ok jer.. Huhh..

Maka , aku beli kat kedai biasa jer. Harga dikatakan jauh lebih murah dari Sen Heng. Dalam banyak banyak jenis , wife pilih Midea ! Buatan Malaysia.

image

Ada gak aku tanya kawan kawan di Facebook berkenaan Midea ni. Ramai dah tau rupanya ! Huhuu.. Aku je dok main jenama luar negara ! Huhhh…

Aku beli ni , RM900 siap pasang. 1Hp jer.. Untuk bilik wife berpantang nanti. Bilik tu , siang macam dalam microwave. Sian pulak nak duduk dengan anak anak dalam bilik tu kan.. Huhuhu..

Dan petang tadi , diorang datang pasang. Pemasangan , 7 kaki je percuma. Lebih dari tu , kena bayar lor ! Dan diukur.. lebih laaa.. Kena tambah lagi skit. Tak kisah la.. janji siap dah !

Siap ! Pasang .. Sejuk ! Boleh tahan gak Midea ni rupanya. Aku malas nak amik mahal mahal. Kalau rosak ni , tukar je yang baru. Abis cerita.. Tak yah pening pening nak repair ! Huhuh.. Tu pun kalau mampu tukar laaa..

image

Yang menarik perhatiann aku ialah ada kuar suhu kat air cond tu.. Wahh.. senang laa ! Pasni nak tukar yang kat depan tu dengan jenis ni gak ! Nak amik 2Hp.. Huhuhuh.. Murah je kot…

Bila cerita pasal anak..

 

Aku ada terbaca tadi mengenai satu post di blog.. Hurmm.. Bila kita bercerita pasal mengandung , anak.. apa saja laaa .. Sebelum post tu , kita kena pikir hati orang yang membacanya !

Betul jugak tu.. kalau kita nak post sesuatu yang memang kita berniat nak post tanpa ada niat nak riak atau menunjuk , rasanya baik batalkan la.. Tapi jika tiada perasaan tu.. aku rasa takda masalah pon ! Takut kawan terasa ? Kalau kita asyik nak pk apa perasan orang lain , aku rasa baik suruh kerajaan haramkan je media sosial atau biar je ustaz ustaz atau para pakar motivasi je ada akaun.. Kita baca je apa mereka tulis !

Aku tertarik posting kawan ni.. ada benarnya !

image

Kita post je la.. Selagi mana niat kita tu tak disulami gelak tawa syaitan , maka buat je laa.. Cam aku sendiri pon.. Aku post tu bukan sebab nak kasi sapa sapa terliur sebaliknya ianya merupakan satu promosi dan juga gaya hidup aku.. Bukan mewah pon tapi sederhana sangat.. Nak kata mampu pon , tak la mampu mana sangat.. Boleh la hidup..

Soal anak.. Memang aku memahami sangat apa perasaan mereka yang takda anak tu .. tapi mereka juga ada post sesuatu yang kita sendiri tak mampu nak ada ! Acaner tu ? Segalanya berbalik pada hati.. Doa yang baik baik !

Jaga hati orang tu bagus tapi kita kena jaga hati kita dulu.. Kalau mereka jaga hati mereka , apa yang kita post , mereka senyum. Takda masalah pon !

Salah siapa bila anak main gadget ?

 

Daddy.. nak handphone.. “ . Qhaliff minta secara baik dari aku. Ketika tu , di restoran.. nak makan malam ! Aku ‘terpaksa’ layan phone sebab ada urusan nak diselesaikan dan itulah kesilapan utama para ibu bapa !

Kalau nak anak anak bebas gadget , si ibu bapa juga perlu tunjukkan yang mereka tak ‘pentingkan’ gadget ni ! Kalau diorang sendiri sibuk dengan gadget terutama phone ni di depan anak anak.. anak anak ni nak buat apa ? Bermain berlari lari dalam restoran ?? Atau duduk termenung menanti makanan tiba ?

image

Aku tak kasi dan Qhaliff meraung dalam restoran tu. Hurmm.. Camana nak selesaikan isu ni ? Off data dan kasi. Dia tak main game sebaliknya main kamera lak ! Ternyata dia boring ! Kemudian Zahra datang dan nak juga phone ! Hurmm.. sudah ! Dan aku bernasib baik minuman tiba dan Qhaliff serahkan phone.

Kesilapan utama ialah.. bila bersama anak anak , simpan semua gadget ! Atau kalau nak guna gak , guna sama sama ! Bagi masa dalam sejam untuk diorang main gadget jugak.. Bukan apa , aku tengok Qhaliff belajar cakap omputeh melalui Youtube. Dalam tempoh percubaan ari tu , tiada perkataan baru yang dia belajar. Berbanding sebelum ni, ada jer perkataan baru yang dia ucapkan.

Yer.. dia akan ke taska. Dah tiba masa dia. Persoalannya , di mana ? Arghhhhh.. Memikirkan kos yuran permulaan tu.. aku dah macam hantar dia ke kolej swast dan amik akaun ! Huhhh !

Malam ni.. aku kasi diorang main sekejap.. sekejap jer ! Yang penting , pasni aku kena disiplin gak ! Tiada phone depan anak anak ketika nak makan ..

Selasa, 26 Julai 2016

Boleh ‘die hard’ aku cam ni !

 

Awal Ramadan , servis 5,000km ! Pastu sehari sebelum balik kampung untuk berhari raya , bateri kong.. tukar bateri baru. Dan Syawal belum pon abis , kena servis dah kereta lagi ! Untuk 5 ribu km lagi !

Kali ni kena tukar gear oil dan part part aircond cam air cond filter dan sebagainya.. Aduhhhh ! Leh koma gini wehhhh .. Tapi serius memang kena servis la.. aku bawak pon dah leh rasa tak best. Air cond pon memang dah bau baek punya ! Huhuhuh.. Rasa macam nak tukar kereta je terus ! Huhhh.. takda company nak sponsor ke ???

image

image

Demi mencari sesuap nasi .. duit kereta bulanan + petrol + tol + servis kereta = GILA LA WOIII !

Nak guna pengangkutan awam ? Kikikiki… Agak agak laa ! Ada pon ERL yang mana nak ke Bandar Tasik Selatan pon dah RM12. Mangkuk mana tau gi naikkan harga ari tu pon tak tau laa.. Alasan perbaiki perkhidmatan.. Perbaiki la sangat.. Huhhh..

Perasan takk.. Including GST ! GST tu mana gi eh ?

Sedapkah Sambal Hitam Pahang ??

 

image

Hurm.. ni kali kedua aku makan sambal hitam dari Pahang. Mereka yang suka pedas , akan kata sedap ! Yang tak suka pedas , memang out la ! Huhuhu..

Ini kali kedua aku review sambal hitam buatan anak Pahang ni. Dan masing masing ada keunikan.

image

Sedapkah ?? Apa pendapat aku ??? Aku test makan dengan roti.. Huhuhu.. Orang kata giler laa ! Pedas kot ???

Camana rasanya ??

image

Krikk.. krik… nanti aku citer penuh ehhh ! Hehehehe.. Dan nak beli kat mana selepas aku makan dengan nasi panas dan nak cari pulut lemak ! Er , mana nak cari pulut lemak pulak ni ??

Aku mengaku , aku tewas !

 

Bukan mudah.. aku terpaksa akui ! Dulu aku poyo jer kata boleh nak maintain laa.. yang penting pengurusan masa ! Hurmm.. Masa takda anak , ok la ! Dah ada sorang , boleh nak kawal lagi. Masuk nombor 2 , hurmm.. dah mula goyah.. Ni baru nak masuk nombor 3 , aku dah tak larat. Ditambah dengan kecederaan sendi !

BOROI ! Tu masalah yang aku hadapi sekarang. Makan tak la jenis pelahap tapi sekali ngadap tu , memang payah nak berenti. Dan satu lagi isu aku ialah makan malam.. Hurmmm… Masalah keboroian ni timbul bila malam tu makan banyak ! Tu satu kesilapan sama sekali..

Bayangkan.. ni makan malam aku semalam !

image

image

Dulu laaa.. dulu.. dengan banyak ni punya makan , aku akan berada di gym untuk 2 jam lamanya ! Huhuhuh.. Sekarang ? Adehh.. lepas makan , tengok laptop.. dok pk nak update apa dan anak anak memanjat manjat belakang aku ! Acaner nak g gym ? Dan baru nak melangkah keluar rumah , 10 arahan diberikan wife ! Disusuli dengan pautan anak anak di kaki kiri dan kanan..

Aku redha. Welcome to boroi !

Apa masalah Zahra ni ?

 

Aku pelik… Dia kata ‘exercise’ ! Dia dok tengok aku buat setiap kali workout di mini gym. Tapi masalah dia ni , pantang jumpa ‘tebing’ macam tepi katil , tepi tangga dan apa saja yang ada ruang untuk dia buat !

image

Walaupun di dalam restoran !

image

Ada sapa sapa punya anak dara macam ni punya perangai tak ?? Adeh.. takkan nak jadi atlet gimnastik negara kot ?? Huhhh…

Isnin, 25 Julai 2016

Tiada gadet , kemaruk tv pula ?

 

Television bukan gadget yer ! Ada yang anggap tv tu gadget ! Sila fahami maksud gadet tu. Ahaaa.. Kalau tv tu gadget , maknanya panggung wayang tu pon gadget la gak ! Adehh.. Hahahaha..

Hari ni , tak keluar gi mana mana. Aku rasa cam malas sangat nak keluar. Penat kot ? Dah dua hari berturut keluar.. Maka siang hari ni nak duduk rumah jer.. Tunggu malam..

Dan budak budak ni ? Tak usik langsung handphone aku atau mak dia ! Waduh.. cekal sungguh la terutama si Qhaliff !

image

image

Apakah mereka kemaruk tv ? Aku rasa takde pon.. Tv tu jadi teman bila diorang tak tau nak buat apa dalam rumah. Nak selongkar permainan , dah abis selongkar dah.. Nak makan , dah makan dah.. Maka , tv je la jadi sasaran. Malam baru belajar ngan ibu. Daddy kalau ajar , macam ajar kat ipta ! Confirm student dua orang ni  menguap..

Ada yang tanya aku.. Kalau makcik pakcik datang rumah , budak budak ni confirm pinjam handpone mereka.  Dan diorang kasi pulak ! Huhuh..

Nasihat aku la… kalau tau anak anak buah suka pinjam phone.. sila la sorok dari mereka. Off data ke , remove game ke .. Sama sama membantu. Jangan jadi tukang galak sama. Sian anak buah kita tu..

Aku ngan anak anak buah , memang garang. Takat nak tengok kartun yang aku download , tu ok jer.. Game ? Tiada .. Tu pon kasi bila bateri tinggal bawah 50%. Sekejap je akan jadi 0 !

32 minggu sudah kandungan !

 

Semalam gi check up di Klinik Azalea , Putrajaya. Check up di klinik kerajaan ari tu , aku agak kurang puashati. Yelah , nak salahkan diorang pon tak leh gak.. Diorang banyak pesakit nak dilayankan.. kan ?

Qhaliff pon bersuara nak tengok baby.. scan lagi.

image

Gi main terjah klinik… maka kena tunggu lama la skit berbanding yang ada buat temujanji. Dekat 1 jam gak la tunggu.. Orang tak ramai tapi aku tau cara doktor dan scan dibuat. Memang teliti. Tu pasal lama dan aku tak kisah pon..

Qhaliff dan Zahra , tak sarapan pagi lagi. Hari dah nak masuk tengahari. Diorang pon dah mula belasah biskut kat situ.. Huhuh.. Terus aku bawak gi makan dulu.. sian..

image

Sedap gak burger ni. Aku tak perasan lak diorang dah tukar nama kat situ. Yang aku perasan , burger dia menarik usus aku ni ha ! Huhuhuh.. Makan dulu..

Dan baru nak makan , nurse call ! Tanya aku nak join tengok tak ? Adehh.. Lapar kot ? Budak budak pon dah start makan.. Aku jawab tak pe la… Teruskan jer..

Lepas makan , gi klinik tu semula. Wife dah settle. Buat pembayaran dan keluar..

“ Camana ? “. Tanya aku.

“ Masih rendah. Tapi ada naik skit jer.. Tak leh stress. Elakkan dari berlaku pendarahan. Dapat MC lagi seminggu. Doktor kata dah kena ready dah untuk beranak. Baby dah 2.2kg “. Jawab wife.

Adeh.. Ikut protokol 40 minggu kan ? Tapi ada orang dah beranak pon 32 minggu ni.  Maka , kena bersedia ! Dan apakah aku dah bersedia ?

Hurmm… Kalau beranak , aku kena cuti blogging.. sebulan dua ? Huhuh..

Bila takda gadget !

 

Minggu ni aku berpeluang pergi beraya rumah terbuka kawan kawan yang menjemput aku. Wife pon dalam keadaan ‘ok’ untuk bergerak. Semalam ke Puchong dan malam tadi ke Semenyih.

Paling riang ialah Qhaliff. Dia sedang mengumpul duit raya untuk beli ‘car spiderman’ yang ditunjukkan oleh si Ryan Toy Review tu ! Selagi dia tak dapat , selagi tu dia dok ulang tanya..

Daddy, nanti beli car spiderman , ok ? “. Dan selagi aku tak jawab ‘Ok’ , selagi tu gak dia paksa aku.. Aku pon jawab ok je la.. Kalau jumpa , beli ! Tak jumpa .. hurmm..

image

Hurm.. masak jugak aku nak beli ni ! Teringat kata kawan aku di instagram yang sedang melancong di Prague..

If Abah has $100 to spend for Rayyan , abah will choose to buy a flight ticket to any destination rather than an expensive toy or expensive  clothing.. Rayyan mighit not remember anything about it , but abah will forever remember  it for Rayyan. it is our little adventure together ”.

Betul jugak tu kan ? Bawak gi melancong.. tiket kapal terbang murah je skang ni.. kan kan ?

Dah tak usik handphone skang ni Qhaliff dan Zahra. Mintak pon tak dah. Bila nampak anak orang main handphone , dia layan tengok jer. Teruja tu takda dah. Dia cari permainan lain atau layan tv jer.

Dan malam ni , dia dapat main bunga api. Teruja sungguh dia. Memang jarang sangat la dia dapat main bunga api ni . Kalau di rumah mak aku je dia , dia dapat main.. Tu pun tahun lepas. Tahun ni , takda.. sian..

image

image

image

image

Ok la tu kan ? Sesekali.. Minggu depan , aku plan nak bawak berjalan ke taman lak.. Taman Burung atau Taman Rama Rama.. pon best gak kan ? Hehehehe.. Leh amik gambar banyak banyak.. kan kan ? Tak mampu nak bawak gi melancong luar negara lagi.. huhu..

Gambar oleh Sony Xperia X. Lawa kan ? Low Light gitu..

Ahad, 24 Julai 2016

Hilangkan kembung perut dengan Batook Ori !

 

Tetiba perut rasa sebu semacam ! Buncit cam perempuan mengandung 5 bulan ! Terus rasa macam nak gi gym ! Ingatkan dah memang buncit gara gara makan macam macam bulan ni ditambah 2 bulan dah tak gi gym.. hurmmm..

Aku rasa sebab tak makan pagi tadi kot ? Pastu terus makan belah tengahari dengan banyaknya.. Hurmm.. Tu ke ? Dah makan tengahari , gi open house lak ! Dah makan kat sana , gi umah mak aku lagi.. Pekena roti jala dan kuah durian.. huhuuh..

Dah tau camana rasa kembung perut di usia ni. Memang bisa tul ! Kalau muda muda dulu , boleh la lawan gak.. Hurm..

image

Tetiba aku teringat sesuatu ! PATI BATOOK ORI !!!

image

Terus aku amik dan sapu keliling perut aku.. Terasa lega tak lama kemudian. Baru ada mood nak update blog.. Hurmm.. pastu baru sakit perut.. Hehehehe.. Legaaa !! Kurus balik dah aku..

Lapar lak.. layan maggie pon sedap ni ! Huhuh.. Apa ? Mana nak beli Pati Batook Ori ni ? Gi tengok kat page dia , Pati Batook Ori. Nasihat aku.. bila beli , beli banyak banyak. Buat stok. Letak dalam kereta , di pejabat dan rumah.. Huhuh.. Memang berbaloi !

Hari ke 5 tanpa gadget !

 

Alhamdulillah.. diorang cuma bunyi sekali dua jer.. bukan beria nak sangat tapi sebab boring. Akhirnya mereka bermain bersama.. terus lupa pada gadget. Si abang kreatif. Ada je menda nak dibuatnya. Dan Zahra , rajin melayan. Sesekali , Zahra menangis. Dah biasa sangat..

Tahap boring menjelma lagi.. diorang layan kartun..

image

Sebelum tidur , Zahra nak layan menari jap sebelum susu masing masing sampai.. hehehe.. Sampai susu , baru berenti menari dan menyanyi.. Belajar jap ngan mak dia, baru memasing ‘dipaksa’ baring ! Huhuhhu..

Didi dan Kengkawan jadi pilihan..

image

Jangan drastik sangat ‘bekukan gadget’ pada anak anak.. pelan pelan.. bagi diorang aktiviti.. baru diorang lupa tapi jangan kasi ‘hilang ingatan’ terus lak ! Sian diorang.. ni zaman mereka.. huhu..

image imageimage

Tahun depan.. sekolah !

Sabtu, 23 Julai 2016

Ghosbusters , tarikan terbaru di Sunway Lagoon !

 

Hari ni , aku dan rakan-rakan berpeluang ‘menguji’ hantu-hantu di rumah Ghostbusters , Sunway Lagoon. Pertama kali dibuka di Malaysia dan ianya adalah idea dari luar negara. Maksud aku , hantu hantunya dan jalan ceritanya.

Berada di sini , mengingatkan aku di USJ , Osaka tahun lepas.. Rindu pulak layan taman tema cam ni.. Huhuh..

Bestkah Ghostbusters di Scream Park ni  ? Huhuhuh..

image

Pertama.. rekaan bangunan dia memang nampak real la… Pastu.. pastu… pastu…

image

image

Dalam dia.. hehehehe.. Lama tak masuk rumah hantu woo ! Teruja gak laa.. dan apakah akan aku terjerit seperti awek awek yang ikut sama ??

image

image

Secara jujurnya , lebih banyak terkejut dari takut ! Sebab kita dah memang diberi amaran terlebih dahulu. Jangan lari dan jangan pukul hantu hantu dalam tu ! Hahahaha..

Tapi…

image

Hurm.. ada satu tempat tu , aku tak leh masuk. Kalau aku masuk , memang tak jumpa jalan keluar punya ! Hahahaha.. Ngan aku aku jadi senget ! Nak tau apa dia ? Kena la gi try sendiri..

Gempak ke ? Berbaloi gi ke ? Bagi aku.. memang best dan berbaloi la masuk. Sebab mmg scary laa terutama Zombie dia yang kejar korang dalam tu nanti ! Hahahaa..

Selamat Menjerit !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI