Antara Utara , Selatan dan Timur..

 

Aku dah rasa.. dah rasa.. dah rasa ! Hahahaha.. Setiap kali menjelang apa jua perayaan , sebaiknya .. elakkan berada di lebuh raya ! Tapi kalau sanggup nak redah , silakan !

Tahun lepas.. aku redah ke Penang masa cuti Tahun Baru Cina. Fuhhhh.. gilaaa laa ! Insaf aku weh !! Insaff.. Nak berenti kat RnR pon tak boleh. Kena redah jugak.. Bayangkan dok tahan kencing camana..

*Semalam , duduk di hospital teman ayah aku.. Nampak bekas urine.. Terus gelak aku..

image

Pasni nak simpan dalam kereta banyak banyak.. Boleh buat bisnis ketika balik raya.. Hahahaa..

Tahun ni , aku tengok di Facebook.. rata rata mengeluh dengan kesesakkan sana sini. Pantai Timur , kalau ikut LPT memang parahh ! Aku memang elak dari lalu sana. Aku ikut Gua Musang. Ikut Gua Musang memang jammed gak tapi sekurangnya aku boleh berenti di mana saja aku suka !  Berenti untuk hilangkan penat mata. Berbanding guna lebuhraya.. memang payahh laaa !

Selatan.. aku jangkakan seperti Utara.. Kalau nak selamat , ikut jalan lama tapi siang hari. Malam hari tu , elakkan la kalau boleh. Maklumlah , kita tak biasa lalu kan ?

Apa apa pun .. bertabahlah rakan rakan.. Selamat harungi kesesakkan jalan raya. Tak jammed , tak raya la kan ?  Hehehehe..

Rancang perjalanan anda.. Hehehee.. Aku rancang balik lewak ke kampung tapi pulang awal semula ke bandar. Baik ada dari takda.. Nak puas beraya ? Hehehehe.. puas la beraya atas jalan raya.. lalaalalaa…

2 ulasan:

  1. SINGGAH SYAWAL
    https://belogs.blogspot.my/2016/07/semoga-dipermudahkan-segala-urusan-dan.html

    BalasPadam
  2. harung juga bagi ziarah menziarahi...kat kg pun jam

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009